Appointment di HSA Pagi ni - Kisahsidairy.com

Appointment di HSA Pagi ni

Appointment di HSA Pagi ni

Appointment di HSA Pagi ni |As usual setiap tahun umi akan berjumpa dengan doktor untuk yearly checkup keadaan jantung umi.

And tahun ni, seperti biasa bulan lapan adalah masa untuk umi buat echo.Alhamdulillah..Walaupun umi masih kuat lagi untuk berjalan, melakukan aktiviti walaupun terhad, umi tetap bersyukur dengan apa yang Allah bagi.

Umi tetap bersyukur walaupun umi dinasihatkan tidak boleh untuk mengandung, Allah beri pinjaman kepada umi.Pinjaman yang umi rasa tak ternilai harganya.Pinjaman yang perlu umi jaga dan umi berikan segala ilmu dan kasih sayang yang terbaik untuknya.

JANGAN SEDIH ANDAI MUSIBAH KALI INI MEMADAM TITIK KEGEMBIRAAN YANG SEDANG ENGKAU NIKMATI, MERAGUT BENIH BAHAGIA YANG SEDANG ENGKAU JALANI.

 

Sebab tu walau apa pun dugaan yang umi lalui, insyallah…Umi redha dan bersyukur.

 

Biasanya bila ada appointment dengan doctor ni, memang akan mengambil masa setengah atau sehari jugak.

Biasalah kan, pesakit ramai.So, umi akan masuk 2 bilik setiap kali appointment umi di HSI ni.Satu di bilik ECHO di mana umi akan buat screening pada jantung.Nak ambil gambar tak boleh kan…So tu jelah umi dapat bagitahu.

Kemudian barulah dapat jumpa dengan doktor pakar.Nak menunggu tu bukan sekejap.Lama…Belum lagi nak ambil date untuk next appointment.

Harap-harap takdelah berita yang sedih² umi nak kena dengar..Positif Umi…Please Positif…

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 thoughts on “Appointment di HSA Pagi ni

  1. Semoga dipermudahkan semua urusan kak eda dan terus diberi kesihatan yang baik. Dulu dilah pun ada masalah jantung jugak masa kecik2.. kena selalu follow up kat hospital.. sampai tadika kot kalau tak silap.. lepas tu dah ok dah.. x yah follow up lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *