Apa itu sedekah subuh dan cara melaksanakannya

Apa itu sedekah subuh dan cara melaksanakannya | semakin banyak kita membaca semakin rasa diri ni terlalu kerdil sehinggakan kita tak tau tentang sedekah subuh ni.

Sedekah ni bukan kita nampak orang nak mintak sedekah baru kita nak sedekah.

 

Dari rumah pun kita boleh niat macam tu.Maksudnya tak perlu tunggu atau nampak orang mintak sedekah baru nak sedekah.Kiranya kita niatkan diri kita untuk kumpul duit setiap hari niat untuk sedekah.Tak faham jom baca tentang apa yang umi cuba nak sampaikan ni.

Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya.”

(Surah ‘Ali Imran 3:37)

 

Insyallah, umi baru nak mulakan.

APA ITU SEDEKAH SUBUH

Sedekah subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu subuh iaitu sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan sebaik-baiknya selepas seseorang itu solat subuh. Jangka waktu yang dicadangkan ialah selepas subuh sebelum masuk waktu syuruk. Pendekatan sedekah ini dilaksanakan dengan memasukkan sedikit wang ke dalam satu bekas secara istiqomah selama 40 hari.

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح’

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.”

CARA-CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH

1. Sediakan satu bekas yang boleh diisi duit. Saya cadangkan bekas kuih raya plastik bertutup merah yang jernih warnanya (atau apa saja bekas yang sesuai).

Langkah 1
• Lestari – kitar semula.
• Mudah dan murah.
• Nampak duit kita terkumpul sebab warna bekas tu jernih – jadi MOTIVASI.

Langkah 2
• bertanggungjawab terhadap tabung anda sendiri.

Setiap pagi selepas solat subuh masukkanlah sedikit duit dalam tabung tersebut – seikhlas hati, RM2.00 atau RM1.00 ataupun RM0.10… tak kisah asal ikhlas dan mampu.

Langkah 3
• Biar sikit asal istiqomah.
• Sederhana dalam amalan.

Semasa anda memasukkannya, niatlah dalam hati tentang hajat @ apa keperluan anda – mudah-mudahan Allah perkenankan.

Langkah 4
• Tidak salah memohon dari pemilik kita.
• ALLAH tempat meminta.
• Jgn fikir ikhlas atau  tidak sebab utk ikhlas kena latihan.

Selepas itu doa (ringkas saja dlm Bahasa Melayu pun boleh dan yakinlah bahawa setiap janji ALLAH benar) cth: Ya Allah,perkenankanlah hajatku.

Langkah 5
• Bertawasul dengan amal soleh.
• Membentuk keyakinan ke peringkat haqqul yakin.

Teruskan setiap subuh hingga cukup 40 hari @ 30 hari –
tak salah kalau tiap-tiap hari nak pergi beri sendiri ke rumah anak yatim.

Langkah 6
• Untuk membentuk sikap istiqomah bukan bermusim.
• Untuk menjimatkan masa sebab waktu pagi ada sibuk dengan urusan pergi kerja/sekolah dll.

Waktu yang dicadangkan ialah SELEPAS SUBUH SEBELUM SYURUK (boleh juga waktu bila-bila pun buat sebab sedekah ni tak ada had masa).

Langkah 7
• Setiap pagi ada malaikat yang mendoakan orang yang membuat amal soleh. – rebut peluang ini dengan iringan doa malaikat.

Setelah 40 hari terus keluarkan untuk dibuat agihan – teruskan sedekah subuh pada hari 41 dikira hari 1 semula.Tidak menjadi kesalahan jika tak cukup 40 hari.

Langkah 8
• Cuba 40 hari ini hanya latihan utk istiqomah.
• Cuba Juga utk membentuk kesabaran.
• Cuba Juga utk menguji keimanan – sejauh manakah kita amanah menjaga duit sedekah selama 40 hari itu.
• Cuba Untuk memudahkan @ Jika mampu pergi cari fakir miskin setiap subuh setiap hari(ini lebih baik).

Jika outstation masih teruskan, lepas subuh, asingkan duit yang hendak disedekahkanitu ke dalam sampul duit raya/envelope terpakai atau apa saja bekas yang berasingan, dan apabila sampai di rumah kelak, masukkan duit yang disedekahkan itu dalam tabung sedekah subuh kita. Iaitu dipindahkan ke tabung yang sedia ada.

Langkah 9
• Supaya kita tetap melaksanakan sedekah walaupun berada di mana sahaja.

APA JADI KALAU SAYA TERLAJAK SUBUH?

Teruskan sedekah seperti biasa dan berazam dengan sebenar-benarnya esok saya akan sedekah pada waktu subuh.

BOLEH TAK KALAU SAYA SEDEKAH SUBUH TAPI TIDAK SOLAT SUBUH?.

Solat itu wajib, sedekah itu sunat. Amalan wajib mesti dilakukan kalau tidak bagaimana hendak mengira amalan sunat jika wajib tidak dibuat? Boleh sedekah, tetapi adakah diambil kira oleh ALLAH?.

 

PANTANG LARANG

Duit yang telah tuan/puan sedekahkan (walaupun masih Nampak di mata dalam tabung sedekah subuh itu) tidak boleh digunakan untuk kegunaan peribadi kerana sebaik sahaja tuan/puan mengeluarkan wang dari dompet/saku tuan/puan untuk dimasukkan dalam tabung maka hak duit itu sudah berpindah kepada HAK ALLAH DAN MENJADI MILIK ALLAH…agihkan kepada mereka yang selayaknya.

PERINGATAN.

Allah akan beri dalam bentuk:
1. Ketenangan hati
2. Material
3. Kemudahan urusan seharian diri sendiri atau anak-anak/ahli keluarga
4. Kesihatan
5. Dan sebagainya

Allah memberi mengikut keperluan seseorang kerana ALLAH lebih mengetahui.Ini serah kepada ALLAH kerana ALLAH sahaja yang tahu apa sebenarnya keperluan anda. Allah juga akan beri secara.

1. Cash – segera
2. Lambat
3. Beri di dunia
4. Beri di akhirat

BOLEHKAH KALAU SAYA TAK MAHU KUMPUL 40 HARI TETAPI NAK AGIH TERUS?

Sangat baik dan saya ucapkan tahniah kepada anda jika anda dapat melaksanakannya setiap hari dalam waktu yang ditentukan.

BUKANKAH CARA INI MACAM TAK IKHLAS? MENGHARAP BALASAN.

Bila buat sedekah subuh ni niat macam-macam, nak mintak macam-macam, macam tak ikhlas pulak, nak balasan…(mungkin persoalan ini ada dalam minda anda) Ikhlas itu milik Allah, hanya Allah sahaja yang mengetahui sama ada sipenderma ikhlas atau tidak.Dan adakah mengharapkan balasan itu salah? Dan adakah meminta dari ALLAH itu salah? ALLAH memiliki segala kerajaan di langit dan di bumi, ALLAH sentiasa menunggu kita meminta dariNYA…DIA memiliki sekujur jasad dan roh kita, kenapa rasa bersalah meminta dari DIA dan tidak bersalah meminta dari makhluk ciptaanNYA?
Ikhlas perlu latihan, bertatih, berlatih, jatuh bangun, tersungkur, hingga sampai satu masanya nanti kita akan jadi ikhlas….tunggu sajalah saatnya akan tiba, tanpa latihan begini, agak sukar kita mencapai ke tahap tersebut.

Cara spesifik yang diajarkan ini bukanlah satu-satunya cara sedekah subuh dan bukanlah menganggap membuat tabung sedekah subuh itu sebagai sunnah. Ada banyak cara lagi, dan boleh diinovasikan selagi tidak bercanggah dengan syarak.

 

Apa pun niat kita, moga Allah permudahkan segalanya.Yang penting kita dah buat terbaik.Satu perkara yang patut kita buat sebab pahala sedekah tu maha besar disisi Allah swt.

 

[ Baca Juga :  kelebihan hari jumaat]

#SharingIsCaring
#UntukPeringatanDiriSendiri

Loading

2 Comments

  1. Dulu anak kecik pernah buat, ni anak dah besar lama tak buat…sebab masa anak kecik, sebelum ke sekolah, nak sesiap asing bg anak duit sek, masa tu le masuk sekali dalam tabung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *