renovation

Bercerita tentang Renovation rumah yang tak pernah habis

Bercerita tentang Renovation rumah yang tak pernah habis | Lama betul tak bercerita pasal Rumahku Syurgaku ni.Umi nak start balik bercerita since dah ketinggalan beberapa episode.

Takpelah, umi pelan-pelan kayuh.Bukan apa, umi nak jadikan ianya sebagai kenangan umi dan babah sepanjang kami memiliki rumah.Pahit maung nak kumpul duit renovate sikit-sikit rumah ni.Perit jerih yang terpaksa umi dan babah hadapi untuk hidup yang lebih selesa kelak.Insyallah,tu semuanya untuk anak-anak.Harap satu hari nanti dia akan baca tentang ni.

Umi pernah menulis bagaimana umi dan babah memiliki rumah pertama kami pada tahun 2013.Kalau ikutkan kami mungkin takkan beli rumah lagi kerana kami duduk di rumah Nenek.Nenek pun tak kasi kami pindah.Tapi yelah kan, impian nak ada rumah sendiri tu, hidup sendiri tu semua orang ada impian.Begitu jugak dengan kami.Umi nekad suruh babah beli rumah lain tanpa mengharapkan harta orang.

Masa jalan-jalan ke Taman yang baru nak buka ni(rumah kami sekarang) teringin nak beli sebab satunya ia besar dan harga lebih murah.Beruntung sangat kami sebab selepas sahaja kami membeli rumah ni, Harga rumah naik melambung tinggi.Last kami beli rumah dengan harga RM125,000 untuk harga bumiputera.Dan akhirnya Kunci itu Milikku Jua. Alhamdulillah syukur.Dah hampir 5 tahun jugak rumah tu

Selepas pada dapat je kunci tu, kami tak terus duduk sebab ingat nak renovate sikit bahagian dapur.Nak ada penghadang antara dapur dan ruang tamu umi tu.Of course itu adalah citarasa umi.Umi ada ceritakan di entry BERMULA RENOVATION RUMAH PART 2 .

Start dari part tu tu lah umi dan babah harungi kenangan yang paling pahit bila terpaksa bergolok bergadai kerana kami ditipu oleh tukang rumah.Untuk kos nak besarkan dapur tu RM3,000 tetapi mereka cuma menyiapkan 60% sahaja.Dah la barang yang dibeli cukup-cukup je. Nasib baiklah ada kawan yang boleh bantu.Bertambah la lagi modal kami dengan RM800 untuk menyiapkan dapur tu.

Paling tak syok, mosaic berlainan corak di dapur tu sangat mematahkan hati umi.Tapi umi husnuzon je untuk rezeki yang lain.Insyallah.

Selepas pada tu, umi langsung takde hati nak update kat blog kesayangan ni.Tapi bila fikirkan, ianya sebuah kenangan.Takkan luput kenangan tu kalau kita semadikan ianya secara elok kan.

Nanti lah umi cerita lagi.Tunggu umi cari lagi gambar-gambar lama yang umi dah simpan kat tempat lain.

Thanks for reading……

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *