Buffet Ramadhan 2019 di Amansari Residence Resort Johor
BUFFET RAMADHAN 2019,  BUFFET RAMADHAN JOHOR 2019

Buffet Ramadhan 2019 di Amansari Residence Resort Johor

Buffet Ramadhan 2019 di Amansari Residence Resort Johor | Semalam umi berkesempatan untuk bersama-sama dengan rakan blogger yang lain di Pre – Launching Ramadhan Buffet dinner di Amansari Residence Resort Seri Alam Johor.

 

Dan tahun ni, ini adalah buffet ramadhan pertama yang umi hadiri.Biasalah, kekangan kerja menyebabkan umi jarang nak pergi ke Food Review.Tapi bila ada masa ni, of courselah umi tak lepaskan peluang kan,

Oklah Jom kita lihat menu-menu yang disediakan sepanjang buffet ramadhan yang akan datang nanti.Pelbagai menu yang disajikan kepada tetamu-tetamu mereka nanti.Tak sabar dah umi nak cerita  pasal menu ni.

 

Buffet Ramadhan 2019 di Amansari Residence Resort Johor

Umi pasti di setiap buffet ramadhan mesti tak lepas dari merasai Kambing golek kan.So, disini juga terdapat kambing golek tau.Tak sempat nak merasai rasa kambing golek di Amansari disebabkan umi takut sakit kepala bertambah-tambah pulak

Menu kedua pulak adalah Honey Rock Sugar Chicken.Best betul nama menu ni kan,.

Lamb masala.Hah..Yang ni korang patut cuba tau.Dapat makan dengan lempeng atau roti canai pun dah sedap.Untuk Menu buffet ramadhan semalam pun ada roti canai dan kuah kari ayam.Huda kata sedap kari ayam tu.Nanti umi nak cubalah

Fried Seabass 3 rasa.Yang ni ikan tau.Isinya lembut sangat.Sesuailah bagi anak-anak makan.Taklah pedas.

Flower Crab Nyonya Style. Rugi pulak semalam tak mencuba menu di Ketam ni.Semua nak telan, uishh, tak tertelanlah umi..heheh

Stir Fried Nestum Butter Prawn. Hah..Yang ni menu yang wajib bagi umi untuk mencuba.Dua ketul udang pun dah mencukupi untuk umi.

 

Japanesse Beancurd with minced chicken. Menu ni pun umi rasa yang paling orang gemari jugak.

Kailan salted fish.

Bukan menu ini sahaja, yang pastinya terdapat juga Laksa Johor yang sedap.Cuma malam tu sedikit masin.

Laksa Johor merupakan antara buffet ramadhan yang ramai orang cari

Aneka jenis kuih  dan pencuci mulut yang ada di Buffet Ramadhan Amansari Residence Resort.

Jom tengok pulak harga  buffet Ramadhan yang ditawarkan oleh Amansari Residence Resort Seri Alam.

EARLY BIRD PROMOTION

Buy 5 Free 1 

(Dari 15 mac- 30 apr 2019)

Buy 10 free 1

(Dari 1 Mei 2019)

Normal Price

RM 85 nett/adult

RM 40 Nett/child/senior citizen

child from 5 to 11 years

Senior Citizen above 60 years of age

For Reservation

Call +607 381 7070 samb 811 atau email info_sa@amansarihotels.com

Umi sediakan maps untuk memudahkan korang Amansari Residence Resort ye

Jalan Persiaran Seri Alam, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor

v
v
v
v
v
v
Baca juga  : Senarai Buffet Ramadhan 2019 Sekitar Johor Bahru

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *