INFO,  JOHOR,  RANDOM,  VISIT JOHOR

Beriadah di Dinasour Kingdom Theme Park Puteri Harbour

Beriadah di Dinasour Kingdom Theme Park Puteri Harbour | Kejadian pada Cuti Hari Krismas yang lalu.Actually, umi dah lama plan nak ke Dinasour Theme Park yang terletak di Puteri Harbour Kota Iskandar ni.Tetapi memandangkan cuaca asyik tak berkenan je, Maka umi selalu memadamkan niat nak ke sana.

Tapi bila abang ipar sekeluarga datang berkunjung ke Johor pada hari tu, anak saudara pun excited nak ke sana.So, berkunjunglah kami ke sana.Memang dah lama tak menjejakkan kaki ke Kota Iskandar ni.Sebuah Kota yang kian membangun sekarang ni dan merupakan tempat tertumpunya pelancong di sini.Kalau korang nak tahu, pelbagai pusat riadah dan hiburan ada disini termasuk ,Legoland, Hello Kitty Town dan banyak lagi.

Teringat zaman umi kerja di Flextronics Gelang Patah, laluan ni memang takde apa yang menarik melainkan hutan je kiri dan kanan jalan.Tetapi sekarang ni tak sangka ia membangun dengan begitu pesat.Kagum jugaklah dengan suasana Kota Iskandar ni hah..

Oklah..Done cerita pasal tu,so berbalik kepada cerita asal, umi plan nak beli tiket online, tetapi memandangkan tak berapa nak faham dan salah faham, so umi bagitahu kat babah supaya beli tiket kat sana je.

Beriadah Dinasour Kingdom Theme Park Puteri Harbour

Beriadah Dinasour Kingdom Theme Park Puteri Harbour

Masa kami datang ke sini, memang tak ramai sangat orang mungkin kerana terlalu awal kot.Masa touch down di depan kaunter beli tiket ni,jam menunjukkan pukul 12.20pm..ceh..yek je umi timing tu.Disebabkan abang ipar ada anak kecil, si adhwa tu kurang sihat, maka kita beri laluan dahulu untuk dia redha dengan tantrum kurang sihat dia tu.Sesambil tu,bebudak dok main kepala dinasour dekat depan Kaunter tiket tu hah..

Masa ni pun anak-anak dah tak sabar nak masuk ke dalam.Lepas pada pembelian tiket di kaunter, sebelum nak masuk tu, ada beberapa staff  yang akan pakaikan kita gelang tiket dino tu.

Beriadah Dinasour Kingdom Theme Park Puteri Harbour

Tapi umi sangat-sangat syorkan korang datang pada waktu-waktu petang .Sebab cuaca panas ni mungkin tak selesa bagi korang yang bawa anak-anak kecil.Dinasour Kingdom Theme Park ni adalah aktiviti Outdoor, jadi tempat untuk berteduh pun kurang.At least kalau pergi waktu petang tu, cuaca pun dah redup sikit.

Beriadah Dinasour Kingdom Theme Park Puteri Harbour

Bila masuk je part sini, muka anak-anak dah berubah.Nak² pulak patung tu bercakap, suruh bergambar pun takut.Semua dah duduk belakang umi dah..haduii..parah budak berdua ni tau.Terus cepat-cepat tarik umi masuk ke dalam.Bila nampak je Dinasour yang lain kat dalam tu, masing-masing memang pandang kaku je.Suruh berdiri sebelah dino tu pun diorang taknak.Last-last umi ambil gambar dino tu je.

Jom kita tengok koleksi Dinasour yang sempat umi ambil ye.Banyak lagi sebenarnya yang umi tak sempat snap kerana melayan anak-anak dara ni mengamuk

Beriadah Dinasour Kingdom Theme Park Puteri Harbour

Beriadah Dinasour Kingdom Theme Park Puteri Harbour

Beriadah Dinasour Kingdom Theme Park Puteri Harbour

Beriadah Dinasour Kingdom Theme Park Puteri Harbour

Itu antara koleksi gambar yang umi sempat snap..Banyak aktiviti yang anak-anak tak dapat nak buat sebab orang pun ramai nak beratur.Sempat jugak tengok Live Show pada pukul 1.00 tengahari.Masa tu kakak memang happy dengan persembahan live Show tu.Minah sorang tu memang banyak tanya.Adik dia dah duduk belakang babah siap-siap.Dari awal show sampailah habis show tu.Memang tak berganjak pun.Sebelum keluar dari situ, sempatlah umi snap gambar mereka berdua dengan pelakon dinasour tu.

Beriadah Dinasour Kingdom Theme Park Puteri Harbour

Keluar je dari situ,nampak pulak permainan Inflatable tu.Budak berdua tu dah eksited sangat nak main.Mulanya umi taknak masuk, lepaskan je bebudak tu kat dalam.Last-last dengar kakak jerit.Terus naik ke atas.Rupanya kakak gayat sebab benda tu buat kakak terumbang ambing entah ke mana.Umi yang naik tu pun rasa pening kepala.Aduiyaiii…

Nampak pulak colouring side kat tepi inflatable tu, umi suruh diorang mewarna.Walaupun masing-masing belum ada bakat lagi nak mewarna, dan umi pun memang takde bakat langsung nak mewarna, nampak jugaklah warna yang ada kat button badge diorang tu hah.

Beriadah Dinasour Kingdom Theme Park Puteri Harbour

Lepas pada tu..dia sibuk sangat nak naik keretapi tong tu.(itu ayat kakak ler)

Beriadah Dinasour Kingdom Theme Park Puteri Harbour

Punyalah tak heran budak berdua tu bila umi ajak bergambar kat dino tu..Sampai diorang buat tak layan je permintaan umi.Last² umi bergambo syok sendiri je.

Beriadah Dinasour Kingdom Theme Park Puteri Harbour

Lepas dah jalan-jalan sekitar situ, lepas tu nak main permainan pun crowded, anak pun memasing dah buat perangai.Maka umi buat keputusan untuk keluar dari situ selepas berada di dalam Dinasour Kingdom Theme Park tu selama 4 jam.Itu pun kemahin azab bila kaki kakak pulak melecet.Umi pulak kena kendong dia..aduiii…memasing perangai memang tak boleh dijangka.

Kepada korang yang ingin membawa anak-anak korang di saat-saat akhir ni, boleh la datang ke sini.Umi ada senaraikan beberapa aktiviti yang korang boleh cuba apabila berada di tapak Dinasour Kingdom ni.Boleh lihat entry umi di sini > Dinasour Kingdom Puteri Harbour<

Di mana nak dapatkan tiket dinasour kingdom ni,korang boleh dapatkan secara online atau terus walk in ke sana ye.
 
 
Beli Tiket ONLINE :
 
 
Facebook:
Instagram:
 
Lokasi Taman Tema:
Puteri Harbour, Iskandar Puteri
 
Waktu Operasi Taman Tema:
18th NOV – 1st JAN 2019
 
Di tutup setiap hari ISNIN kecuali 31 Dec 2018
 
Sebarang pertanyaan email kepada:
info@themepaktu.com
 
Hubungi:
+603-8958 2772
 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

18 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *