Apa Perlu Kita Buat Bila Adanya Gelombang Kedua Covid-19

Apa Perlu kita Buat bila adanya Gelombang kedua Covid-19 | Ramai sangkakan jangkitan wabak virus novel korona (COVID-19) di Malaysia telah berakhir setelah 22 orang pesakit yang disahkan positif virus sembuh.

Namun, baru-baru ini, kita dikejutkan dengan lambakan kes positif sehingga mencecah hampir 100 kes positif.

Gelombang kedua COVID ini kelihatan lebih agresif berbanding dengan yang pertama.

Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Bukankah langkah pencegahan telah ditekankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan badan kesihatan global?

Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

 

Sampai gelombang ke berapakah wabak COVID-19 akan dipantau?

Masih teringat lagikah anda berkenaan dengan analisis yang dibuat oleh Kolej Imperial London tentang wabak virus novel korona?

Menurut mereka, jumlah individu yang telah disahkan positif berkemungkinan jauh lebih rendah berbanding dengan angka positif sebenar.

Pada ketika itu, jumlah kes positif rasmi masih berada pada angka 25,000 dan kini, jumlah individu yang dijangkiti di seluruh dunia sudah melebihi 100,000.

Malaysia sendiri sudah mengalami peningkatan jumlah kes positif selepas pesakit gelombang pertama sembuh. 

Persoalannya, sampai bilakah badan kesihatan global akan terus menerus mengira jumlah kes positif wabak ini?

Adakah pengiraan tersebut akan berhenti di saat kesemua pesakit yang disahkan positif sembuh?

Jika virus novel korona bersifat seperti virus selesema biasa atau influenza, kita tahu bahawa jumlah mereka yang bakal dijangkiti akan terus meningkat. Majoriti daripada mereka hanya mengalami simptom ringan, hanya sebahagian kecil sahaja yang mendapat komplikasi serius dan perlu diberi perhatian.

Bayangkan, jika ramalan Kolej Imperial London benar! Pada ketika angka jangkitan berada pada 25,000, mereka menjangkakan lebih daripada 100,000 individu yang dijangkiti.

Bagaimana pula dengan sekarang?

Perkara ini bukan sahaja menimbulkan syak wasangka, malah kekeliruan yang bagaikan tiada jawapan tepat.

Pada tahun 2003, apabila dunia kecoh dengan wabak sindrom pernafasan akut teruk (SARS) yang juga disebabkan oleh virus korona, protokol tangkap dan isolasi memberikan impak positif.

Namun, kini, seperti apa yang dapat anda perhatikan, protokol tersebut tidak begitu berkesan dalam membendung wabak COVID-19. 

Tanpa pelan tindakan alternatif, kita akan terus mengira jumlah pesakit dan gelombang jangkitan akan meningkat. 

 

Wabak virus novel korona bukan masalah pandemik?

Pandemik merujuk kepada penyakit yang menjangkiti sebahagian besar penduduk global.

Penularan wabak COVID-19 ke Amerika Syarikat dan wabak serius yang berlaku di Itali dan Iran menampakkan potensi virus ini untuk diisytiharkan sebagai jangkitan pandemik.

Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih menganggap jangkitan wabak ini sebagai fasa kecemasan global.

Ia bermakna wabak ini serius namun tidak begitu serius sehingga perlu diklasifikasikan sebagai jangkitan pandemik.

Walau bagaimanapun, kebanyakan pakar tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.

Penularan virus ini sudah terlalu serius sehingga kuarantin pun tidak mampu membendung penyebarannya kepada individu lain.

Lihat sahaja kes ke 26 yang dikatakan menjadi sumber kepada lonjakan kes ketika gelombang kedua COVID di Malaysia.

Walaupun beliau menafikan tuduhan tersebut, kebanyakan mereka yang disahkan positif mempunyai sejarah kontak secara langsung dengannya. 

Mudahnya penularan virus ini berikutan angka reproduktif asasnya (R0, R-naught) yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan virus influenza dan selesema.

R0 merupakan satu bentuk ukuran yang digunakan untuk meramal bilangan individu yang boleh berjangkit daripada 1 individu yang mempunyai jangkitan tersebut.

Setakat ini, nilai R0 virus novel korona berada pada nilai 2-3. Ini bermakna, 1 orang yang mempunyai jangkitan berpotensi untuk menyebarkannya kepada 2-3 individu pada satu masa.

Oleh sebab virus ini mempunyai kebolehan yang tinggi untuk tersebar, pihak berkuasa China bertindak melakukan kuarantin besar-besaran.

Adakah ia merupakan jangkitan pandemik?

Mungkin, menurut kebanyakan pakar epidemiologi, corak jangkitan ini telahpun menunjukkan ciri-ciri pandemik.

 

USAH PANIK DENGAN COVID 19

Langkah pencegahan yang perlu diambil oleh setiap individu masih lagi tidak berubah.

Perkara yang perlu anda fahami adalah, jika anda sakit, kuarantinkan diri anda di rumah.

Langkah utama yang telah disenaraikan bagi mengelakkan jangkitan adalah tabiat cuci tangan secara kerap.

Jika anda tidak sakit, anda TIDAK PERLU memakai topeng muka.

Alat pelindung tersebut hanya berkesan jika anda sakit. Ia bagi mengelakkan penyebaran wabak. 

Menurut Dr Yasmin, Pengarah Inisiatif Komunikasi Kesihatan Universiti Stanford, jika topeng muka digunakan ketika sihat, kita akan menyebabkan masalah bekalan topeng muka bagi mereka yang lebih memerlukan.

Jika anda ingin batuk, seelok-eloknya batuk atau bersin pada lipatan lengan.

Virus novel korona boleh tersebar kepada individu lain melalui titisan udara semasa bersin dan batuk.

Jika anda batuk atau bersin semasa memakai topeng, tukar topeng muka tersebut secara kerap.

Seeloknya, elakkan daripada pergi ke lokasi keramaian dan jika boleh, batalkan rancangan anda untuk melancong ke luar negara, terutamanya negara yang kini mengalami wabak teruk.

Jumlah kes Terkini  Covid 19  di Asia Tenggara sehingga kini..
Malaysia – 428 kes
Singapore – 226 kes
Filipina – 140 kes
Indonesia – 117 kes
Thailand – 114 kes
Vietnam – 56 kes
Brunei – 50 kes
Cambodia – 7 kes

DOA PELINDUNG DARI VIRUS PENYAKIT YANG BERBAHAYA

doa berlindung dari virus penyakit yang berbahaya

Konklusi

Lonjakan kes positif pada gelombang kedua COVID di Malaysia memberikan isyarat kepada pihak berkuasa untuk mencari alternatif dan langkah pencegahan yang lebih berkesan.

Mereka yang mempunyai sejarah kontak secara langsung dengan pesakit positif perlu dikuarantinkan di rumah selama 14 hari.

Jika anda mempunyai simptom seperti demam, batuk atau sesak nafas, kunjungi fasiliti kesihatan terdekat bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

 

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Semoga kita dijauhkan dari penyakit Covid 19. Dan umi sangat berharap tiada lagi gelombang yang akan datang selepas ni.

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

One thought on “Apa Perlu kita Buat bila adanya Gelombang kedua Covid-19”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *