BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Bantuan Prihatin Nasional : Pembayaran dan Permohonan

Bantuan Prihatin Nasional : Pembayaran dan Permohonan | Baru-baru ini Perdana Menteri kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumukan tentang Bantuan prihatin Nasional ni.

Bantuan Prihatin Nasional ini merupakan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat .BPN akan dibayar bermula pada akhir bulan April 2020 dan Mei 2020 melibatkan peruntukkan hampir 10 billion.

KATEGORI BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Terdapat 4 Kategori yang melibatkan bantuan prihatin Nasional antaranya ialah :-

  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
  • Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
  • Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
  • Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas

Isi Rumah Berpendapatan Rm4,000 ke bawah (B40)

Kategori bagi penerima yang layak adalah :-

 

Isi rumah B40

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

Bujang B40

  • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah

Isi Rumah Berpendapatan Rm8,000 ke bawah (M40)

Kategori bagi penerima yang layak adalah :-

Isi rumah M40

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

Bujang M40

  • Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Had umur 21 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP

Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.

RM1,000 akan dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020.

Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

RM500 akan dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei.

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini.

Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dapat RM500 iaitu RM250 pada April manakala baki pada bulan Mei.

Para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti.

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:

  • Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  • Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN
  • Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN

Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:

  • Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
  • Bayarana akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
  • Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir

 

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN

Korang boleh buat Semakan status BPN boleh dibuat di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my

Segala maklumat atau pertanyaan lanjut ada di web BSH.

 

 

 

 

Loading

3 Comments

  1. dah jammed dah web LHDN hari ni..haha..kena tunggu orang tido dulu baru boleh cek..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *