Bawa Anak Ke Library..Apa Faedahnya?

Bawa Anak Ke Library..Apa Faedahnya? | Dekat sekolah nanti kan ada library.Kenapa perlu bawa sekarang?Anak tak boring ke?

Mungkin pertanyaan tu akan berlegar kat dalam kepala otak kita ni as a parents.Tapi tidak kepada parents yang berilmu tentang parenting.Ini bukan nak cakap yang umi ada ilmu parentings okeh.

Kerana soalan itu pun pernah berlegar di dalam kepala otak umi satu masa dulu.Tetapi bila one of my friends yang rajin bawa anak mereka ke library bagitahu, banyak sebenarnya faedah kita bawak anak kita ke Library walaupun anak tak pandai nak membaca lagi tau.

Antara kenapa kita perlu bawa anak kita ke Library

PUPUK MINAT MEMBACA DI KALANGAN ANAK-ANAK

Seriously ini adalah perkara pertama tujuan kita bawa anak-anak ke library.Untuk memupuk minat mereka untuk membaca.Anak-anak ni kalau kita biasakan mereka dengan buku, sampai ke besar lah mereka akan suka dengan buku. Bila pergi ke Library ni, persekitaran yang penuh dengan buku,suasana di dalam tu, dan melihat ramai yang membaca juga boleh membantu mereka untuk menyesuaikan diri dengan library.Di situ mereka tahu, library adalah tempat untuk membaca buku.Bukan tempat untuk bermain.

Apa yang penting kerjasama.Ya..Kerjasama dengan parents sangat penting.Dah kata nak ajar anak minat baca.At least bacakan mereka beberapa buku menarik mengikut usia mereka.

 

DAPAT MELATIH ANAK BERDISIPLIN

Library tempat untuk membaca.Bukan untuk bermain.Dan bila di library, kita kena senyap kerana hormat kepada mereka yang nak membaca.Nak cari ilmu.Jangan kata pulak library takde ilmu.Habis tu yang beratus ribu buku ada dalam tu buat apa kan? Buku tu pun bukan sekadar hiasan dalam library pun..

Risau takut anak bising? Dari situlah kena disiplin kan anak.Bila masuk library pastikan senyap.Bukan tak boleh bercakap, tapi pastikan bila bercakap tu tidak menganggu orang lain untuk membaca.

Walaupun kadang-kadang ada sesetengah library mempunyai “CHILDREN LIBRARY” tak bermaksud kita boleh beri anak kita untuk bermain macam di rumah.Kena fahamkan mereka apa fungsi library dan kenapa perlu senyap bila di dalamnya.Ok ke ok?

Di library pun dah di catatkan peraturan-peraturan yang perlu kita patuhi.So, kita sebagai parents, perlu beritahu kat anak² apa peraturan tu.Terangkan kat mereka.Walau mereka kecil, mereka tetap faham.

TEMPAT UNTUK MENCARI  BAHAN RUJUKAN 

Yelah..Dah sah² kita tau kat library tu pelbagai jenis buku ada.So, ambillah yang mana perlu untuk buat rujukan.Banyak buku-buku rujukan bukan sahaja untuk dewasa, malah untuk kanak-kanak pun ada.

MELATIH KEMAHIRAN BERSOSIAL ANAK

Masa umi pergi ke library, memang ramai parents yang bawa anak-anak ke sini.Jadi dapatlah mereka kenal antara satu sama lain.Salah satu darinya dengan bermain dan juga berkongsi buku yang mungkin menarik minat anak² yang lain untuk melihat.Jadi timbullah suasana berkomunikasi antara anak dan anak-anak yang lain.

Mana tau jumpa di tempat lain kan, jadi boleh la mereka ni teruskan untuk berkawan.

BONDING TIME ANTARA IBUBAPA DAN ANAK

Ingat tujuan parents ke sini adalah mengajar anak-anak untuk sukakan buku.Ambillah buku bacaan untuk anak-anak dan baca bersama-sama mereka.

Hah. itu antara perkara kenapa kita perlu bawa anak -anak ke library.Kalau umi ada masa memang akan bawa mereka ke sana.

Alhamdulillah Perpustakaan Awam Pasir Gudang menyediakan Children Library dengan buku-buku yang menarik.

Dan paling penting, umi cuba jauhkan gadget dari budak berdua tu.

Walaupun takde kemudahan toilet di situ, kita kena lah ambil perhatian sebelum masuk library mesti ke bilik air dahulu.

Ni dah dekat 3 minggu umi tak ke sana.Sebab hari ahad umi ada aktiviti lain yang umi kena buat.So, tak dapatlah ke sana.

 

Insyallah..ada masa lagi umi akan bawa jugak mereka ke sana.

So, weekend ni korang nak bawa anak korang kemana?

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One thought on “Bawa Anak Ke Library..Apa Faedahnya?

  • July 24, 2019 at 1:41 pm
    Permalink

    kecik kecik dulu suka gi library awam kat bandar..macam ketagih suasana library pun ada…hahahha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *