Baju Kurta Moden dari Butik Kacax

Baju Kurta Moden dari Butik Kacax | Bila persediaan raya, umi dah tau dah butik mana yang akan umi pilih setiap kali ingin membeli baju raya lelaki. 

Butik Kacax adalah pilihan umi untuk kali kedua beraya.Bukan apa, Umi dah betul-betul jatuh cinta dengan design dan kain dari butik kacax ni.Jadi umi still tak boleh MOVE ON.Lagi-lagi bila ada keluaran baru dari Butik Kacax.Bila Kakak ipar bagitahu je nak carikan baju raya untuk anak lelaki dia, teruslah umi teringat kat Butik lelaki  ni.Biasalah kan, budak-budak sekarang ni suka baju yang simple. yang mudah untuk dipakai.

Baju Kurta Moden dari Butik Kacax

Jarang sangat sekarang ni anak-anak muda yang mengenakan satu suit baju melayu macam zaman mak pak kita dahulu.

Butik Kacax pada tahun ini lebih mengutamakan baju lelaki rekaan terkini. Kain yang di gunakan jugak   tidak panas dan lebih ringkas tetapi tetap Elegant Okeh!! Sampai umi rasa nak belikan 3-4 pasang lagi untuk anak saudara umi tu.Maklumlah..belum ada anak lelaki lagi kan?

Tapi………….. Bagi korang yang nak mencari set baju melayu pun, Butik Kacax ada juga tau. Ada lebih dari  15 pilihan warna.

Untuk hari tu, anak saudara umi pilih Kurta terbaru dari Butik Kacax iaitu KURTA MAURO... Oh ya. Design baru dari Butik Kacax ni semua cantik-cantik dan pilihan warna pun banyak.So, korang wajib grab tau.

Antara lain Design terbaru yang ada di Butik kacax ni adalah :-

  • KURTA ELANO
  • KURTA HUGO
  • KURTA VITO
  • KURTA CAPRIO

Ada satu design yang umi suka sangat Kurta Vito ni.Kain memang best, sama dengan kain design yang lain..memang semua best.Setiap design ada ciri-ciri kain tersendiri tau korang.

Design Kurta Vito ni jenis tangan separuh.Tu yang umi berkenan sangat tu.Yelah..kekadang lelaki kan suka lipat lengan baju diorang kan,So, kalau pilih Kurta Vito ni, Dah tak payah nak lipat-lipat lagi.

 

Anak saudara umi ni pun pening fikir mana satu yang nak dibelinya tu.Semuanya cantik-cantik.Last-last umi suruh je dia try satu persatu baju yang NEW ARRIVAL dari Butik KACAX ni. Rugi kot kalau tak cuba.Jangan risau, mereka takkan marah kalau kita nak mencuba kan.

Anak saudara umi mencuba KURTA MAURO. Simple dan cantik.Memang umi suka design macam ni.Lagi satu Line dekat kocek tu nampak lagi elegant la Kurta ni.

 

Yang ni umi tak ingat pulak nama dia.Cantik jugakkan.Umi memang dah suruh dia ambil yang ni.Tapi dia pulak taknak.Katanya tak suka dengan Leher teluk belanga tu.Haishh la…. So, dia nak pakai kan,So kita ikutkan jelah apa yang dia nak.

Ada jugak tau design yang umi suka macam kat bawah ni.Cuma dia satu warna jelah.

Nilah designnya.Kotlah ada yang suka kurta Warna hitam je kan.Ok sangat tu pilih corak macam ni.

Segak kan warna ni. Dia boleh tak suka pulak..hahahaha…

Eh.. Korang yang nak dapatkan Kurta anak-anak pun ada juga tau.Barulah baju ayah dan anak tahun ni baju sedondon..Yang nak cari kemeja sedondon dengan anak pun ada weh… alahaii…terberkenan betul umi dengan kemeja diorang ni.Nasiblah takde anak lelaki kan.Kalau tak umi dah rembat sepasang.

 

Hah..lupa nak bagi tahu korang,selain dari butik, korang juga boleh dapatkan kurta² mereka di booth yang berada di level 2 jugak disitu.

So, korang yang nak mencari  baju lelaki material berkualiti, cepat-cepatlah terjah tau ke Plaza Angsana Tingkat dua.Kalau korang taknak ke butik mereka sebab takut jammed dan sebagainya.Boleh je cuci mata dan shopping secara online kerana mereka menawarkan perkhidmatan pengeposan ke rumah korang..Best kan.Boleh la cuci-cuci mata di laman sosial Butik Kacax ni seperti di bawah.

FB: https://www.facebook.com/KACAXORIGINAL/

IG: https://instagram.com/kacax_official/

Tak lupa kepada pembaca blog umi ni.Kotlah korang teringin nak memakai Kurta cantik dari Butik Kacax ni.Umi adalah bercakap dengan Owner Butik Kacax ni. Boleh tak kalau umi dapatkan diskaun kepada pembaca blog umi ni bila mereka nak beli KURTA dari Butik mereka.Sekali diorang setuju tau.So..Kalau korang nak pembelian dengan diskaun 20% jangan lupa untuk terus klik link di bawah dan bagitau kat mereka design mana yang korang nak!! 

Order whatsapp:
https://bit.ly/2WkSQbw

Untuk promo code ni valid sehingga 27 Mei 2019 ye korang

Kalau korang nak walk in boleh lihat alamat di bawah ni ye. Korang yang walk in nak dapatkan diskaun 20% sebut je nama KISAHSIDAIRY ye.

 

BUY & FLY

Tak lupa jugak pada korang yang berbelanja sebanyak RM100 ke atas layak untuk menyertai peraduan BUY & FLY ni tau.Terma dan syarat lain korang boleh dapatkan borang peraduan mereka di booth/butik Kacax

 

Butik KACAX

L3.41, Level 3
Angsana Johor Bahru Mall
Johor Bahru, Johor.

(Berdepan dengan kedai buku Badan Bookstore)

#kurta #kurtakacax #kurtamurah #kurtalelaki #kurtamoden #kurtaraya #kurtaslimfit #kurtabudak #kurtacantik #kurtababy #kurtacotton #kurta2019 #kurtakids #kurtaonline #kurtadewasa #kurtaborong #kurtastylo

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 thoughts on “Baju Kurta Moden dari Butik Kacax

  • May 6, 2019 at 3:16 am
    Permalink

    cantik design dia dan nampak comfy sungguh baju2 dr butik kacak ni!

    Reply
  • May 6, 2019 at 1:21 pm
    Permalink

    Baju Kacax memang terbaek, selesa dan berkualiti..Kawan Sis ramai beli baju di Kacax aje, sebab jenis member tak suka pakai sepasang, kurta dia cantik kata mereka …

    Reply
  • May 17, 2019 at 11:31 am
    Permalink

    Nama butik pun dah Kacax hehehee mamang siapa yang pakai ni boleh kacax ker hehehehee ok lah nice designnya…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *