Cara Handle Anak Semasa Raya dari Puan ASyikin - Kisahsidairy.com

Cara Handle Anak Semasa Raya dari Puan ASyikin

Cara Handle Anak Semasa Raya dari Puan ASyikin

Cara Handle Anak Semasa Beraya dari Puan ASyikin| Kalau cerita pasal tantrum anak mengamuk, umi pun jadi takut.

Yelah, kadang-kadang orang takkan faham keadaan anak kita.cara anak kita sebab setiap anak ni lain perangainya.Kalau anak sorang boleh lagi handle, tapi kalau anak yang ramai, lasak-lasak belaka, macam mana juga keadaanya.

Actually masa mengemas rumah hari tu, umi dah siap² simpan benda-benda yang mendatangkan kecederaan pada anak-anak yang datang.Mini Library Dak Naura umi dah siap letak dalam bilik.Bukan umi kedekut atau apa, cuma umi kesian dekat tetamu yang nak handle anak² mereka.Umi letakkan Foldable slide di luar rumah bagi memudahkan mereka bermain.Toys pun umi ambil yang lembut-lembut je untuk letak kat luar.

Bukan je kata parents lain, umi pun kekadang bila pergi ke rumah orang untuk beraya, jadi seriau.Nak² jenis rumah orang² yang perabot dan peralatan rumah yang banyak dan cantik² tu.Seriau tau kalau anak pecahkan ke ape, kalau harga murah boleh la ganti balik.Kena yang antik harga ribu riban tu, aduii mak aiii… Kecut jantung umi ni nak oii.

 

Umi ada terbaca TIPS KITA KENA ALERT BILA BAWA ANAK BERAYA DI RUMAH ORANG.Umi pun akan selalu gunakan tips yang di kongsi oleh Puan Asyikin ni bila berada di rumah orang.Yang penting ianya bermula dari rumah.

TIPS KITA KENA ALERT BILA BAWA ANAK BERAYA DI RUMAH ORANG

1.BE POSTIVE – Kata Puan Asyikin, jangan sesekali kita rasa down dengan kata-kata orang yang tidak tahu hujung pangkal jika kita berilmu, jangan risau.

2.SELALU INGATKAN ANAK TO BE BEHAVE – Dalam kereta, kat rumah, masa makan, masa main kena selalu ulang pada anak-anak supaya jadi anak yang baik, main elok² , main sama-sama.

 

3.MATA JANGAN LEKANG DARI TENGOK ANAK- Jangan pula bila berjumpa tuan rumah, kita jadi lalai.Kena sentiasa awasi tindak-tanduk anak di rumah orang.Dari situ kita dapat kurangkan banyak risiko.

 

4.JIKA ANAK MENGAMUK DI RUMAH ORANG, TERUS AMBIL DAN BAWA KE SATU TEMPAT- Bila kita monitor anak² di rumah orang, kita akan tahu anak kita akan mengamuk.Untuk mengelakkan anak mengamuk di rumah orang, terus ambil anak dan bawa ke satu tempat.Cuba tenteramkan anak.Jika dia tidak mahu dipujuk, biarkan sebentar.

 

5.SEDIAKAN BARANG YANG CUKUP – Bawa toys kesukaan, busy bag,buku, biskut, air kerana barang-barang ini yang akan membantu mententeramkan anak kita.

 

6.PERANAN SUAMI ISTERI- Kalau dah nampak anak mengamuk, salah sorang kena ambil peranan dan jangan buat-buat tak nampak.Pujuk mereka untuk redakan amarah anak.Kalau tak boleh si bapa, si ibu pulak.

 

Hah..begitulah tips yang dikongsikan oleh Puan ASyikin. Jangan takut untuk bawa anak-anak keluar rumah, kerana bagi umi, kalau kita suruh anak terperap dalam rumah pun tak bagus sampai tak boleh beraya kemana-mana.Yang penting kita kena mainkan peranan supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Apa yang penting……kerjasama………………

 

tips perkongsian parenting oleh Puan Asyikin – https://t.me/notakeluargaAshikinHashim

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *