Bingsu Sedap di Alan Thai Cahaya Masai

Bingsu Sedap di Alan Thai Cahaya Masai | Lama dah umi teringin nak pekena Bingsu ni.Dan dah lama jugak umi tau akan kewujudan bingsu sedap  ni di Cahaya Masai dekat dengan rumah umi ni.

Tapi tulah, tak menyempat betul nak ke sana.Tapi kan..

Haduiii…

Berapa kali Tapi gaknya

Tulah yang tak pergi-pergi ke Restoran tu.

Hari tu, kebetulan babah tanya, nak makan mana?

Haruslah ligat otak umi teringat pasal bingsu tu kan.

So, kami 3 beranak ke Restoran Alan Thai di Cahaya Masai malam tu.Kalau tengok kedai ni, memang penuh memanjang.Kalau korang yang jenis tak sabar, sila cari kedai lain ye.Korang kenalah menunggu dengan penuh sabar untuk dapatkan meja.

Kebetulan masa umi pergi tu, ada satu meja kosong kat dalam.Nasib baik kat dalam.So, menu yang kami order malam tu simple je.Sebab babah pun dah kenyang.Jadi takdelah order makanan yang banyak.

Menu pertama yang kami order of courselah BINGSU kan.Bingsu Sedap di Alan Thai Cahaya Masai ni memang dah lama pun wujud. Cuma belum berkesempatan je untuk ke sana.

Korang tau tak Bingsu tu berasal dari mana? Mula-mula kan, umi ingatkan Bingsu tu berasal dari Thailand? Tapi bila umi google, rupanya bingsu tu berasal dari Korea dan namanya bukanlah Bingsu.

ASAL USUL BINGU ATAU PATBINGSU

Nama Bingsu sebenarnya kalau di Korea dipanggil Patbingsu.Patbingsu ni maksudnya air batu yang diblend halus dan diletakkan toping ice cream dan buah-buahan.Lepas tu diletakkan apa-apa syrup seperti perasa orange, strawberry dan sebagainya.

Hah..gitulah dari pemahaman umi.Korang bolehlah google sendiri ye.

Di Alan Thai Cafe ni, korang boleh pilih samada nak bingsu jenis apa,Lepas tu untuk makan satu family pun boleh.Nak tapau bawak balik pun boleh jugak.Tapi of courselah paling best bila makan kat situ.

Bingsu Sedap di Alan Thai Cahaya Masai

 

Nak Bingsu Oreo ada, Bingsu Strawberry, choco, manggo..Hah..macam-macamlah.Untuk Bingsu ni umi order Bingsu Fruitale.Ada kiwi, Mangga dan jugak buah naga.

Bingsu Sedap di Alan Thai Cahaya Masai

Order satu je untuk kami bertiga.Memang banyak ,so tak perlu nak membazir untuk order banyak.Satu Bingsu tu boleh makan dua orang tau.

 

Menu lain yang umi order adalah Bubur telur masin.Yang ni babah punya .Babah order bubur je sebab dia kata dia dah kenyang.

Bingsu Sedap di Alan Thai Cahaya Masai

Untuk umi pulak, bila nampak ada kerabu maggi tu, umi rasa nak mencuba pulak.So, Kerabu Maggi untuk umi.Babah Share bubur dengan dak Naura.

Bingsu Sedap di Alan Thai Cahaya Masai

Kerabu maggi untuk umi.Not bad la..

 

 

Kalau korang nak rasa jugak Bingsu Viral dari Alan Thai Cafe ni, hah..kena cepat-cepat terjah..

Lokasi Alan Thai Cafe Cahaya Masai 

No.64 Jalan Intan 12, Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang

Loading

7 Comments

  1. Ya Aulohhhh, sedapnya Bingsu tuuuu. ???

    Bubur telur masin tu unik juga. Boleh buat kat rumah nanti.

  2. Memang sedap ni…nanti nak try jugalah…
    Haritu try yang binsu Pinky Tomyam tu…

  3. eeee bingsu yang ni la yang Makan Viral Johor cilok gambar tu kan..geram betullll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *