Beyblade atau Smartphone - Kisahsidairy.com

Beyblade atau Smartphone

Beyblade atau Smartphone

Beyblade atau Smartphone | Demam Blayblade yang melanda anak-anak kita sekarang ni.Ianya bagus atau tidak?

Jom baca hasil perkongsian dari Puan ASyikin.Bila nampak Bayblade ni kan, teringat pulak zaman-zaman umi dulu.Sama juga dengan kita main permainan gasing.

Walaupun umi perempuan, umi pun pernah main gasing tau.Yang tolong buatkan umi gasing adalah Pak Yah jiran sebelah rumah umi dulu.Dia lah yang rajin layankan anak² di blok kami.Bukan setakat permainan tu je dia support, permainan badminton, Cap teh dan banyak lagi lah.

 

Tapi anak-anak zaman sekarang, permainan lebih canggih.Yang terbaru dan viral adalah Beyblade.

Bila sebut pasal permainan ni kan, umi percaya setiap permainan tu ada kelebihan dan keburukkan.Tapi lagi menimbulkan keburukkan jika kita terus memberikan gadget kepada anak-anak.Dan permainan Beyblade ni juga boleh menggantikan anak yang gila gadget.Maaf dengan perkataan gila tu ye.Maksudnya yang taksub dengan gadget sampai anak-anak tidak mahu untuk bermain.

Permainan Beyblade ni bukan sahaja untuk anak lelaki, malah anak perempuan pun sama berminat tau.Kakak Fiyah dan adik Melor pun sama tersampuk dek Beyblade ni.Kemain lagi diorang bermain.Dak Naura jelah yang masih di awang-awangan dengan Bayblade ni.Selagi tak mintak, selagi tu umi tak belikan dia..hahaha…

Dari apa yang dikatakan oleh Puan Asyikin tentang Beyblade ni, ada benarnya kerana wujudnya pengalaman baru dan juga perkara positif terhadap anak-anak.Jom lihat apa yang bagusnya Beyblade berbanding Handphone

 

BEYBLADE ATAU SMARTPHONE

1. Beyblade melatih anak-anak mengasah skil motor halusnya kerana anak perlu memutar, memasukkan, menarik, menyambung dan sebagainya. Jadi tangannya serta jarinya bekerja. Otot-otot serta sendinya bekerja. Ini bagus berbanding hanya memegang handphone yang tiada banyak pergerakan.

2. Beyblade melatih koordinasi mata dan fokusnya. Anak fokus ketika memasang. Fokus ketika beyblade berpusing.

3. Beyblade meningkatkan skil komunikasi dan bahasanya. Anak akan cenderung untuk bermain bersama orang lain. Dan akan berlakulah komunikasi dua hala. Kosa kata anak akan meningkat dan bahasanya juga akan lebih diperkaya lagi.

4. Beyblade membantu anak bersosial dengan orang lain. Berlainan dengan bermain handphone, anak lebih suka bersendirian dan tidak suka diganggu.

5. Beyblade mengeratkan lagi hubungan kita dengan anak-anak dan di kalangam adik beradik.

Sebagai tambahan, ibu bapa boleh mendidik anak untuk menabung sekiranya mereka suka mengumpul beyblade. Dan sekarang sudah ada tournament serta pertandingan beyblade, boleh latih anak untuk yakin diri.

Kesimpulannya Beyblade membantu juga anak-anak yang ketagihan gajet.
Namun ibu bapa kena juga pantau dari segi disiplin masa untuk solat dan adab ketika bermain dengan kawan-kawan.

 

So, tak salah jika ada parents yang membelikan anak-anak Beyblade ni hasil dari duit raya yang mereka dapat.Selebihnya boleh la masuk tabung kan.

 

Credit to : Ashikin Hashim
Cikgu Tadika Anak Anda

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One thought on “Beyblade atau Smartphone

  1. bayblade ni zaman saya muda remaja dulu pun dah ada…cuma ia tak viral macam sekarang ni…baru2 ni je jadi viral kan sebab da ada Facebook, IG semua…kira ok la benda ni sebab dia lebih membantu ransangan saraf dan motor pada tangan anak-anak yang sedang membesar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *