Resepi bubur Kemboja

Resepi Bubur Ayam Kemboja

Resepi bubur Ayam Kemboja yang sedap untuk di makan seisi keluarga.Rase macam nak share ngan korang semua tentang satu masakan yang telah di ubahsuai.

Resepi nie di beri oleh adik ipar Umi..Kenapa entry nie dipanggil bubur ayam kemboja kerana dia adalah orang kemboja.Sebenarnya dia panggil bubur Ha..Tapi da diubahsuai sikit2 la..nak meng”enak” kan lagi masakan untuk En.Husband siti tu..Memang Kaki makan my husband tu..keh..keh..

Jom tengok resepi bubur ayam kemboja ni.Senang je nak buat bubur ni.Semudah ABC gitu.

RESEPI BUBUR  AYAM KEMBOJA 

bahan-bahan untuk buat bubur nie :

1) Beras yang da dibersihkan (xkesah la berape pot yang korang nak)

2)|Bawang putih (di tumbuk halus)

3)Udang kering(wajib ada nie)tumbuk la skit..biar hancur ckit

4) Potongan Ayam( kalau umi ayam seekor belah 4 nanti nak carikkan isi)

5)Lada Hitam (ditumbuk & kalau nak pedas letak lebih ckit yerk)

7)Sayuran korang boleh letak sawi + taugeh or kobis la)8) Daun Ketumbar jawa(wajib jugak ada)

9) Sedikit garam

10)Sedikit Minyak masak untuk menumis

Cara-Caranya

Firstly,korang kene la tumis bawang putih dan hirisan halia sedikit .Selepas da naik bau tu,korang letak beras yang sudah di bersihkan..Kemudian korang goreng la beras tu sehingga garing.

Di dalam periuk yang lain, rebus ayam sehingga ayam tu lembut.Kalau korang beli seekor ayam, belah 4 dan rebus je.Bila ayam tu dah lembut, angkat dan toskan air ayam.Lepas tu ayam tu carik-carikkan isi ayam tu.Tulang temulang tu masukkan semula ke dalam air rebusan ayam.Macam korang buat sup la.

Beras yang korang dah goreng garing tu, terus masukkan ke dalam air rebusan ayam.Masak sehingga beras tu menjadi bubur.Masukkan lobak asin yang bersaiz besar ke dalam bubur .

Perasakan dengan garam.Agak-agak dah jadi bubur tu boleh la tutup api dan sediakan rencah lain seperti di bawah ni ye.

resepi bubur ayam kemboja

Apa bahan-bahan yang dijadikan sebagai hiasan dan pelengkap bubur ni adalah

  • lobak asin yang diracik.atau korang beli yang kecik tu je.
  • Taugeh
  • Limau
  • Daun ketumbar kemboja(kalau takde takpe sebab susah nak jumpa)
  • Isi ayam
  • Lada hitam
  • Sambal

Sambal tu nak buat senang je.Rebus lada dan blend dengan bawang putih dan letak sedikit cuka.Perasakan dengan garam dan gula.

resepi bubur kemboja

Siap untuk dimakan.Senang je nak buatnya.

Loading

5 Comments

  1. Ada sikit-sikit macam masak bubur lambuk ye Haida. Kakak tak pernah rasa tapi terasa sedapnya bila baca bahan yg digunakan..

  2. lain la kakzakie…ehehe..die macam bubur ayam :)try la buat…xrugi tau..

  3. ahaha…masak jangan x masak…cube ler..senang sangat2

  4. bubur kemboja 🙂 yummy!
    sesekali buat bubur gaya ni syok jugak, kan.
    asyik nasi aje.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *