food Review

Asam Pedas Paling sedap di Melaka

Asam Pedas Paling sedap di Melaka | Kalau pergi ke Melaka, tak merasai kenikmatan ASAM PEDAS MELAKA, memang rugi.Kenapa Umi cakap macam tu.Baca la lagi entry ni.

Rasanya korang pun mesti tau kenapa kan.Umi kalau balik Melaka, mesti nak singgah di Restoran yang menyajikan Asam Pedas tau.

Lain ke dengan Asam pedas Johor ek!!

Jawapan umi>>> LAIN SANGAT!!

Apa beza asam pedas Melaka dengan Asam pedas Johor? hah…Ni yang umi nak bagitahu kat korang ni.

Pastikan baca entry umi ni sampai habis ek!!

BEZA ASAM PEDAS MELAKA DAN ASAM PEDAS JOHOR

Actually semuanya ada citarasa tersendiri.waima umi sendiri pun tak boleh nak lawan asam pedas yang dimasak oleh mak umi.Ini kan pula asam pedas yang ada di setiap Negeri kan.Tapi satu KEISTIMEWAAN ASAM PEDAS MELAKA ADALAH TERLETAK PADA KUAHNYA la…

Apa yang umi boleh katakan tentang perbezaan pada asam pedas di dua buah negeri ini adalah kuahnya.Of course kan. Asam pedas Melaka lebih cair jika nak dibandingkan dengan asam pedas Johor.Apa yang boleh umi katakan, asam pedas Melaka lebih banyak menggunakan rempah dan sebab itu baunya lebih kuat dari asam pedas Johor.Itu yang umi taulah, tapi tak tau pulak pendapat korang. Ada jugak yang di Johor ni asam pedasnya cair. Mungkin cara masakannya tu ya jugak kan? 

Lagi satu yang umi perhatikan bila MIL umi memasak Asam pedas, memang berbezalah dengan apa yang umi masak.Kalau umi kan, banyak guna daun kesum berbanding dengan asam pedas Melaka ni menggunakan daun limau purut.Tapi tak sure kalau semuanya menggunakan daun limau purut la kan.

 

WAJIB CARI ASAM PEDAS BILA SAMPAI KE MELAKA

Pelancong yang datang ke Melaka ni, mesti dia akan cari ASAM PEDAS MELAKA..betul tak.Begitu juga umi. Memang tak pernah tinggal untuk singgah ke restoran yang menyajikan asam pedas.Selalunya umi akan ke Telok Mas .Umi masih mencari entry tentang makan di situ.Tapi tak taulah mana perginya entry tu..

haha..

Oklah. Ni umi nak cerita tentang Restoran Asam Pedas yang baru umi singgah semasa bercuti ke Melaka hari tu.Kali ni jauh sikit ke  Bandar Melaka.Itu pun umi ada ternampak rakan blogger yang pernah datang ke sini.So, umi nak jugaklah kan merasa Asam Pedas di sini.Restoran Berkat Salam ni terletak di Bukit Katil, berhampiran dengan Bayou Lagoon.

ASAM PEDAS BERKAT SALAM RESTORAN

AM PEDAS BERKAT SALAM ni terletak di Bukit Katil.Kalau korang nak singgah ke sini memang umi recommended sangat-sangat sebabnya ada beberapa perkara yang membuatkan restoran Berkat Salam ni istimewa di mata umi.hahaha..istimewa tu…

ASAM PEDAS BERKAT SALAM ni terletak di Bukit Katil.Kalau korang nak singgah ke sini memang umi recommended sangat-sangat sebabnya ada beberapa perkara yang membuatkan restoran berkat salam ni istimewa di mata umi.

KENAPA PERLU PILIH MAKAN DI ASAM PEDAS BERKAT SALAM

Review Jujur umi tentang suasana Restoran Berkat Salam

  • tempat yang Senang nak cari
  • Parking yang luas
  • Meja makan banyak
  • ada kemudahan bilik air(for sure punya sebab bawa anak kecil ni pelbagai ragam)
  • Harga yang berpatutan
  • Dan paling umi suka, setiap asam pedas yang kita ambil, mereka akan panaskan dulu.Barulah selera makan yang panas-panas kan

 

Disebabkan umi datang pada hari cuti panjang, maka banyak la lauk pauk yang dah habis.Umi teringin nak rasa Asam pedas telur ikan mayong tu.Tapi tak dan.

Kuah asam pedas memang kena dengan tekak umi.Umi ada ambil udang galah masak lemak..abang ipar pun cakap sedap tau.

Kat Restoran Berkat Salam ini mengamalkan konsep Layan Diri.Dari nasi, lauk pauk termasuk lah jugak minuman, semua ambil sendiri.Lepas tu baru mereka akan kira.Masa umi datang tu pun penuh je meja tau.

BUKAN SEKADAR ASAM PEDAS JE ADA??

Korang yang nak menikmati makan malam pun jangan risau, mereka buka sampai malam.Nak makan seafood boleh la singgah sini.Cuma umi tak dapat nak bagilah kan rating untuk makanan seafood dia tu.Kalau nak korang cubalah datang ke sini.

Umi ambil Asam Pedas Ikan Pari

Udang galah masak lemak ni memang sedap

Ulam-Ulaman yang disediakan

Selain tu, umi ambil juga ayam goreng untuk bebudak ni, sayur dan juga minuman lain yang korang kena ambil sendiri di tepi kaunter cashier.Umi pun ada ambil asam pedas lain tau.Umi tak ingat la ikan apa, rasa macam jenahak.

Masa umi datang ke sini, umi interview la sikit kan owner restoran ni, Kalau korang nak tahu, restoran ni dah dibuka selama 11 tahun lebih tau.uihh..memang lama betul mereka bertapak.Orang pun bukan main ramai lagi masuk ke restoran ni.

Kalau belah malam tu banyak lagi menu yang korang boleh dapat.Asam pedas pun ada lagi tau.Kalau nak tau apa lagi menu mereka, wajiblah singgah ke Berkat Salam Restaurant

Tak pun sebelum pergi , boleh ler lihat pelbagai menu yang mereka sediakan.boleh lihat page dan ig mereka di bawah ye.

Facebook rasmi: Berkat Salam
Insatgram rasmi: Berkatsalamrestaurant
 
Waktu operasi:
4.00 petang – 1.30 pagi
Sabtu, Ahad, Public Holiday dan Cuti Sekolah: 11.30 pagi – 1.30 pagi
 
Alamat:
Jalan Tun Hamzah,
Bukit Katil, Melaka.
 
Messenger: m.me/berkatsalam
 
Waze / Google maps: Berkat Salam Restaurant
 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *