BUKU

Buku Rileks dan Senyum memotivasikan diri sendiri

Buku Rileks dan Senyum memotivasikan diri sendiri | Jarang umi belikan diri sendiri buku-buku macam ni.Dan peningkatan umur juga penyebab mengapa perlunya buku-buku seperti ini.

Nak jadi lebih baik, perlu isi dada ni dengan ilmu.Nak berilmu kena banyak membaca.Macam kita kat sekolah dulu jugak, nak pandai kena rajin membaca.Sebab tu orang kata, membaca jambatan ilmu.

Setiap insan yang ada kat muka bumi ni akan sentiasa terdetik dihatinya untuk jadi yang lebih baik atau sebaliknya.Begitu juga umi, hamba Allah yang sentiasa melakukan kesilapan.

Sebenarnya umi nak cari satu buku tu, tapi disebabkan tak berjumpa dengan buku yang umi nak, jadi umi ternampak buku Rileks dan senyum ni di MPH Online.

Bila baca intipati yang ada di dalam buku ni, serious umi dah jatuh cinta.Tak sabar nak tunggu buku ni ke tangan umi, menghitung hari dan sampai pada harinya, Bila baca je kandungan sinopsis buku ni, serious ia memang untuk umi,

BUKU RELAKS DAN SENYUM DARI DATO DR MUHAYA MOHAMAD

Kalau tak stress bukan hidup namanya.Jadi kita senyum dan fikrikan yang positif sahaja.

 

Buku ini menceritakan tentang bagaimana kita nak mengurus diri supaya kita sentiasa berfikiran positf dan sentiasa mahu menjadi lebih baik kerana kedua-dua inilah yang akan mempengaruhi cara fikir kita, cara bertindak kita dan pasang surut mood kita.Dari situ kita akan mengaudit diri supaya kita dapat menjadi muslim yang lebih baik dan bertanggungjawab.

 

walau apa pun takdir kita,, kita yang patut mengawalnya.Kita relaks dan bertenang bila ada masalah dan ujian. syukur dengan apa yang ada, dan sambil-sambil kita bermuhasabah, kita fikirkan juga apa yang kita sudah buat sampai Allah tegur kita, lalu kita perbaiki diri.

 

Memang santai sangat cara beliau menyampaikan ayat dalam buku ni.Tak bosan umi membacanya.

Ada kandungan-kandungan di dalam buku ini sangat kena dengan umi.Rasa nak habiskan satu hari je membaca buku ni, tapi disebabkan banyak sangat kerja hakiki yang harus dilakukan, maka terpaksalah membaca sedikit demi sedikit.Yang penting pembacaan tu terkesan dengan tindakan yang umi dah buat.

Ayat yang paling umi suka dengar adalah tentang Rahsia hidup tenang.Meh umi share sedikit apa rahsia untuk hidup tenang.

INGAT ALLAH–  Dia ada kata yang hati kita ini akan tenang bila kita sentiasa ingat kepada-Nya kan?

SOLAT ITU ISTIREHAT Jika kita mahu berehat daripada urusan dunia, bersolatlah.Kita bukan sahaja mendapat dunia, bahkan juga mendapat akhirat.

BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA–  Tidak merungut dan tidak juga kufur.Yang hilang, yang pergi, kita redhakan saja.

TAWAKAL– Selepas berusaha, kita serahkan hasilnya kepada Allah.Walau gagal, hati kita akan tenang dan bulat menerima.

MAAFKAN ORANG LAIN– Mereka buat salah pada kita? Maafkan.Kenapa perlu bazirkan masa tidur dan hari-hari kita memikirkan salah mereka? Lepaskan.

BERSANGKA BAIK– Jangan kita mereka-reka cerita yang kita tidak tahu.

SENYUM–  Paling mudah dan orang lain yang memandang kita pun tertawan hatinya.

 

Serious umi memang suka dengan kata-kata di dalam buku ni.

Ada jugak kata-kata motivasi yang ada disetiap page buku ini..Memang sangat-sangat terkesan.

 

Umi memang recommended buku ni.Walaupun umi tahu, buku ni dah lama di pasaran, tetapi carilah… memang korang akan suka.

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One Comment

  • Sis Lin

    Sebab itu kalau buku motivasi ni, Sis lebih suka sarankan beli dan buat koleksi sendiri, memang berguna dan sangat bagus, walau di baca berulang-ulang…
    Sis ada buku ni, beli online masa tu….nanti ada masa nak baca balik, sebab lama dah beli buku ni …benda dah ada, habis baca pun boleh ulang…kannnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *