Bawa Naura ke Tasik Untuk Beriadah

Bawa Naura ke Tasik Untuk Beriadah | Nak jadi umi yang sentiasa ada masa untuk anak sorang ni kadang-kadang mencabar jugak.Mencabar la sangat kan?

Bukan mencabar apa pun, masa untuk dia tu sentiasa ada bila di rumah.Cuma untuk beriadah macam ni, tentulah kena ambil masa.Selalunya sabtu umi selalu habiskan masa kalau tak dirumah keluar.Kalau keluar pun mybe balik kampung, ke supermarket atau pergi ke rumah adik beradik.

Aktiviti beriadah kan banyak cara.Tapi untuk aktiviti jogging sambil keluar peluh tu jarang la kan.So, umi dah plan dengan dia hari ahad je umi akan bawa dia ke Tasik ni kalau takde ke mana-mana.Dengan umi jelah memandangkan babah bekerja.

Kami sekeluarga ni memang akan ada masa penuh pada hari sabtu jelah.Bila gaknya Johor nak buat cuti yang selaras kan? Jadi banyak aktiviti yang terpaksa tak boleh untuk dilakukan bersama-sama.Sebab umi perlukan satu hari untuk rehat dan berkemas rumah.Nak spend satu hari dekat rumahlah kiranya.Yelah..Kalau dah 5 hari bekerja, of courselah nak 1 hari yang boleh spend the whole day hanya di rumah..Tak gitu?Banyak kot kerja yang boleh buat kat rumah tu..Betul tak.Sehari pun belum tentu siap..hahahah

 

So, hari berikutnya boleh la buat aktiviti luar.Nak bawak minah kecik ni even pergi ke tasik tu pun, nak kena keluar duit gak.Nampak itu ini, walau umi dah sediakan sarapan untuk makan kat Tasik tu, tetap jugak nak membeli.Yang selalu jadi sasaran dia adalah mainan la..Apa lagi.

Hah… Sambung cerita pulak.Pepagi lepas babah pergi kerja, umi dah settle bab sidai baju, terus ke Tasik dengan dia.Semangat pepagi bangun semata-mata nak ke Tasik.

Sampai kat Tasik, umi ingat nak berlari-lari anak dulu, tapi dia dah muncung nak ke Playground. Umi layankan jelah.Nasib pagi tu tak ramai orang.syoklah dia ke sana sini pilih mainan yang dia suka untuk bermain.

Umi layankan jelah..Sampai dia dah bosan dan tak tau apa lagi nak buat, umi terus ayat dia..

Jom kita lari nak??

dia pun ikut la..apa lagi..hahaha…Biar kurus sikit..nanti kakak tak ejek dia gemuk…haishh…kakak ni..hahaha

 

 

Umi nampak orang buat aerodance.Umi nak je join, tapi kang dak Naura buat hal lain pulak..Dah payah nak fokus.Jadi moh ler berlari-lari anak sampai dia penat.

Umi yang semput nak kejar dia sebenonya.Umi je banyak berhenti.Nampak sangat dah semput nak berlari.Dia pulak ajar umi cara nak bersenam.

Kemahin kan.

Wefie dulu sebelum balik ke rumah..Muka happy sikitlah lepas dah tawaf separuh dari tasik tu.

 

Dapatlah habiskan masa selama 2 jam sebelum dia merengek nak beli Kite.Asyik itu je dia sebut.Nak taknak umi kena jugak ler belikan dia sebab selalu ke Tasik memang umi tak pernah belikan.

Sebab umi tau takde sape nak naikkan kite tu.Umi?? entah pandai ke tak naikkan.Last² jadi hiasan kat bilik dia.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *