July 6, 2020
HEBAHAN BAYARAN ZAKAT FITRAH SECARA DALAM TALIAN

Bayaran Zakat Fitrah Secara Dalam Talian Bagi Daerah Johor Bahru

Bayaran Zakat Fitrah Secara Dalam Talian Bagi Daerah Johor Bahru |Bayaran zakat Fitrah secara talian susulan Tempoh PKP sepanjang bulan Puasa.

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibawah Akta pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1986 sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Majlis Agama Islam Johor dengan ini memaklumkan bahawa urusan berkaitan PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH di NEGERI JOHOR dilaksanakan secara dalam talian melalui saluran-saluran berikut:

1. Johor Online Payment 

2. Zakat Johor Online Payment

3. Fastpay

4. Aplikasi Snap N Pay QRCODE

5. Muat turun Aplikasi Snap n Pay.

Setelah mengambil kira nasihat dan pandangan yang dikemukakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor, demi untuk menjaga maslahah dan keselamatan amil fitrah daripada risiko penularan dan jangkitan wabak COVID-19, MAINJ memutuskan bagi tahun 1441H bersamaan 2020M ini, “amil fitrah tidak ditugaskan membuat pungutan zakat fitrah”. Segala pembayaran boleh dibuat melalui medium pembayaran secara dalam talian di atas.

HEBAHAN BAYARAN ZAKAT FITRAH SECARA DALAM TALIAN

Kenyataan Sidang media dan FAQ berkenaan bayaran zakat fitrah secara dalam talian boleh dilayari di pautan berikut:

https://www.johor.gov.my/archives/6863

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) (Al-Baqarah[2]: 267)”

HEBAHAN BAYARAN ZAKAT FITRAH SECARA DALAM TALIAN HEBAHAN BAYARAN ZAKAT FITRAH SECARA DALAM TALIAN

Kita mudahkan kerja orang lain, orang lain memudahkan kerja kita kan.Moga semuanya dipermudahkan dan wabak covid 19 segera berlalu..

Jangan lupa untuk membayar zakat

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *