bayam brazil

Bayam Brazil Khasiat dan Cara Tanam

Bayam Brazil Khasiat dan Cara Tanam.Dah ramai yang memperkatakan tentang khasiat Bayam Brazil ni kan.

Umi sebenarnya dah lama nak tanam Bayam Brazil ni.Sebab sebelum ni umi ada terbaca khasiat yang ada di dalam Bayam Brazil.Sedangkan bayam biasa pun ada khasiatnya, ini kan pula Bayam Brazil kan.

Umi sebenarnya dah lama nak tanam Bayam Brazil ni.Sebab sebelum ni umi ada terbaca khasiat yang ada di dalam Bayam Brazil.Sedangkan bayam biasa pun ada khasiatnya, ini kan pula Bayam Brazil kan.

So, balik rumah Nenek hari tu, umi dah nampak satu pasu bunga Bayam Brazil yang nenek dah tanam.Tapi masa tu umi ingatkan pokok apalah yang nenek tanam.Tanya nenek, barulah umi tau itu sebenarnya bayam brazil.Kalau tau yang merimbun tu Bayam Brazil, memang dah lama umi dok tanam.Tapi korang tau tak apa itu Bayam Brazil dan dari mana datangnya Bayam ni? Jom umi kongsikan sedikit tentang Bayam Brazil ni

 

ASAL USUL BAYAM BRAZIL

Bayam Brazil  dikenali sebagai Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, atau nama saintifiknya Althernanthera Sisso.Atau dikenali dengan Brazillian spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu Lettuce.Bayam Brazil ni berasal dari Brazil dan juga Amerika Selatan.

Bentuk daunnya menghijau dan tidak berlendir serta rangup sering dijadikan sebagai salad, masak tumis serta beberapa resipi lain yang mudah disediakan terutama dalam masakan barat. Memakan sayur ini secara mentah/ulam juga menjadi pilihan kebanyakkan orang pada masa kini.Bayam Brazil ni mudah hidup dengan menanam batangnya sahaja.Bayam Brazil ni dikatakan sangat baik dan berkhasiat untuk kesihatan manusia.

So, apa pula ye Khasiat yang ada pada Bayam Brazil ni sehinggakan ramai yang ingin menanamnya? Jom baca info yang umi dapat hasil pembacaan umi di blog mustafayass.in ni.

 

KHASIAT BAYAM BRAZIL

Umi senaraikan khasiat yang terdapat pada Bayam Brazil ni untuk pengetahuan korang ye.Antaranya ialah :-

  • Melawan kanser
  • Mengekalkan kesihatan mata
  • Sumber vitamin K
  • Menguatkan tulang
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Meningkatkan sistem imuniti badan
  • Membantu sistem penghadaman
  • Mengelakkan daripada sembelit
  • Membantu melancarkan darah
  • Mencegah anemia
  • Mengatasi masalah gusi
  • Mutrisi yang baik untuk pembesaran
  • Mengekalkan stamina
  • Mengekalkan kesihatan mulut
  • Mengikat kalsium
  • Mencegah penuaan pramatang
  • Mengekalkan kesihatan ibu mengandung

Banyakkan khasiatnya.. Kalau korang rasa daun Bayam Brazil ni memang rasa crunchy. Tak sabar nak tunggu dia banyak.Rasanya tu pun dah boleh petik buat makan.Nanti umi share ye resepi Bayam Brazil ni.

BAYAM BRAZIL

Nampak dah tegak Bayam Brazil ni. Ingatkan dah layu dah..Nasib baik..hehehe…Sebulan lagi dah boleh petik kan.Oh ya..Macam mana nak tanam Bayam Brazil ni..Aduii..senang je weh!!

 

CARA TANAM BAYAM BRAZIL

Actually Bayam Brazil ni sangat senang nak di tanam.Senang pulak tu nak hidup.Asal cukup air dan cahaya memang cepatlah membiaknya.Ada orang jadikan Bayam Brazil ni macam pokok hiasan sebab dia menjalar.Korang boleh je search.

Just kerat pada bahagian batangnya yang keras tu, lepas tu boleh tanam dalam pasu.Senang pulak tu nak jaga.

 

Loading

7 Comments

  1. Memang banyak khasiat bayam brasil ni, kawan Sis banyak tanam, sampai kata kalau nak datang aje amik..tak termakan katanya…

  2. Author

    bila dia dah start hidup, memang senang nak membiaknya sis..alhamdulillah…rezeki dikongsi bersama

  3. wah ramai yang up bayam brazil ni. teringin pulak nak rasa. dapat tanam sendiri lagi best

  4. Author

    tak sure pulak benihnya SA, Tapi saya tanam batangnya je..mybe boleh cari kat nurseri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *