Big Bowl Ice Sedap ke?Pernah makan?

Korang Pernah Makan Big Bowl Ice? Sedap ke?

Kalau dulu kan, masa dok lalu lalang di Facebook tentang Big Bowl Ice ni, rasa teringin je nak mencuba.Rasa terliur je tengok Ice yang di blend macam abc tu, tapi ni lain sikit kerana di taburi dengan Buah-buahan.

Umi pernah makan yang ala-ala BIg Bowl Ice ni iaitu Bingsu Sedap di Alan Thai Cafe beberapa bulan yang lalu, boleh baca BINGSU SEDAP DI ALAN THAI CAHAYA MASAI. Ni pun kira dah lama viral, tapi masa tu kebetulan nak cari makan, lalu pulak kedai tu, tu yang singgah.

Sama juga dengan Big Bowl Ice ni jugak.Masa dalam perjalanan nak balik rumah, dak Naura kemain merengek nakkan aiskrim.Timbul idea si babah nak pulak mencuba makan Big Bowl Ice ni yang baru di buka di Kota Masai.Nak kata baru takdelah baru sangat, tapi disebabkan umi tak pernah pergi, kira baru jugaklah.

So, umi terpaksa redha jugak ikutkan dua beranak.Padahal mata dah rabak sangat sebab sebelum tu umi kena Imsomnia.Memang dah banyak kali pun kena penyakit ni.Sampai umi rasa nak nangis sebab tak boleh nak tidur.Takkan nak harap pil tidur kan.Ok..entry dah melalut sampai ke tidur pulak.

Sebelum masuk tu dah pesan dekat babah supaya tak order terlalu banyak.Sebab umi tau satu big bowl ice tu dah boleh makan untuk dua orang.Masa tu orang ramai, nasib baiklah kan ada tempat untuk kami 4 beranak.

Dak kecik sorang tu excited sangat tengok ice cream banyak dalam menu.Tapi yang durian jugak dia nak.Umi dah suruh dia pilih yang lain, tapi sebolehnya dia nak yang ada durian.Actually umi tak setuju dia pilih yang durian sebab umi tau rasanya tak sama macam kita makan durian sebenar.Lain ler dia letak betul-betul durian kan.Yang ada pun frozen.Tapi disebabkan dia nak sangat, so umi pun order kan untuk dia.

big bowl ice kota masai

Tengok menu semua sedap.Bukan itu je, korang boleh order side dish dia yang lain.Banyak sebenarnya tapi umi memang takde mood nak ambil gambar.Jadi gambar-gambar ini jelah yang sempat untuk umi snap.Ahhh..gasak..

big bowl ice kota masai

Yang ni Naura dan nenek punya.Dia boleh habiskan tau dengan nenek.Tapi umi dengan babah adalah ngecek dia sikit.Tu pun sebab dia ngecek ice umi dengan babah punya. 😛 😆 

big bowl ice kota masai

Yang ni umi dengan babah punya.Umi nak order manggo, tapi babah request nak yang ni..Oklah..not bad jugak rasanya.Kacang tu kira topping untuk ice bowl kami, tapi ada budak tu dah mengunyah dulu dah.

So, sedap ke makan Big Bowl Ice ni?

Bagi umi oklah sambil melayan chatting dengan kawan-kawan, lepak-lepak.Sejukkan tekak..Not bad jugak.Rata-rata yang datang ni semua remaja-remaja yang berchit chat.

So, korang dah serbu belum Big Bowl Ice ni? kalau belum pi serbu dulu dan rasa.heehehehe

Big Bowl ice ni dah banyak cawangan di Johor.Boleh search Page Big Bowl Ice ni di kawasan berdekatan korang

 

 

Loading

2 Comments

  1. Belum pernah lagi makan kat big bowl ice ni. tapi jenis ice cream/bingsu macam ni wajib share. tak abis kalau sorang ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *