4 Sebab tak boleh guna semula botol plastik

4 Sebab tak boleh guna semula botol plastik

4 Sebab tak boleh guna semula botol plastik | Kadang kita tak pernah ambil tahu pun tentang guna semula botol plastik ni bahaya.Elak dari menggunakannya untuk kesihatan kita

Tahu tak bahanyanya menggunakan semula  botol plastik yang sebelum ni dah digunakan? Ye korang. Umi tidak akan menggunakan botol plastik untuk letak air semula dan minum dalam botol tu.Sebab umi tau kesan buruk yang akan kita dapat menggunakan semula botol terpakai ni.

Umi selalu perhatikan MIL menggunakan botol plastik untuk letak air.Walaupun dah beberapa kali pesan jangan guna semula botol plastik, tetap juga diguna.Dah belikan botol air untuk dia pun, masih lagi asal boleh menggunakan botol plastik tu.

Biasalah kan, orang tua kalau kita cakap tentang bahayanya guna semula plastik botol ni, diorang susah nak percaya.Tapi yang penting kita dah menegur benda yang betul.Terpulang pada dia samada nak juga teruskan menggunakan botol plastik tu atau tidak.

Tahu tak kenapa korang tak boleh guna semula botol plastik ni.Umi percaya bila korang baca 4 sebab kenapa tak boleh guna semula botol plastik ni, pasti lepas ni korang takkan menggunakannya semula.

Jom ikut umi untuk membaca kenapa botol plastik tidak boleh digunakan semula.

4 SEBAB KENAPA TAK BOLEH GUNA SEMULA BOTOL PLASTIK

Mungkin kita terfikir bahawa penggunaan berulang kali botol plastik air ni boleh kurangkan pembuangan bahan plastik.Disebalik kita selalu memikirkan tentang hal pencemaran, terdapat satu isu yang mungkin kita tidak fikirkan dengan baik.Ia adalah isu keselamtan dan kesihatan tubuh badan kita.Di bawah ni merupakan antara bahaya penggunaan semula botol plastik kepada tubuh.

 

#1 TERCEMAR DENGAN BPA

BPA atau bisphenol-A adalah satu bahan kimia yang banyak digunakan dalam penghasilan produk plastik seperti botol minuman, botol susu dan bekas makanan.BPA yang terdapat dalam botol plastik boleh luntur atau keluar lalu menyebabkan air minuman yang disimpan terdedah kepada BPA.

Ini kesan jika botol digunakan banyak kali atau diisi dengan air panas:

BPA melepaskan nanogram pada kadar 0.2 hingga 0.8 setiap jam.Kandungan BPA ini juga dilepaskan 15 hingga 55 kali lebih cepat jika diisi dengan air panas mendidih, iaitu dengan kadar 8 hingga 32 nanogram sejam.

 

#2 PENCEMARAN MIKROPLASTIK

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kumpulan saintis terhadap 259 botol plastik, mereka mendapati bahawa 93%  daripada kesemua botol-botol tersebut mempunyai pencemaran mikroplastik.

 

#3 BAHAN BOTOL AIR PLASTIK

Untuk pengetahuan korang, kebanyakan botol plastik sekali guna dihasilkan dariapda polyethylene terephthalate atau ringkasnya PET.Ia selamat digunakan tetapi tidak untuk penggunaan berkali-kali.Ia akan menyebabkan bahan kimia dalam botol plastik ini keluar dan bercampur dengan air minuman anda setiap kali digunakan.

 

#4 FAKTOR BAKTERIA

Apabila kita menggunakan botol plastik berulang kali, ia akan banyak kali bersentihan dengan mulut dan tangan.Atau mungkin juga individu lain.Kedua-dua mulut dan tangan kita merupakan rumah kepada banyak kuman atau bakteria.Memandangkan mulut botol adalah terlalu kecil, ia agak sukar untuk dibersihkan.Oleh itu, tahap kebersihan botol plastik yang digunakan berulang kali adalah sangat diragui.

Bagi tujuan penyimpanan air pula, adalah lebih baik jika ktia membeli botol minuman yang lebih sesuai.Gunakan botol tanpa BPA atau BPA-free untuk menyimpan air minuman.Buang semua botol plastik yang telah digunakan berulang kal kerana botol tersebut hanya bertujuan sekali guna sahaja.Jika ada rakan-rakan korang yang memiliki tabiat tersebut, nasihatlah mereka.

Sumber: Hellodoktor

Kalau tak jalan jugak, takpelah kan.Yang penting kita dah nasihatkan dan ingatkan mereka tentang bahayanya guna semula botol plastik ni.

Invest sedikit dari gaji kita untuk beli botol air yang baik supaya dapat kekalkan kesihatan kita dengan lebih baik.Lagi pulak yang umi perhatikan bila letakkan botol air di dalam kereta berhari-hari dan minum je macam tu.Lagi tak elok sebab botol tu pun dah berpanas dalam kereta berjam-jam lamanya.

 

Loading

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *