Asam Pedas Jr Melaka yang wajib diterjah

Asam Pedas Jr Melaka yang wajib diterjah | Asal ke Melaka je wajib cari Asam Pedas sana.Kenapa ye?

Tak dapat nak bagi jawapan yang sebenar-benarnya.Tapi itulah umi.Kalau ke Melaka, umi mesti cari asam pedas Melaka.Yelah,takkan nak cari asam pedas Johor pulak kan? 😛 

Bulan lepas, masa bawak budak-budak tu berjalan di Bandar Hilir, Lepas tengok wayang cerita Frozen 2 , perut memang dah lapar yakmat dah.Ingatkan nak makan sebelum cerita tu, tapi babah kata risau perut penuh sangat, jenuh ler dalam tu kang buat taik mata.So lepas habis frozen, terus cari kedai makan.Ingatkan nak makan di food court situ je,tapi babah cakap nak cari asam pedas Melaka.Maka berjalan lah kami ke Pahlawan walk.Ternampak Asam Pedas JR di situ.Umi pernah la terbaca review kata asam pedas sini sedap.Restoran ni bukan hanya menyediakan asam pedas semata-mata tau, segala jenis bakar-bakar, lauk-lauk kampung semuanya ada.yang pastinya buat korang rasa terliur nak rasa lauk-lauk kampung tu.

asam pedas jr bandar hilir

Nasib baiklah ada meja kosong kat situ, terus duduk.Tapi tak bestnya betul-betul menghadap kedai mainan.Umi soooo risau lah sebab budak berdua dah meninjau kawasan.Tapi umi buat bodoh je,malas nak melayan budak dua orang, terus tanya babah apa yang dia nak makan.So kami ambil asam pedas ikan apa entah, umi tak ingat.Tambah asam pedas tetel dan sotong goreng kunyit untuk budak berdua tu.Sambil makan sambil perhati kedai mainan…Sabau jeler .

asam pedas jr bandar hilir

Sampai tak tenang umi dibuatnya.Nak ambil gambar pun rasa dah malas,hoho.

 

asam pedas tetel asam pedas jr bandar hilir

 

asam pedas jr bandar hilir

asam pedas jr bandar hilir

asam pedas jr bandar hilir

Itu jelah menu kami untuk tengahari tu.Lepas makan kat situ, jalan-jalan sekitar pasar pahlawan walk tu.Beli souviner sikit-sikit.Tu jelah.

Kalau korang makan kat situ kan, korang boleh dapatkan pes asam pedas Jr dekat kaunter bayaran.Itu bukan free ye..kena bayar…hahahaha..

So, kalau korang ke sini, cubalah asam pedas JR ni.Kalau tekak umi not bad lah kan..Tak taulah kalau tekak korang.

Asam Pedas JR ni terletak di Bandar Hilir tau.Nak senang korang Waze je okeh!!

(Visited 9 times, 1 visits today)

1 thought on “Asam Pedas Jr Melaka yang wajib diterjah

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.