Bagaimana Mendidik Anak Berpuasa

Assalamualaikum
Mentang-mentanglah ramadhan dah nak dekat ni,asyik bercerita pasal ramadhan je kan..Of course excited setiap tahun dengan ketibaan ramadhan ni.Sebab dalam bulan ni jelah,kita boleh mengumpul extra berganda pahala dan amalan.
Bercerita pasal berpuasa ni kan,paling seronok pada peringkat kanak-kanak sebenarnya.Pada kita orang tua ni,selalunya seronok bila dapat menghidangkan makanan untuk anak-anak kita yang berpuasa.Selalunya anak-anak yang berpuasa ni,rajin diberi ganjaran kerana mereka berpuasa penuh,Alhamdulillah..syukur sangat kalau mereka dapat melengkapkan sebulan berpuasa.
Nak melatih anak berpuasa ni tidak boleh dengan paksaan sebenarnya.Cuma mengajak mereka berpuasa tu,haruslah kena dengan caranya sehinggalah mereka betul-betul faham apa itu puasa dan kenapa kita harus berpuasa.Sambil-sambil mereka berpuasa,perlulah ibu bapa ni fahamkan mereka,ganjaran-ganjaran yang mereka akan dapat apabila mereka ni berpuasa kan.Nak melatih awfiyah berpuasa macam awal lagi kan..ke dah boleh untuk ajar dia berpuasa…hehehe
anak berpuasa
source:google
Ada dibaca dari artikel ini bagaimana kita mendidik anak kita berpuasa.Ada beberapa strategi yang mungkin boleh membantu kita dalam usaha mendidik anak kita semua ni berpuasa.
  1. Secara berperingkat
Bagi anak yang baharu belajar berpuasa, anda boleh benarkan mereka berpuasa secara berperingkat. Misalnya minggu pertama, berpuasa sehingga pukul 10 pagi dan seterusnya hingga minggu terakhir sampai waktu berbuka.
  1. Sabar
Selain daripada memberi sokongan, papa dan mama juga mesti bersabar menghadapi kerenah awal si manja. Jangan cepat marah atau memaksanya jika dia mengadu lapar atau dahaga.
  1. Kerap bercerita
Dengan bercerita tentang apa itu puasa, walaupun masih kecil dan belum mengerti sedikit sebanyak dia dapat gambaran awal dan akan menyimpan maklumat tersebut dalam kotak memorinya.
  1. Buat aktiviti
Melakukan aktiviti yang boleh melekakan si kecil dapat membantu mengalih tumpuannya daripada lapar dan dahaga. Anda boleh mengajaknya membantu menyediakan juadah berbuka puasa, mengaji al-Quran, bermain komputer atau membaca buku cerita.
  1. Makanan kegemaran
Menyediakan makanan kegemaran anak anda untuk berbuka puasa secara tidak langsung mendorongnya untuk terus berpuasa. Mungkin dengan bertanya apa yang dia inginkan untuk berbuka puasa membuatkan anak rasa dihargai

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *