Bila tekak teringin nak makan kat Ikea

Bila tekak teringin nak makan kat Ikea | Kemahin kan tajuk tekak teringin bagai.Tapi saja lah umi nak cerita santai-santai je ni.

Kena skip dulu entry review.So kita throwback minggu tak sihat bulan lepas. Umi dua hari MC sebab tak boleh nak bekerja.Masa tu demam dan lebih parah lagi bila batuk teruk dan jugak selsema.

Nak baik batuk tu rasa dekat 3 minggu jugak nak baik tau.Macam-macam ler ubat yang umi makan.Dari ubat klinik sampailah ke ubat china.Alhamdulillah…masa tu memang banyak teguk air masak jelah.

Satu hari tu umi pergi klinik babah yang hantar sebab umi memang tak larat nak drive.Lepas hantar dak Naura ke Taska,terus babah hantar umi ke klinik.Doktor tambah lagi MC umi lagi sehari.Lepas tu Naikkan dos ubat batuk.

Lepas tu cakap dengan babah teringin sangat nak makan sup cendawan Ikea.eh..seriously sedap.Nasib baiklah walaupun umi tak sihat, masih lagi ada selera nak makan.Selalunya kalau tak sihat, memang umi melepek jelah.

So,babah layankan je umi nak makan apa.Dia kata sambil tu bolehlah survey katil untuk bilik tengah.Umi pun ikutkan je.

Sampai di Ikea, umi suruh babah parking yang paling dekat pintu masuk.Sebab umi tak larat nak jalan sangat.Then, kami masuk dekat Cafe Ikea.Alangkah seronoknya bila tak ramai orang.Umi baru nak rasa nasi lemak Ikea sebab ada blogger tu kata sedap.Bila takde memang  keciwa tau…Takpe..janji mushroom soup dengan meatball ada.

Kek kengkonon throwback anniversary kitorang
babah pilih salmon
Garlic Bread Ikea memang best

Actually umi tak pernah pun amik Garlic Bread ni,tapi masa tu nampak Garlic Bread ni, terus rasa nak mencuba.Rupanya sedap.nasib baik takut tak habis makan,so ambil satu je kongsi berdua…SHARING IS CARING  ko!!

Menu umi ler tu, Mushroom soup dan Meatball Ikea

Babah kata umi macam orang ngidam.semua benda nak makan.Bedallah babah..Janji tekak tengah sedap untuk dimakan.

Lepas dah makan, borak-borak berdua…Sambil layan perasaan, uih..lama gak duduk situ.taulah tak ramai orang masa tu kan.So, bergerak ler kitorang ke tempat yang dituju.

Umi pesan kat babah siap² jangan masuk showroom Ikea.Sebab tak larat nak berjalan.Terus ke tempat barang yang kitorang nak beli.Hasil dari tu dapatlah umi katil dan juga rak untuk letak printer sebelah pc tu nanti.

Babah pesan jangan masukkan gambar dia..I am sorry babah, umi tutup muka babah..hahahaha..So, babah dah puas hati sebab dapat beli katil Grimsbu untuk anak dara dia.. hari tu ada Offer RM149

Tapi yang kelakarnya kami tak beli slatted bed base..Pedih weh… nampaknya next visit jelah pi beli.kah²… sebab tu lah terfikir , apa lagi yang kurang masa pasang katil tu.

redha jelah ek..next time kita pi beli lagi eh babah..kali ni kita bawak dak Naura pulak..Kesian pulak hari tu tinggalkan dia kat Taska.Actually, umi kalau cuti sebab tak sihat, tak pernah hantar dia ke taska.Kalau dah terpaksa sangat baru hantar dia.Disebabkan hari tu umi memang betul² tak larat ,barulah umi hantar dia ke taska.Tu pun rasa bersalah lagi.

And yes, umi dah dapat apa yang umi nak. Rak Lerberg yang besar sikit untuk umi letak printer, YL umi dan lain-lain

Umi jarang je menempel kat pc ni.Sebab bila duduk sini je, confirm dak Naura nak take over tempat umi..Last² suruh umi ketepi.Nasib baik speaker tu dah rosak.kalau tak nak tengok youtube kat situ je..

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

3 thoughts on “Bila tekak teringin nak makan kat Ikea

  • March 9, 2019 at 3:40 pm
    Permalink

    Lepas ni beli untuk kemaskan wayar belakang tu, ada jual, so wayar tak nampak cmtu, lebih kemas gituuu….langkah keselamatan gak..
    Balik JB nak serbu Ikea ler heheheh

    Reply
    • March 11, 2019 at 8:18 am
      Permalink

      ada..cuma belum berkesempatan nak kemas yang hat wayar tu..balik dah kepenatan weh

      Reply
  • March 12, 2019 at 3:01 pm
    Permalink

    oooo ni la dalam troli ri tu ek..ahhaha..

    takpe kak, time tak sihat, memang tekak kita ngidam macam2..suami cakap, kalo craving time tak sihat ni, kena turutkan, supaya lebih cepat sihat…tak tau la betul ke tak petua tu…ekekekke

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *