August 4, 2020
bersediakah hantar anak ke sekolah

Bersediakah kita hantar anak ke sekolah ? 12 Perkara Ibubapa wajib Tahu

Bersediakah kita hantar anak ke sekolah ? 12 Perkara Ibubapa wajib Tahu | Ye, Esok bermulalah persekolah bagi anak-anak prasekolah dan Tadika.

Bukan senang nak mengajar anak tentang SOP yang Kerajaan telah buat.Tapi kita sebagai ibubapa kena ambil tahu jugak dan menyediakan langkah-langkah keselamatan awal dari rumah.

Pada 10 Jun yang lepas, Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin telahpun membuat pengumuman tentangSOP sekolah yang baharu. 

Pengumuman ini merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak lebih-lebih lagi para ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang bersekolah.

Sebagai permulaan, hanya pelajar yang menghadapi peperiksaan penting seperti SPM, STPM, SMV dan STAM sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke sekolah bermula 24 Jun 2020.

Terbaru pula, kerajaan membenarkan prasekolah dan tadika dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini.

Kita kena lengkapkan anak-anak dengan hand sanitizer dan juga pelitup muka

SOP sekolah dirangka hasil perbincangan pelbagai pihak

Sebuah garis panduan telahpun dirangka bersama-sama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai rujukan semua sekolah sebelum dibuka.

SOP ini bertujuan untuk memastikan keselamatan murid, guru dan warga sekolah ketika berada di kawasan sekolah.

Sebagai ibu bapa, pasti anda rasa bimbang akan keselamatan anak anda ketika di sekolah. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat penting untuk memastikan SOP ini dapat direalisasikan.

Penting untuk anda ambil tahu persediaan yang patut dilakukan sebelum anak-anak kembali ke sekolah.

SOP di sekolah, apa yang perlu anda tahu

1. Jika tidak sihat, duduk sahaja di rumah!

Pemeriksaan suhu akan dijalankan di pintu masuk sekolah. Pelajar atau guru yang bergejala ataupun mempunyai suhu badan lebih daripada 37.5°C tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah

Oleh itu, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak berada dalam keadaan sihat sebelum menghantar mereka ke sekolah. Ingatkan anak anda untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan amalkan penjarakan sosial.

2. Susunan meja berjarak 1 meter antara satu sama lain.

SOP sekolah telah menetapkan kapasiti maksimum mungkin bergantung kepada keluasan kawasan kelas. Namun, untuk kelas bersaiz biasa, hanya 20 orang murid sahaja yang dibenarkan pada satu-satu masa.

 3. Bersihkan permukaan kerap disentuh 2 kali sehari.

Permukaan yang kerap disentuh seperti suis lampu dan kipas, tombol pintu, penutup tandas, pengepam tandas dan sebagainya akan dibersihkan dengan rapi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

4. Penjarakan sosial di kantin sekolah.

Murid masih perlu mematuhi penjarakan sosial sejauh 1 meter dari satu sama lain ketika berada di kantin sekolah.

Murid juga tidak dibenarkan makan di kantin sekolah. Hanya makanan berbungkus sahaja yang akan dijual dan murid akan makan di bawah seliaan guru dalam kelas pada waktu rehat.

5. Pastikan ada bilik isolasi untuk murid bergejala. Bilik ini perlu dilengkapkan dengan pelitup muka dan juga hand sanitiser.

6. Aktiviti sukan dan kokurikulum tidak dibenarkan sehingga tarikh yang akan diumumkan nanti.

7. Penggunaan pita pelekat sebagai tanda penjarakan sosial.

Penjarakan akan ditanda pada lokasi yang bersesuaian. Sebagai contoh, tanda penjarakan akan diletakkan di kantin untuk tujuan berbaris.

Tanda yang sama juga akan diletakkan pada kerusi, meja dan tempat mengimbas kehadiran untuk memastikan semua orang dapat mematuhi SOP di sekolah.

8. Katil asrama juga akan disusun pada jarak 1 meter.

Hanya pelajar yang berada dalam kelas peperiksaan sahaja dibenarkan untuk pulang ke asrama. Katil pelajar juga perlu dijarakkan sejauh 1 meter daripada satu sama lain.

9. Menyediakan laluan pergerakan sehala.

10. Menyediakan tong sampah berpenutup.

11. Menyediakan sabun dan hand sanitiser yang mencukupi di lokasi yang bersesuaian seperti di surau, kantin, tandas dan bilik guru.

12. Meletakkan tanda peringatan COVID-19 di pintu masuk dan juga sekitar sekolah.

Perlaksanaan SOP di sekolah ini adalah penting untuk memastikan keselamatan semua pihak. Oleh itu, para guru, pelajar dan juga ibu bapa haruslah memainkan peranan demi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Kita masih lagi belum menang dari melawan virus korona. Malah, jika kita tidak berjaga-jaga, ada kemungkinan untuk kita dilanda gelombang ke-3 COVID-19 pada masa akan datang.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bukan daripada kelas peperiksaan awam, sekolah akan dibuka secara peringkat demi peringkat. KPM akan memaklumkan mengenai hal ini mengikut perkembangan semasa.

Info  : Hellodoktor

 

Sebelum hantar ke Taska, pihak Taska ada maklumkan kepada umi untuk bawa Dak Naura buat saringan Covid. Tapi hanya saringan biasa sahaja.

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

2 thoughts on “Bersediakah kita hantar anak ke sekolah ? 12 Perkara Ibubapa wajib Tahu

  1. Nak taknak semuanya kena serasikan dengan norma baharu.. Mia pun harini dah sekolah juga.. harap anak-anak di jauhkan dari segala yang tidak di ingini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *