Beli Educational Toys di Toysdirect.my

Assalamualaikum
Kanak-kanak dengan permainan tak boleh nak dipisahkan,betul tak..Tapi bentuk permainan macam mana yang perlu kita berikan kepada anak-anak kita.Adakah permainan biasa yang boleh dibeli hari ni,esok dah tak berguna lagi..Biasa kan kanak-kanak.Macam tu jugak anak aku,takat beli anak patung yang boleh pisah-pisahkan badan tu,sekejap je cantiknya,sejam dua,confirm tak tau kemana kaki dan tangan patung tu.
Sebagai ibu bapa kita kena bijak memilih permainan untuk anak-anak kita.Permainan macam mana kita nak berikan pada anak-anak kita..Tentulah permainan yang memberikan anak kita pelajaran.Sambil bermain,anak kita boleh belajar dengan alat permainan yang kita berikan pada dia tu.
Mana nak dapatkan Educational Toys ni atau dalam bahasa melayunya alat permainan untuk pendidikan?Aku rasa kat shopping mall pun boleh dapatkan permainan pembelajaran ni.Kalau nak senang lagi,sekarang ni dah ada online shopping untuk memberikan kesenangan dan kemudahan untuk kita ibubapa ni.Tak payah nak sibuk pi shopping mall..Tau jelah kalau bawa anak-anak masuk shopping mall.Katanya nak beli satu je,sampai sana,dua tiga benda yang dia nak beli..Oh tidak!!Macam si awfiyah tu,kalau dah masuk kedai mainan,confirm dua tiga mainan dia ambil..Tapi umi dia ok je,sampai kaunter pandailah umi nak adjust dengan cashier tu..
Lagi senang kalau ada online shopping seperti Toysdirect.my ni.Hah dalam website ni pelbagai jenis mainan yang boleh korang pilih sesuai dengan budget korang.Lagipun dalam online shopping ni,kebanyakkan mainan mempunyai harga yang mampu milik.Jadi tak payah risau untuk berbelanja di sini.
Meh aku nak cerita sikit tentang kewujudan Tosdirect.my ni.Toysdirect ini ditubuhkan pada tahun 2014 dan telahpun berkhidmat dengan masyarakat selama dua tahun.Fokus utama mereka adalah pada alat permainan dan pendidikan,bahan Montessori dan buku.Toysdirect adalah peruncit yang menjual mainan pada harga borong kerana mereka ingin mencari lebih ramai kanak-kanak yang bermain alat permainan untuk pendidikan pada harga yang berpatutan.
Macam aku ni pulak,aku memilih untuk membeli Space Sand.Aku saja nak beli Space sand ni sebab kat bandar ni,budak-budak mana ada nak main tanah..At least diorang adalah kreativiti nak buat apa dengan tanah tu.Di dalam set Space Sand ni ada jugak disediakan tempat untuk letak tanah tu dan juga beberapa 30 aksesori untuk membentuk tanah tu..Mesti diorang suka kan.

space sand
Untuk pembelian korang boleh klik sini  http://www.toysdirect.my/product-1661762.html
Di dalam set ini korang boleh dapat Space sand seberat 4kg,Tray dan juga 30 aksesori yang comel.
Korang juga boleh pilih warna tanah yang korang nak…
Set Space Sand ni berharga RM58.00
Sangat affordable kan.Lagi satu sangat menarik minat anak-anak untuk bermain selain memberikan mereka peluang untuk mencipta menggunakan akal fikiran mereka sendiri.So nak dapatkan Space Sand ni korang boleh klik link kat atas nun.
Satu lagi produk Toysdirect yang aku suka adalah meja kayu dengan 4 kerusi ni.Meja kayu ini diperbuat dari kayu yang berkualiti.Jadi tak risau sangat bila anak-anak duduk di kerusi ini.
Meja ini adalah tempat Nur awfiyah membuat aktiviti colouring dan membaca.Di samping itu juga aku bagi dia makan di meja ni juga.Jadi meja ni khas untuk Awfiyah dan juga Naura.Mestilah diorang suka kan..
wooden table
Wooden table 4 chairs set ni adalah best selling di Toysdirect.Untuk mendapatkannya,korang boleh klik Link ni > http://www.toysdirect.my/product-1616859.html
Wooden Table 4 chairs set ni berharga RM239 per set termasuk postage ke WM.
Mengandungi 2 kerusi biru,2 kerusi pin dan meja.Diperbuat dari kayu yang berkualiti 
Size untuk meja adalah W60 x D 60  x H49.5
Manakala kerusi pula W30 x D29 x H58.5
Hah..apa lagi yang korang tunggu.Nak beli dengan harga yang sangat berbalo ini,jangan lupa untuk singgah di website mereka tau.Banyak lagi permainan pendidikan yang boleh korang pilih di website mereka.Boleh rambang biji mata nak pilih tau.Yang penting kena bijak untuk memilih.

Loading

5 Comments

  1. Assalamualaikum kak, murah tu dpt 4kg.. sheila pernah beli 2kg mahal rm60 hahahaha tapi include postage. Hehehhe besar dah anak2 dara akak ye…

  2. menarik space sand ni. tengah survey2 jgak mana yang berpatutan. TQ for the info. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *