Cara Keluarkan Hingus dan Kahak dirumah dengan kaedah Steaming

Assalamualaikum
Cara Keluarkan Hingus dan Kahak dirumah dengan kaedah Steaming| Itu hari aku ada cerita pasal naura di Entry Bila demam kembali semula.Rasanya dah dekat seminggu selsema Naura tak kebah lagi.
Umi pulak yang risau.Nak ke klinik ,minggu lepas baru je ke klinik..Kalau selalu sangat pergi dan sogokkan dengan ubat,..Jadi apa pulak ye.
bawang putih
source:google
Yang paling buat umi risau,bila dada berbunyi.Itu menandakan ada kahak tersembunyi yang tidak boleh dikeluarkan oleh naura.Biasalah,budak-budak bawah setahun ni,manalah pandai nak buang kahak sendiri.Takkan nak ke klnik untuk dapatkan neb lagi..Yang tak boleh diterima bila nanti,bab sedut kahak.Bukan ke sakit..Kesian pulak si naura..Dulu kakak fiyah pun sampai masuk hospital.Rasa dah beberapa kali jugak kena sedut..Sakit ooo…
Walaupun dia selsema dan berkahak,dia tetap aktif macam biasa..Makan dan minum pun macam biasa..So,taklah umi khuatirkan sangat.Tapi dalam pada masa yang sama,umi risau jugak kalau semakin teruk.Sebenarnya kahak dan hingus ni boleh jadi punca penyakit yang lebih serius seperti bronkitis dan asma serta simptom pneumonia.Bronkitis terjadi apabila Mukus inflame dan menyebabkan saluran pernafasan bengkak.Jadi,ruang udara menjadi kecil dan boleh mengakibatkan batuk.
Bila dah jadi macam tu,selalunya parents akan pergi ke klinik untuk mendapatkan nebulizer.Penggunaan nebulizer adalah untuk membantu membuka ruang pernafasan yang sempit sebelum doktor guna pula alat untuk menyedut kahak.ada jugak aku baca disini.
Di rumah juga,kita boleh menggunaakan proses yang sama menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.
Semalam lagi aku dah menggunakan Kaedah stim (wap air ) dan teknik percussion(teknik tepuk).Untuk menggunakan Kaedah Stim,aku hanya gunakan besen yang berisi air panas dan hirisan bawang putih.Tak sempat weh nak ambil gambar bagai disebabkan semalam tinggal umi sahaja di rumah..So xde lah photographer upahan.
Untuk pengetahuan korang Steaming boleh dilakukan dengan menggunakan
  • food warmer
  • bottle sterilizer
  • periuk nasi elektrik
  • on shower air panas dan bilik air berwap,masuk bersama bayi
  • besen berisi air panas.

tambah bahan bersifat antibiotik ke dalam air seperti,

  • Tablet bwang putih shaklee
  • Minyak bawang putih
  • Bawang putih yang diketuk
  • Habatus sauda

Posisi bayi ketika steaming

Baringkan bayi mengadap wap air,Condongkan kepala bayi paras lebih rendah dari kaki bayi dan biarkan kaki bayi lurus.Kalau nak cover guna selimut pun lagi bagus.Cuma bab ni,baby memang menggelupur sebab kena wap panas tadi.Tapi selama steaming dilakukan,memang bagus kalau bayi nangis..Jadi dia akan sedut wap tu.Cuma ibu bapa kena tahan lah bila tengok anak nangis.Lakukan selama 10-15 minit.Steaming ni bertujuan untuk membuka ruang pernafasan yang sempit.
Tak sempat nak ambil gambar untuk teknik yang aku buat pada Naura..Insya allah..hari ni akan buat lagi pada dia..Semalam sempat buat dua kali untuk dia…Aku menggunakan besen sahaja.Dan letakkan naura dalam posisi kepala di besen dan aku letakkan kain menutupi kepala dia supaya wap tu terus masuk ke dalam hidungnya.Masa tu agak kelam kabut sikitlah sebab dia menangis.
percussion
source:google

Percussion

Percussion adalah teknik tepukan untuk melonggarkan kahak.Boleh dilakukan selepas steaming.Tapi bagi aku,semasa kaedah steaming ni,masa tu kita buat percussion..So,kahak boleh keluar melalui hidung atau mulut.
Selepas sahaja proses steaming dilakukan,boleh la sedut keluar hingus menggunakan nasal aspirator.Aku tak guna sebab kat rumah takde…
So aku akan buat teknik ni terus sehinggalah hilang bunyi wheezing kat dada  dia tu
Disamping tu aku buat minyak bawang putih untuk aku sapukan di dada dan belakang ,serta betis dan tapak kaki.
Moga dia cepat baik lah hendaknya..Walaupun dia nampak sihat,tapi dalaman kita tak taukan…Tapi lepas buat steaming ni,memang lena dia tidur..

Loading

11 Comments

  1. wap panas tu kena jaga-jaga tahap panasnya..sebab kulit bayi nipis kan..

  2. selsema mmg buat baby x selesa.. kita yang dewase pun kalau dpt selsema mmg lemah badan. Fiza pernah dah buat, mmg baby akan nangis kuat.. sian pulak ngknye..

  3. pernah buat dulu masa anak kena selsema..risau je sebab masa tu dia baru umur 3 bulan..tidur je berbunyi kuat nafasnya..

  4. Assalam.. maaf lama x singgah. Wah tips menarik ni, tsq share yer

  5. Alaaa…kesiannya Naura…eh kak, ahak-agak la kan..kalau buat steaming kat diri sendiri jadi tak yer..? Sally dah 5 hari demam 🙁

  6. nice sharing akak.. dulu Emir kecik2 kerap jugak kena neb..tp bila makin besar nie Alhamdulillah tak lagi…=D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *