Buka Puasa di The Straits Kopitiam Ulu Tiram
BUFFET RAMADHAN 2019

Buka Puasa di The Straits Kopitiam

Buka Puasa di The Straits Kopitiam  | Pertama kali untuk tahun ni berbuka puasa di luar bersama family kecil umi.

Ramadhan ke 4, umi ajak babah untuk berbuka puasa di luar.Teringin benau nak mencuba Nasi Beryani di The Straits Kopitiam yang terletak di Ulu Tiram tu.The Straits Kopitiam ni tempat berbuka puasa yang umi recommend sangat kat korang.

The straits Kopitiam ni baru je buat opening ceremony pada akhir bulan April lalu.Korang boleh baca entry Ais kepal di The Straits Kopitiam

So, sebelum datang tu, umi dah booking siap² meja.Bukan apa kan, risau gak tetiba datang meja penuh.Masa umi pergi tu pun takdelah kata penuh,Tapi kalau tak booking, macam takut pulak kan.

So, hari khamis, lepas je umi balik kerja, balik and siap² untuk ke Ulu Tiram.Takdelah jauh sangat pun pasir gudang ke ulu tiram tu.Tak sampai setengah jam je dah sampai.The Straits Kopitiam ni, satu bangunan dengan NSK Ulu Tiram.Tempat shopping barang dapur dan barang basah.Kotlah korang ada plan nak cari barang basah, boleh la ke sana, sambil tu berbuka puasa di The Straits Kopitiam.

Untuk berbuka puasa hari tu, umi order pakej Rewang beriani untuk 3 pax.Ikutkan hati umi nak order pakej Nasi Ambeng dia.Teringat-ingat waktu grand opening yang lepas.Kami disajikan dengan Nasi ambeng yang sedap.Bila fikir balik takut membazir.Dan…Nasib baik umi tak order nasi ambeng tu sebab set rewang beriani tu pun tak habis wehh!! Serius portion banyak.Macam untuk 4 orang makan pun ada.Padahal kami memang 4 orang tu. Tapi yelah, Naura makan banyak mana sangat.Serious, memang berbaloi.

Harga pun berbaloi. Untuk Set ni, hanya RM58.80 sahaja untuk 3 orang.

Bila kali terakhir korang makan dalam dulang beramai-ramai? mesti dah bertahun-tahun lamanya kan.Dan bila korang pilih set ni, maka korang akan kembalikan nostalgia untuk makan dalam dulang beramai-ramai.Best ooo..

Selain tu ada jugak umi order menu lain.Antaranya Kuih muih , Cheong Fun,Cendol yang wajib umi order dan juga Teh Tarik serta hot choclate untuk babah dan nenek.

Jangan tak percaya, ini kali kedua je umi rasa Cheung Fun ni. Selalu umi tengok gambar je. Ni umi dapat rasa sendiri Cheung Fun di The Straits Kopitiam.Last sebelum makan kat sini, umi makan dengan mak di Bandar Penawar.

Bila pertama kali merasa cendol disini, umi dah fall in love dah tau.ecehhh :mrgreen: :mrgreen: Sebab tu umi repeat lagi sebab nak suruh babah dengan nenek rasa.Tapi yang sorang tu sibuk nak cari ice cream.Bila bagi cendol, kemahin suka dia.

Talam keladi dan kuih bakar.Kalau tak silap umi lah.Dah lupa.Kuih ni menjadi kesukaan naura Auni.Sebelum berbuka dia dah buka mulut makan…hahahaha…

 

Alhamdulillah..Umi puas hati dengan kesedapan Nasi Beriyani di sini.Ingatkan nak mengopi, tapi bila perut dah penuh.. memang terpaksalah batalkan niat tu.Mybe next time kot..

 

Korang yang nak berbuka puasa di sini, boleh la ke sini.Tapi sebelum tu booking dulu tau.

Facebook : https://www.facebook.com/Thestraitskopitiam/

Instagram : https://www.facebook.com/Thestraitskopitiam/

THE STRAITS KOPITIAM

Lot No 16,KM 20,Jalan Kota Tinggi

81800 Ulu Tiram Johor

 

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *