INFO

Cara Dapatkan Tong Sampah Hijau SWM

Setiap rumah  wajib ada tong sampah hijau.Samada untuk rumah baru atau rumah lama.Tapi bagaimana cara nak dapatkan Tong sampah Hijau SWM ni.

Kalau ikutkan tong sampah hijau tu,umi boleh ambil di MPPG masa mula-mula taman ni dibuka.Tetapi memandangkan umi lambat berpindah ke rumah baru,so MPPG dah serah semula ke SWM Environment  Sdn Bhd.

 

 

So,disebabkan itu umi hanya menggunakan tong sampah hitam yang biasa tu je.And sebulan sebelum mendapatkan tong sampah hijau tu,penutup tong sampah hitam ghaib entah kemana.So,bila tong sampah tu terbuka,maka anjing liar di sekitar kawasan umi ni,mula menggongong sampah.Dan bermulalah aktiviti umi setiap pagi mengemas semula sampah-sampah yang terkeluar. Dah lama umi bising dengan husband pasal tong sampah ni.Tapi dia belum ada masa nak pergi ke sana.

Nak suruh umi pergi ke SWM tu,payahnya dengan anak ni hah..Kang lain pulak jadinya.So bila dah tak tahan sangat dengan bau dan lalat yang banyak,So kami decide selepas bercuti di Melaka,Balik tu terus singgah SWM untuk mendapatkan Tong sampah tu.


Cara nak dapatkan tong sampah hijau
ni senang je sebenarnya.Cuma ambil masa kitalah untuk ke sana dan nak bawa balik ke rumah.

Cara dapatkan Tong Sampah Hijau SWM
Kalau korang confuse jalan ke sana,bukak je Waze,walaupun alamat je macam kat belakang pasar borong pandan, tapi sebenarnya tidak..Senang cerita dia berdekatan dengan Sekolah Menengah Majidee tak silap aku.Nanti aku akan letakkan alamat di bawah ni ye.
Cara dapatkan Tong Sampah Hijau SWM
Dah selamat pun mengambil tong sampah SWM ni hah
Sorry ,husband dah warning jangan masuk gambar dia dalam blog..hehehe…Bukan dia marah tapi dia malu…

 

Pergi ke Pejabat SWM Environment Sdn Bhd dan bawa sekali bil api/air dan kad pengenalan.Di Kaunter sana korang kena isi satu borang untuk mendapatkan tong sampah ni.Tak perlu bayar apa-apa untuk urusan pengambilan Tong sampah hijau ni.

Tak tunggu lama pun tapi masa tu umi tak ikut naik ke pejabat tu pun tunggu dalam kereta memandangkan Naura tengah tidur.Memang besar lah kan tong sampah tu,tapi muatlah bila letak belakang kereta.Berhimpit sedikit tak mengapa,asalkan tong sampah di bawa balik dengan selamat.

Cara dapatkan Tong Sampah Hijau SWM
Muatkan jugaklah walaupun sempit kat belakang tu.
Hah..Puas hati dah bila dah dapat  tong sampah ni.Macam dapat jongkong emas tau.Jadi lepas ni dah tak risau dan takde extra kerja lagi nak buat.Kalau hilang jugak tak taulah aku nak cakap.
Untuk korang yang nak dapatkan tong sampah hijau ni,boleh terus ke SWM Environment seperti alamat di bawah ni
No.6 ,Jalan Kangkar Tebrau
Kawasan Kg Sri Purnama
Johor Bahru
Tel : 07-335-6000

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(10) Comments

  1. wah, good sharing 😉

  2. assalamualaikum eda…memang susah kalau guna tong sampah yg lama tu…dulu masa mama dah dpt tong sampah hijau ni tapi masih guna tong sampah lama tu last2 pekerja swm angkat jer terus tong sampah hitam mama tu…buat lawak jer kn…marah agaknya dah bagi tong sampah besar tapi gunakan yg hitam tu juga…redha jugalah guna tong sampah hijau ni…kononnya tak nak kotor last2 terpaksa juga gunakan….hahahhaa…
    ** Mama Maszull

  3. haah mama,memang dia marah..last tong sampah hitam kita tu takde penutup,dia terus taknak ambil sampah tu.Masalahnya orang dia jugak yang hilangkan penutup tu..emmm..sabau je ler

  4. oh kena amik sendiri tong sampah ekkk baru tau

  5. HAAH…kena ambil sendiri

  6. kena bayar dan isi borang ke??cemana proses dia?

  7. tak perlu bayar Diana..

  8. boleh erk amik tong sampah free..hehe

  9. Unknown says:

    Thanks 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *