Beli Pokok Hidup Secara Online di Shopee

Beli Pokok Hidup Secara Online di Shopee | Sebelum umi nak beli tu masih berkira-kira juga samada nak beli secara  online ataupun tak.

Actually pokok yang umi nak beli hari tu, takde di Nursery yang umi selalu pergi tu.Kalau nak berjalan di Nursery yang lain memang umi malas.Malas bukan sebab apa tau, sebab takut nak beli sepokok, kang terbawak balik berpokok-pokok.Tu yang umi risau sangat tu.

Banyak kali dah umi baca komen-komen positif yang membeli pokok secara online di Shopee ni.Ada negatif dan ada yang positif.So, macam berani tak berani jelah kan nak beli tu.

Tapi masa hari tu, bila dah fikir semasak-masaknya nak beli atau tak? Umi decide untuk beli jugak.

Sebenarnya banyak perkara yang kita kena fikir nak beli pokok hidup secara online ni.Antara sebab yang bakal kita terima bila beli pokok online ni?

  • Pokok mati
  • Pokok Sampai lambat
  • Pokok rosak

 

So perkara-perkara ni lah yang buatkan umi 50-50 nak beli pokok secara online.

Tapi memang berkenan sangat dengan pokok ni bila tengok #plantlovers dok up benda ni dekat FB.Actually umi suka dengan pokok-pokok gantung.Tu yang teringin sangat nak beli.So far umi dah ada 4 jenis pokok gantung sekarang ni.Tunggu sikit hari lagi nak cantikkan mini garden umi tu.Lama jugak nak siapkan tu, maklumlah ikut pada budget memasing kan.Kalau duit penuh poket, petik jari je dapat.

So lepas dah baca komen-komen positif dari salah sebuah kedai online ni, terus umi check out sepasu.

Sebelum tu just pastikan kalau beli pokok hidup ni, make sure korang beli pada hari bekerja atau hari cuti.Maksudnya macam ni.

Boleh beli hari isnin atau selasa.Ataupun korang boleh pilih hari Ahad untuk buat belian.Kenapa umi cakap macam tu?

Supaya pokok yang dibeli tidak dibiarkan lama oleh pihak currier.So, bila korang beli hari isnin, seller akan pos pada hari itu jugak atau hari esoknya.Bila berada di pihak Currier, jadi taklah mereka peram lama ye dak.Jadi pokok yang korang terima tu estimate dua hari perjalanannya dan takkan rosak pokok tu.

Yelah,Selalunya seller akan packing dengan kotak dan wrap supaya takde tanah atau pokok yang terkeluar.Percent untuk pokok tu rosak pun kurang.

Hah gitulah kekdahnya.

[Baca juga : 10 Jenis Indoor plants wajib ada di rumah ]

So pokok apa yang umi beli?

Alah…Pokok Ivy Plant ni je hah..

umi nampak cantik pulak daunnya tu.Sekarang ni kan tengah musim pokok-pokok macam ni.Umi memang suka dengan pokok yang takde bunga macam ni.Bukan tak suka yang berbunga, cuma kalau jenis pokok berbunga ni, agak leceh la nak menjaga.Umi bekerja ni, tak sempatlah nak belai lebih anak-anak tu.

Lagi satu bila tengok pokok hijau ni, rasa tenang sikit.

Comel kan pokok Ivy plant ni.Selamat dah ketangan umi walau nampak ada daun yang banyak mati di dalamnya.Insyallah lepas ni umi akan belai dan baja dia.

 

Keadaan pokok yang umi terima masa tu.Alhamdulillah elok je.

Susah ke nak jaga Pokok Ivy Plant ni?

Cara penjagaan Ivy Plant?

English Ivy (Hedera helix) merupakan tumbuhan melilit yang seperti juga tumbuhan melilit di kawasan tropika yang boleh meliputi pokok-pokok lain yang lebih besar sekiranya tidak dikawal. Namun tumbuhan English Ivy untuk hiasan biasanya dibiarkan untuk tumbuh dalam saiz yang kecil dan dibentuk mengikut bentuk yang menarik (memerlukan rangka penyokong).

Oleh kerana ia berasal dari kawasan dingin di utara, maka tumbuhan ini memerlukan suhu yang lebih sejuk dan tidak terdedah terus kepada panas matahari. Ia juga memerlukan tanah yang lebih lembab dan cahaya yang cukup.

Kalau nak ikutkan setiap pokok-pokok ni ada berbeza penjagaannya.Ada sesetengah pokok yang kena disiram air setiap hari dan ada juga yang perlu siram seminggu sekali.Depends pada pokok.Umi memang tak pandai sangat bila bab tanaman ni, Cuma apa yang umi tau, itu umi kongsikan lah.

Yang penting semua tanah-tanah di pokok ni umi guna Tanah Organik.Kenapa tanah organik? Umi tak pandai sebenarnya nak bagi penjelasan tentang tanah organik ni, cuma bila kita guna tanah organik, tak perlu hari-hari siram.Pokok pun lebih elok bila kita tanam menggunakan tanah ni.Wallahualam

Hah..itu jelah yang umi nak cerita pasal beli pokok online ni.

Lepas ni bolehlah beli online lagi kan? Tengah aim nak pokok yang satu tu.Tapi tunggulah dulu.Nak bela apa yang ada ni hah dulu.Nampak macam banyak la pulak.Tapi bila dapat pokok baru, macam terapi sangat tau.Hati pun lega.Senyum-senyum pandang pokok..eh!!!

 

Loading

3 Comments

  1. Cantik daun dia, cuma Sis tak minat pokok gantung… ni pun dah stop membeli, belai pokok yang ado je ni..

  2. cantik pokok ni kak.. kite dah ada jugak… suka tengok bentu daun tu..

  3. Elok je sampai.. kalau saya pun tak berani takut mati bila sampai tp kak eda punya elok… cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *