Argan Gold Discovery set dari SecretLeaf PRODUK REVIEW - Kisahsidairy.com

Argan Gold Discovery set dari SecretLeaf

Argan Gold Discovery set dari SecretLeaf

Argan Gold Discovery set dari SecretLeaf | Set Penjagaan muka 4 dalam 1 yang economic sesuai untuk semua jenis kulit. Semua yang anda perlukan untuk melindungi dari tanda-tanda penuaan, jeragat, kusam dan kulit tak sekata

Eceh..Begitulah kata-kata madah dari umi di entry ni.Macam dah lama kan tak bercerita pasal produk kecantikkan ni.As a Parenting blogger, kecantikkan kulit pun kenalah juga dititiberatkan.Sesekali mak² ni nak jugak cantik macam gegadis 🙂 ayat macam nak kena penampau je kan.

Kalau nak cerita pasal produk kecantikkan ni, dah bermacam umi cuba dari zaman remaja sehingga ke hari ni.Maklumlah kadang-kadang ayat peniaga tu boleh buat kita jatuh cinta nak membeli tau.Bagus betul ayat copywriting mereka ek!! hehehe..

So, produk yang umi nak cerita ni bukan sebab ayat-ayat peniaga tau.Tapi ayat kawan umi satu opis ni yang makin hari kulit dia semakin licin.Bukan ler licin kemerah-kemerahan dek kerana produk pengelupasan tau.

Kawan umi ni kulit muka macam umi jugaklah.Kesan dari jerawat, pori terbuka seluas-luasnya sampai takmo katop balik.Dah nampak muka lopak-lopak.Kalau letak pondesen pun sure punya akan nampak kesan lopak tu melainkan pakai pondesen seinci tebalnya..

Lama jugak la umi nak membeli produk ni.Banyak kali fikir.Banyak kali checkout dalam tong online shopping.Tak jugak dibeli-beli.Pesen mak² sangat sayang nak beli barang untuk diri sendiri.Dok shopping barang anak je ler kerjanya.Tapi untuk diri sendiri jarang…hahahaha..

Ok..start menabung.Alhamdulillah job blog pun semakin murah.Ada je job walau tak semewah blogger lain.Maklum ler, siapa jelah kan kenal blogger sendu ni.ahakss…Takpelah..abaikan umi ko merapu ni.Nak cerita pasal produk, semua keluar..

Oklah..Produk yang umi nak ceritakan ni sebenarnya keluaran dari Secretleaf.Mesti korang dah sinonim dengan nama pengeluar produk ni kan.Ok..umi cerita sedikit lah pasal Secretleaf ni.

SECRETLEAF JENAMA TEMPATAN

Secretleaf adalah jenama tempatan setanding antarabangsa. Diasaskan pada tahun 2009 dan semakin berkembang. Antara produk yang dikeluarkan Pure Oil Series 01 (100% Pure & Organic Argan Oil), Mouisturizing Soap with Argan Oil, Argan Age-Reversal Day Cream, Argan Rescue Night Cream, bee venom beauty soap, bee venom cc cream dan banyak lagi.

So, untuk kulit muka umi, umi baru je cuba Argon Gold Discovery set.Actually yang umi beli ni pack travel.Tapi disebabkan umi ni nak mencuba kan, so belilah pek yang kecik ni dulu.sok² kalau rasa ok dan sesuai dengan kulit muka ni, barulah umi beli yang pek biasa tu.Jom kita tengok apa kelebihan yang ada pada Argon Gold Discovery Set ni.

 

ARGAN GOLD DISCOVERY SET

Dalam Pack Travel ni mengandungi 4 produk tau didalamnya..Kira lengkap la pemakaian kita untuk penjagaan kulit muka

Antara yang ada dalam Pack Argan Gold Discovery Set ni,

Secretleaf Argan Age Defense Day Cream SPF 30 15gram
Secretleaf Argan Age Defense Night Cream 15 gram
Secretleaf Argan Age Defense Serum 15 gram
Secretleaf Argan Hydrating Cleanser 100ml

 

FUNGSI KEBAIKKAN SET ARGAN GOLD DISCOVERY ni adalah :-

ARGAN HYDRATING CLEANSER

Fungi Cleanser ni adalah untuk  membersih secara mendalam tanpa mengeringkan kulit wajah

ARGAN AGE DEFENSE SERUM

Serum ni adalah untuk merawat masalah kedutan, garis-garis halus pada wajah disebabkan oleh proses penuaan.Ianya ringan dan sangat mudah menyerap ke dalam kulit.Melindungi kulit dari pencemaran dan radikal bebas serta menjadikan tona wajah lebih sekata.

ARGAN AGE DEFENSE DAY CREAM SPF 30/PA+++

Krim siang ini adalah anti penuaan dan ia berfungsi untuk melindungi kulit dari sinar UV.Dengan teknologi anti pencemaran, melindungi kulit dari rosak akibat pencemaran persekitaran.Membuatkan kulit lebih bermaya, cerah, lembab dan anjal.

ARGAN AGE DEFENSE NIGHT CREAM

Krim malam dengan teknologi anti-pencemaran.Membantu memperbaiki sel kulit yang telah rosak, memudarkan jeragat,mengurangkan kedutan dan garis halus.Kulit akan lebih nampak cerah, bermaya, lembab dan bantu sekataan tona kulit wajah.

Umi dah pakai dalam seminggu,So far umi berkenan dengan cleanser ni.Tak banyak buih tapi boleh menghilangkan segala minyak-minyak yang ada kat muka ni..wah…bestkan.

Serum , day cream dan night cream pun umi dah try.Tunggu ler masa sebulan lagi umi update samada produk ni berkesan atau tak.

Produk yang bukan timbang kati ni selalunya tak akan nampak perubahannya dalam masa terdekat.Betulkan umi jika umi salah ye.

Apa yang umi tahu, set Argan Gold Discovery ni sesuai untuk mereka yang ada masalah seperti :-

 Jeragat baru
 Melindungi kulit dari jeragat, tona tak sekata dan kusam.
 Mengekalkan keremajaan kulit
 Mengurangkan jerawat
 Kulit lebih cerah dengan penggunaan berterusan.

So, kalau korang ada masalah macam ni, boleh la try.

Nak cari kat mana? Boleh je terus ke website SecretLeaf seperti di bawah ni ye.Sekarang ada promosi tau untuk set ni..rugi tak grab..

Nanti umi share hasil dari penggunaan ni ye.Kalau ok berbaloi ler membelinya.Kotlah secretleaf ni nak sponsor umi produk² umi..boleh la umi jadi cantik..hahahahaha

 

 

 

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *