Boat Noodle Aeon Bandar Dato Onn - Kisahsidairy.com

Boat Noodle Aeon Bandar Dato Onn

Boat Noodle Aeon Bandar Dato Onn

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Actually dah plan siap-siap dah,lepas pada Perjumpaan dengan Ahli JDT Bloggers,kami anak beranak nak makan Boat Noodles.Teringin lah nak ke Amphawa Boat Noodles di Sutera Mall,tapi memandangkan masa dah suntuk,habis pun perbincangan dalam pukul 4 petang,so aku decide nak pergi yang dekat je.

So,lokasi yang terdekat adalah di Aeon Jusco Bandar Dato’ Onn..Kira berdekatan dengan kami di Setia Tropika masa tu.Dapatlah tengok-tengok apa yang best kat sana.Tapi yang tak bestnya kat Boat Noodle di sini,tak berapa banyak menu yang dihidangkan.Maksudnya,mangkuk kecik-kecik tu tak berapa banyak menu..

Sebelum ni,pernah je pergi ke Boat Noodle yang lain,cuma nak cari yang penuh dengan menu,Jadi adalah kelainan kan..Ada dua tempat yang aku pernah pergi iaitu di Kota Tinggi Tunamaya Aroi Boat Noodle dan juga Boat Noodle SKS.Bacalah entry tu,so ada kelebihan dan kekurangan yang ada di situ.So,misi mencari tempat makan best di Johor Bahru tercapai.Dah jumpa pun Boat Noodle Aeon Bandar Dato’ Onn

 

 

Hari sabtu hari tu,puaslah kami mencari di mana terletaknya Boat Noodles tu.So,di Aeon Bandar Dato’Onn, Boat Noodles terletak di tingkat dua bahagian hujung sekali tau.Senang jugaklah nak mencarinya.

1st time masuk di dalam Boat Noodles,aku suka dengan susun atur kedai ni,Lagi satu di tepi sebelah kiri,korang akan nampak kitchen yang menyediakan semua makanan kat situ.Nampak bersih je.

Cashier terletak di dalam ye,Cuma nak makan kat sini kena ada cash.Masa hari kejadian,memang husband tak sempat nak bawak cash.So,tanpa rasa ragu,lepas makan,nak bayar,dia kata cash Only..Hadoii…Patutnya bila dalam Mall ni,dah kena ada swap kad debit/credit ni kan.Kena improve bab tu sebab kebanyakkan orang jarang nak bawak cash banyak.
Antara menu yang aku order.Kami makan hanya 6 mangkuk je.Tak tau kenapa rasa kenyang sangat
Ini adalah menu yang diorder en,husband..Aku tak ingat apa nama dia,rasanya Phat Thai kot
Roti Sengkaya…hhehe..kot
AKu memang minat dengan roti kaya dia ni..Memang sedap sesangat.Roti ni dia kukus tau,lembut sangat,ditambah pulak dengan kaya pandan yang ummphh… tu…
Dak Naura sangat suka dengan roti ni.
Last ni ,aku tak ingat nama dia,tapi sedap jugaklah..Ala..macam fishball jugaklah..
Air yang wajib korang order bila masuk Boat Noodle
Green Tea ni lagi hebat lah dari 2 tempat yang aku pergi tu.Banyak dan puas hati.Sedap dan pekat.
Ikut my Husband dia nak je pergi ke Sutera Mall,tapi aku kesian kat dia kang balik malam-malam buta.Jadi bila pergi ke Aeon tu,boleh la cuci mata dan poket.Dari hasil cuci mata dan poket,maka terhasillah baju baru dari BO dan barang rumah baru masa masuk Daiso tu.
bakal Blogger dan doktor ☺☺
Sejak-sejak ni,bila dia nampak tempat yang cantik,dan-dan dia akan duduk dan selfie,Maknanya dia suruh umi dia untuk ambil gambar dia lah tu…

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

8 thoughts on “Boat Noodle Aeon Bandar Dato Onn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *