Cara Kekal Sihat Di Bulan Puasa - Kisahsidairy.com

Cara Kekal Sihat Di Bulan Puasa

Cara Kekal Sihat Di Bulan Puasa

Cara Kekal Sihat Di Bulan Puasa | Alhamdulillah..Dah masuk puasa hari ketiga. Masih kekal sihat di bulan puasa ni?

Sebelum puasa hari tu umi ada keluarkan entry tentang PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN YANG PERLU KITA TAHU.So, kita perlu tahu apa yang perlu kita buat sebelum menjelangnya Ramadhan kan.

Salah satu sebab mengapa kita perlu Sihat sepanjang Ramadhan ni of courselah kan supaya kita dapat mengerjakan ibadah puasa dengan baik.

Yelah,kalau dah tak sihat, macam mana kita nak puasa, macam mana nak lakukan amal-amal yang baik sempena bulan ramadhan ni kan.

So, ada beberapa perkara yang umi nak kongsikan supaya kita Kekal Sihat sepanjang bulan puasa ni.

CARA KEKAL SIHAT DI BULAN PUASA

BERSAHUR

Untuk memastikan kita kekal bertenaga sepanjang hari kita berpuasa adalah dengan bersahur.Kalau kita taknak makan yang berat-berat pun at least makanlah kurma bersama susu atau air masak.Air tu penting untuk memastikan kita tak terhidrat pada siang hari. Ada tips bagaimana kita nak cukupkan minum air 3 liter sehari di bulan puasa, boleh baca entry cara cukupkan minum 8 gelas air sehari di bulan puasa.

MANDI SELEPAS BERSAHUR

Ada sesetengah orang, selepas bersahur akan tidur semula.Sebaiknya tak perlu tidur semula. Mandi dan siapkan diri sewaktu menunggu azan subuh.

Satu lagi yang umi suka buat adalah bangun tidak seawal mungkin.Kalau azan pukul 5.40, seeloknya bangunlah antara 4.30 atau 5.00. Janji sempat untuk korang buat persediaan sahur.

PEKERJA ATAU PELAJAR

Umi suka sebenarnya bila berpuasa, kita bekerja.Jadi takdelah rasa lambat sangat waktu tu.

Tapi bila bekerja ni atau belajar pun letih jugak tau.Cuma kita perlu ambil masa untuk berehat.Kenalah jugak berjalan dan ambil angin luar dalam beberapa minit untuk berikan kesegaran pada mata ni.Kalau tak memang mengantuk jelah kan,

TIDUR SEBELUM SOLAT ZOHOR(QAILULLAH)

Ambil masa untuk tidur walaupun sekejap sebelum waktu zohor.Selalunya masa rehat, umi akan ambil masa sikit untuk tidur.Yelah..Selalunya waktu rehat tak buat apa² kan.So, tidurlah untuk charge energy kita.hehehe. Jangan korang tak tau ,Tidur dalam bulan puasa sebelum zohor tu dah kira pahala tau.

Selalu um tidur atas kerusi je.Kepala atas meja..orang² opis rajin ler buat…heheheh

BERIADAH (Bersukan)

Bukan kata korang, umi pun tak pernah lagi lah pergi beriadah dalam bulan puasa. Tapi bukanlah suruh bersukan macam yang korang lakukan seperti biasa.Ia lebih kepada riadah.Boleh je gantikan dengan senaman-senaman ringan contohnya, kalau rumah korang ada lift, korang tukarlah naik tangga. Umi takat naik turun tangga opis tu boleh la…rumah takde tangga uit…

Bila di rumah tu, dah siap memasak, keluar dari rumah dan berjalan keliling lorong taman tu pun dah memadai.

LUANGKAN MASA DENGAN MEMBACA

Bila dah takde apa nak buat dalam bulan puasa tu, janganlah asyik tidur je kan.Perkara yang terbaik adalah dengan membaca.Bacalah buku-buku ilmiah.Pahala dapat, ilmu pun dapat.Lagi bagus kalau kita membaca Al-quran.Khatamkan al quran dalam bulan puasa.Berganda-ganda lah pahala yang kita dapat.

Dah namanya kan bulan puasa.Haruslah kaut semua pahala yang ada.Rugi tau kalau tak keruk semua.hehehe

BERBUKA

Seperti biasa sebelum makan, doalah yang baik-baik. mintak yang baik-baik.Kita Mohon agar Allah swt pertemukan kita di Ramadhan akan datang.Mohon diperluaskan lagi rezeki dan mintalah apa sahaja yang baik-baik kerana waktu doa yang paling mustajab adalah beberapa saat sebelum maghrib.

Bila dah azan, ambillah buah kurma dahulu untuk berbuka puasa dan diikuti dengan air masak.Lepas tu barulah boleh sambung samada untuk solat atau makan kemudian solat.

 

TIDAK MEMBAZIR MAKANAN

Walaupun bulan puasa kita sajikan dengan pelbagai jenis makanan di bazar-bazar ramadhan, belilah yang patut sahaja.Jangan terlalu rambang mata dengan makanan sehinggakan bila berbuka, langsung tak terjamah makanan yang dibeli.

And last sekali, ke tong sampah la jawabnya.Jadi berbukalah dengan keadaan yang bersederhana.

TERAWIH

Ini yang harus kita kejar pada bulan yang mulia ni.Penuhilah terawih pada bulan ramadhan kerana setiap hari terdapat fadhilatnya yang tersendiri.So, rugi sangat kalau terlepas semuanya.

Tak dapat buat 20 rakaat, 8 rakaat pun dah memadai.

TADARUS

Tadarus pula adalah waktu yang terbaik untuk kita perbaiki bacaan Al-Qur’an kita. Kalau selama ni kita perasan bacaan kita dah cukup baik, cubalah ikut tadarus. Mungkin ada kesilapan membaca Qur’an yang kita tak sedar selama ini.

Disamping dapat membaiki bacaan, telinga kita, otak kita, mata kita juga akan sihat. Sebab apa? Sebab, ketika bertadarus, pasti kita akan memberi tumpuan kepada Al-Qur’an Al-Kareem yang ada didepan mata kita.

Ketika itu, mata akan terfokus kepada Qur’an dan ia seakan-akan rekreasi untuk mata kita. Telinga kita pula akan berehat seketika. Berehat daripada mendengar lagu-lagu keduniaan, umpat-mengumpat, ejek mengejek.. Sudah-sudahlah kan…

WAKTU TIDUR

Tidur cukup bagi memastikan keesokkan harinya kita boleh bangun dengan badan yang sihat.Sebelum tu ambil wudhu’ baca doa tidur dan tidurlah dengan tenang.Bangun pula untuk solat tahajjud dan bersahur

 

Kalau tak dapat buat semua, buatlah yang penting.Ye..Kita bukan insan sempurna.Tapi kita cuba sempurnakan diri kita dengan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikkan pada kita.

 

Selamat berpuasa dari umi sekeluarga…

muahhh

 

 

credit : ezdiet

 

 

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *