4 Cara Elak Mata Pedih Semasa Potong Bawang

4 Cara Elak Mata Pedih Semasa Potong Bawang

4 Cara Elak Mata Pedih Semasa Potong Bawang | Paling tak suka bila potong bawang besar tu, boleh menangis menahan nak habiskan potong atau kupas bawang tau.

Kenapa ye bila kita kupas bawang atau potong bawang besar atau bawang kecil, mesti rasa pedih?

Sebabnya bawang ni mempunyai enzim yang terdapat di setiap lapisan bawang yang akan merembes keluar ke udara bila kita kupas atau potong bawang.Enzim nilah yang menyebabkan kita boleh mengalir air mata.

Umi memang kalah betul bab potong bawang besar ni.Lagi-lagi bila nak stock bawang blender tiap hari minggu.Bukan apa kan, senang kalau kita dah ready semua tu dalam peti ais.Bila-bila masa nak guna, ambil je dalam peti ais.Takdelah bazir banyak sangat masa.Nak-nak orang yang bekerja macam umi ni hah.

Adalah kan umi baca artikel dari Mstar mengenai cara mengupas bawang supaya tak pedihkan mata.Walaupun sebelum ni adalah umi dengar kita kena cucuk bawang di hujung pisau.Itu petua orang lama-lama lah yang umi pernah dengar.

Ada banyak lagi cara yang kita boleh buat supaya mata tak pedih bila potong bawang.Jom ikut 4 Cara Elak Mata Pedih Semasa Potong Bawang ni, mana tau boleh selesaikan masalah pedih mata ketika potong bawang kan?

 

4 CARA ELAK MATA PEDIH KETIKA POTONG BAWANG

1.KUPAS BAWANG DALAM AIR

Rendam bawang di dalam bekas berisi air dan kupas bawang di bawah permukaan air.Dengan cara ini enzim yang merembes keluar tidak akan berterbangan di udara.

2.SAPU MINYAK DENGAN JUS LEMOM

Sebelum potong bawang, sapukan jus lemon pada pisau.Katanya ia dapat membantu membunuh enzim yang dirembes memandangkan ia bersifat asid dan mempunyai bau yang kuat.

3.SIMPAN BAWANG DALAM PETI AIS

Sebaiknya simpan bawang dalam peti ais sebelum digunakan kerana suhu dingin dapat melambatkan proses enzim bawang menjadi gas dan memedihkan mata kita saat memotong bawang.

4.HIRIS BAWANG DI TEMPAT TERBUKA

Jika kita lihat kenduri di kampung, makcik-makcik akan memotong bawang di tempat yang terbuka sambil rancak membawang :).Sebenarnya cara ini lebih selamat kerana angin yang bertiup akan mengalihkan enzim yang dirembes ke tempat yang lain.

 

Nanti umi nak cuba jugaklah cara-cara yang disyorkan di atas ni.Mana tau berkesan kan.

 

 

________________________________________________________________________

Korang ada teringin nak makan Salted Egg Butter Chicken, Nasi Kunyit Ayam Goreng, Beef Pepperoni Pizzagne, Nasi Lemak with Ayam Berempah, Steamed Chicken Rice ni tak?

Tapi takde masa nak keluar mencari? Dalam tempoh PKPB? Jangan risau, order je makanan melalui Dahmakan ni hah..Memang mudah dan pantas.

Loading

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *