BIG BAD WOLF

Big Bad Wolf 2019 di Mydin Mutiara Rini Skudai Johor

Big Bad Wolf 2019 di Mydin Mutiara Rini Skudai Johor | Hari sabtu lepas umi dah kesini.Plan memang nak pi borong buku budak-budak ni.So far pergi sabtu hari tu, terjumpa sekali blogger Juju, tapi dok kalut dengan anak-anak, sampai lupa nak berselfie dengan dia..Maafkan umi ye 😆  😆  😆 

Seperti yang korang sedia maklum BIG BAD WOLF 2019 sudah berada di Johor dari 21 mac lagi tau.Umi ada kongsikan di entry INIIni adalah kali pertama umi menjejakkan kaki ke BIG BAD WOLF di Johor ni tau.And of course umi dah plan siap² buku apa yang umi nak cari.Dah target jugak berapa budget yang umi spend untuk BBW ni.

Big Bad Wolf 2019 di Mydin Mutiara Rini Skudai Johor

Sebelum masuk ke sini, wajib selfie dulu..

Seriously bila masuk sini, memang rambang mata nak pilih buku, umi plan nak ambil satu buku novel dan motivasi, tapi tulah, bila dengan anak-anak ni, nak mencari buku memang payah.Terpaksalah batalkan niat nak mencari buku tu.Terus ke bahagian buku kanak-kanak.

Buku kanak-kanak pun dah buat budak-budak ni rambang mata.Umi suruh je kakak ambil buku apa yang dia nak.Nanti masa nak bayar, umi tapi semula buku apa yang perlu dan tak perlu.So, jangan membazir ye anak-anak.

Nak cari buku keagamaan pun banyak disini.Harga jangan cakaplah..memang terlajak murah dari harga yang biasa diorang jual.So, sangat rugi kalau lepaskan peluang setahun sekali ni kan.

Umi tunjukkan sikit suasana masa kat sana.

So far, masa umi kesana takdelah sesak sangat.Bolehlah..Cuma waktu nak membayar tu jelah memang kena queue. Umi cadangkan lepas dah pilih² buku, sruh jer cik abang atau salah sorang pegang anak, yang sorang pi beratur dan bayar.Jadi takdelah anak tu tantrum sampai terlebih.Hah..memang naya ler kalau mereka dah start nak tantrum kan.Kalau tengok suasananya mesti parents dah boleh agak macam mana kat sana.

Masa dok belek-belek buku, ternampak Kartunis Gayour di Big Bad Wolf 2019 .Ada sorang lagi kartunis, tapi tak ingat apa nama dia..Yang umi nampak kartunis Gayour jelah.

So, total umi dah habiskan disini dalam rm100, tapi punyalah banyak umi dapat buku.Sambil tu selfie ler depan tu..Mana tau menang,boleh la dapat satu troli buku. 😀  😀 

Jom tengok hasil rembatan umi di Big Bad Wolf 2019 ni.

Untuk umi dan babah…umi satu je..yang lain babah punya…

Yang paling special adalah 2 buah buku ni sebab buku keluaran Little Hippo ni boleh tengok dalam 3D tau.Bila kita install apps Hippo Magic ni, kita scan je kat buku, kartun tu akan muncul dekat buku dan berkata-kata..siap ada games lagi tau..Of courselah dak Naura suka

Oh ya..kan umi ada sebut pasal bawak buku satu troli di atas kan, bila korang datang dan berbelanja buku kat sini, jangan lupa tau gunakan hashtag #BBWJOHORSELFIE2019  dan #BBWJOHORBOOKHAUL2019 . Ini peluang korang untuk join contest dari BBW.So, mana taukan ada luck..Pemenang boleh bawak buku 1 troli okeh..hahaha..Boleh tengok fb dan ig BBW di bawah

IG : @bigbadwolfbooks

FB : Big Bad Wolf Books 

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

25 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *