RESEPI

Buat Susu Kurma Sendiri lebih jimat untuk tenaga berpuasa

Buat Susu Kurma Sendiri lebih jimat untuk tenaga berpuasa

Buat Susu Kurma Sendiri lebih jimat untuk tenaga berpuasa | Walaupun di pasaran dah lengkap dibotolkan , tetapi ia lebih jimat jika buat sendiri

Selain dari umi kongsikan Tips mudah ajar anak berpuasa, menu wajib yang umi sediakan untuk Naura dan Awfiyah adalah Susu Kurma.Disebabkan tahun ini tahun pertama bagi mereka berdua ni berpuasa,maka umi sediakan susu kurma ni.Kalau umi nak beli yang dah siap, memang ada.Tapi tulah, harga untuk sebotol pun dah mahal kan? Kalau 30 hari mau banyak nak melabur duit kat situ.So, kita buat sendiri jelah senang.Puas hati dan boleh minum sepuas-puasnya.

Dikatakan susu kurma ini dapat memberi tenaga sepanjang berpuasa.Korang pun taukan apa kelebihan yang terdapat dalam susu dan juga Kurma.

So, umi sediakan untuk anak-anak dengan menggunakan 2 bahan ni sahaja tanpa perlu campur dengan gula.Lebih enak dan sedap.

Susu Kurma Viral pun boleh kalah tau.Nak-nak pulak ianya dibuat hasil dari tangan ibu kan?

So, kita buat sendiri susu kurma untuk kuantiti yang lebih banyak dan puas hati.Untuk menyediakan susu kurma ni, umi dah siap blend dan simpan siap dalam freeze.Pagi-pagi esok, bolehlah terus masukkan ke dalam cawan dan minum.Belum bersahur lagi, dah setengah jug habis.Jom umi kongsikan resepi susu kurma viral buatan sendiri.Jom lihat cara buat sendiri susu kurma paling mudah dan sedap.

RESEPI JIMAT SUSU KURMA MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahannya 
  • 7 biji Buah Kurma
  • Air Kosong
  • Susu Rendah lemak Dutch lady (Tak kisah korang nak gunakan brand apa pun.

Bahan-bahan opsyen yang umi lihat di resepi google, boleh juga korang letakkan bahan di bawah seperti

  • Madu
  • Kismis
  • Oat
  • Kacang Badam
  • Buah Tin
  • Pisang
  • Serbuk kayu manis 
  • Aiskrim vanilla

Tapi bagi umi untuk bersahur,cukuplah sekadar kurma dan juga susu.

Cara membuatnya adalah

Belah Kurma dan keluarkan biji kurma.Kemudian rendam kurma tersebut dengan air panas untuk seketika.

Buat Susu Kurma Sendiri lebih jimat untuk tenaga berpuasa

Selepas itu masukkan susu dan kurma yang dah direndam dalam air tu sekali.Blend halus ye.

Siap untuk dihidangkan untuk anak-anak ketika mereka bersahur.

Kalau ibu-ibu tak sempat nak sediakan menu untuk bersahur, hidangkan sahaja Susu Kurma ni untuk keluarga.Insyallah akan kekal bertenaga sehingga ke berbuka

 

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(6) Comments

  1. Menarik dan ringkas , nanti boleh cuba..Selamat berpuasa

    1. Cubalah.. Selalu buat untuk anak je..

  2. Sis pun dah sesiap buat sendiri…buat malam, simpan dalam peti ais, minum sahur sesejuk..

    1. betul..minum sesejuk lagi ummphhh

  3. assalamualaikum eda…senangkan buat sendiri lebih mudah…

    1. betul tu ma,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *