kuih tradisional

Berjaya membuat Karipap Kentang

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Tak kisahlah kalau kena kecam pun cakap akak tak pandai masak.At least akak mencuba jugak kan untuk buat..Selama 36 tahun hidup ni,tak pernah tau buat karipap.

Selalunya MIL yang rajin buat karipap untuk santapan.Tapi masa tu aku buat dono jelah kalau dia buat.Sebab aku ni kalau pasal kuih,malas nak buat sangat.Aku sanggup beli dari buat..haha..pemalas kan.Tapi,lepas dah ada anak ni,bila anak suka makan,ada suami pun yang suka makan.Pagi makanan yang paling ringan adalah kuih..Dia memang tak pandang takat roti cicah kopi O.Kalau boleh nak Mee goreng,nasi goreng dan gorengan yang lain.And bila wife dia kekadang tak menyempat nak masak semua tu,beli je karipap frozen untuk digoreng waktu pagi..Tu pun dah cukuplah nak tunggu perut diisi untuk tengahari pulak.

So,bila borak-borak dengan encik suami kita ni,terus timbul idea nak buat karipap frozen.Banyak jugalah pelajari macam mana nak buat inti karipap ni.So,malam tu cari semua keperluan untuk membuat inti karipap ni.Nak cari acuan karipap tak jugak berjumpa.Tulah kan,bila taknak bersepah,tapi bila nak,time tu jugaklah payah nak cari.Jadi tawakal jelah uli karipap tu.Bab nak mengelim tulah yang merisaukan aku.Risau tak menjadi wehhh…Actually masa buat dengan MIL tu,ada jugaklah belajar mengelim..Kira dapat jugaklah kan pengalaman walau nipis je pengalaman yang ada tu..Jadiklah..Puas lah aku google resepi karipap kentang ni kat google..Alhamdulillah..sekarang ni semuanya di hujung jari..Nak dengan taknak je buat…So,bertabahlah ye…

resepi karipap kentang
Hah..sape kata susah nak buat..tara….Jadi dah inti kentang untuk karipap.En suami kita tu request nak inti sardin..Tapi kita cakaplah kita belum PRO lagi..So jadiklah macam ni..Alhamdulillah..Cantik kejadiannya.
Beralih nak buat karipapnya pulak..Ambil gelas besar,lepas tu tekup je jadilah bulat…Try mengelim,jadilah kan walau tak berapa nak cantik.
resepi karipap kentang
Stress jugak weh nak mengelim..Ada yang hodoh nampaknya..Takpe..biar hodoh janji sedap.Biar tak cantik di mata,tapi ditekak sungguh sedap untuk dinikmati..
resepi karipap kentang
Siap Di goreng
Uih…menjadi kan..so seorang umi dan seorang isteri sediakan karipap kentang untuk santapan keluarganya..ececeh..
Sekarang ni kena belajar untuk buat semua tu untuk family.Bila kita tengok,anak-anak dan suami makan hasil air tangan kita,Nikmatnya tu besar…Bukan aku kata aku bagus..Tapi bila anak makan air tangan kita,kita puas hati..kan..kan…
Hah..lepas ni dah boleh buat dan frozenkan baik-baik dalam peti ais…senang nak makan nanti..

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(20) Comments

  1. Sedapnyaaa karipap. Nani pun tak pandai nak buat kelim tepi tu. Sudahnya Nani guna acuan aje. Hehehe.

  2. sedapnya.. sampai sekrang sy tak reti buat bunga karipap. ada orang nak senang pakai tekap je.. pael sy pulak kalu makan karipap makan yg inti je.. part bunga tepi tak makan.. buruk perangai kan hahaha

  3. cik nor guna acuan jer..hihi

  4. terima kasih hernee..i follow

  5. Bab kelim karipap ni sampai ke sudah failed. Tah bila last time buat karipap pun dah tak ingat. Hahaha.. apa pun suami memang sentiasa menyokong kan..yelah kalau asyik beli frozen tu dah berapa ongkosnya.

  6. waaa…nmpk sedap n elok je….at least, try kan…sy smpi skang tak penh try wat..hehe

  7. Pandai nya…sya smpai skrang fail bab kulit karipap tu emmmm..dh la suka makan

  8. dah lama x makan,nmpak sedap

  9. hari tu dan² lah acuan karipap tu habis stock..terpaksalah kelim

  10. sama dengan anak sedara sorang,kalau nampak bunga karipap tu hilang,memang kerja dialah

  11. lagi senang kan cik nor

  12. kan,saya pun sama,tapi disebabkan nak jugak buat air tangan sendiri..terpaksalah jugak

  13. haah…sesekali mencuba apa salahnya kan

  14. alhamdulillah…husband kata sedap…hehehe

  15. alhamdulillah..elok kejadiannya

  16. dahnya akak.. busyra lama jgk tak makan karipap ni. hehe

  17. assalamualaikum eda…buat sendiri tu lebih puas hati n dpt byk…
    ** Mama Maszull

  18. tulah..akak pun baru pandai ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *