Bila Si Kecil Kena Chicken Pox

Assalamualaikum
Selamat tengahari semua..Baru balik dari Lunch.Hari ni pekena Nasi Tomato..Alhamdulillah..kenyang.Sambil tu tapau buah dua plastik.
Ok,sekarang baru boleh cerita pasal ketidak hadiran aku bekerja dan juga blog.Mungkin ada yang perasan kenapa aku tak bekerja dua tiga hari ni.Siapa yang follow fb aku mungkin tau kot.
Oklah,meh aku cerita.Malam rabu yang lepas,Nur awfiyah tak sedap badanDah tengok dah cara dia merengek tu pun dah tau ada yang tak kena pada dia.Bila rasa badan dia,dah dedo dah.Aku terus bagi ubat demam takut melarat.Tengah malam,aku rasa badan dia makin panas.Dah risau takut kang terlalu panas,jadi lain pulak.Aku ambil kain dan basahkan..Lap-lap kat badan dia.Sampai ummi dia tak boleh nak tido sampai ke pagi.
Pagi tu pulak,bila bangun tido,dia memang dah start merengek,Masa nak tukarkan baju dia,nampak pulak biji-biji berair di bawah ketiak dan lengan dia..Mula da dok risau kena campak.Bila check kat badan-badan dia,rupanya dah ada dekat bawah lengan sebelah pulak..Cepat-cepat call husband and suruh dia hantarkan ke klinik.
Masa ondway nak pi klinik,sempat aku snap gambar.Nilah yang aku bagitau tadi..Dah keluar sikit kan.
Jumpa doktor ,doktor cuma cakap kena chicken pox.Doktor cuma bagi ubat sapu,ubat demam dan ubat cairkan kahak.Satu lagi dia bag ubat sapu untuk chicken pox.
Balik tu terus mandikan dia.Ada sesetengah orang bagitau tak kasi nak mandi.Tapi kalau tak mandi lagi lah badan tak selesa kan.
Esoknya tengok dah semakin banyak.Aku suapkan dia dua tiga sudu air kelapa..Keluar tengok makin banyak pulak..Memang dah risau sangat-sangat.Keluar biji-biji tu banyak pulak kat bahagian siku dan juga lutut..Merengek jangan cakap lah..Sedih bila tengok awfiyah yang sentiasa ceria dan kuat makan,bertukar sebaliknya.Makan pun taknak.Minum susu pun kurang.
Keadaan masa hari kedua..Kesian tengok dia
Bila dah tahap kerisauan,aku decide untuk bawak awfiyah balik kampung.Mak aku ajak pi mandi laut.bukan ajak mandi untuk bersuka ria.Tujuan untuk mandikan awfiyah.Dua tiga hari aku mandikan dia dengan air laut dan aku minumkan dia air kelapa,Tengok ada perubahan.alhamdulillah…
Tu yang baru hari ni aku dpat bekerja.Harap lepas ni,dia akan kembali sihat.

Loading

8 Comments

  1. alahai… kesiannya tgk dia.. huhu..
    moga2 cepat sembuh..

  2. adui kesiannya..semoga cepat sembuh..

  3. Harap baby sis segera sembuh. Saya biasa guna daun semambu untuk chicken pox ni. Rendam daun tu dalam sebesen air dan buat mandi.

  4. Lain macam chicken pox fiyah ni..nampak banyak..sian fiyah..semoga fiyah kembali sihat.

  5. Yea ker kena mandi air laut..tgh musim kot..anak cheq da 2 orang tu naik jgk tp xseteruk gni la..si adik kena selepas si kakak..mandikan dgn daun semambu…ok utk xkasi berparut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *