Apa Itu Kawan

Assalamualaikum..wassup blogger..
Hari nie Eda rase nk menulis entry…Korang tau x ape ertinya kawan tu..
Kawan tu terlalu subjektif untuk kita taksirkan kerana ia sukar untuk dicari tetapi wujud dalam hidup kita seharian.

K.A.W.A.N
         Adakalanya kawan itu amat diperlukan dalam hidup kita.Tanpa kawan mungkin kita tidak boleh untuk melakukan sesuatu.Kehadiran seorang kawan memberikan kita sumber inspirasi didalam diri kita.Mereka memberi kita idea untuk kita melaksanakan tugas seharian.
         Paling utama bila kita berhadapan dengan masalah yang hebat,dengan kehadirannya memberikan kita sedikit ketenangan bila kita meluahkan sesuatu yang rasanya tidak boleh untuk kita tanggung sendirian.Kekadang mereka sentiasa berada disisi kita  bila kita memerlukan mereka.
Tetapi dalam seribu amat payah untuk kita menemui kawan yang sebegitu.Di zaman ini kebanyakkannya kawan makan kawan.kawan tikam dari belakang dan bermacam lagi..Pernah x korang semua hadapi masalah sperti ini.
Kawan yang sanggup mengkhianati kawan sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang mereka kehendakki.
Sanggup menikam dari belakang untuk kepentingan diri sendiri..
Terlalu hina bagi eda bila dapat kawan sebegini.Kawan seperti itu mungkin mereka yang jenis ade perasaan PHD(perasaan hasad dengki).Tak boleh tengok orang lain lebih dari mereka,mulalah mereka membuat perkara yang boleh menjatuhkan air muka kawan sendiri…Tergamak betul kawan seperti ini kan?
Mereka juga sanggup menghasut orang lain untuk sama mencaci kawan mereka sendiri.

Jom Korang sama-sama hayati sajak nie..
Moga kita dijauhkan dari mendekati kawan seperti ini..Pelihara segala adab sopan dan perhubungan sesama kawan.insyallah kawan itu adalah kawan dunia akhirat..

Kawan
Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong .
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .
Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ….
Kawan yang mulia ,
Kawan yang sebenar,
Kawan yang abadi..
ILMU
ialah kawan yang sejati !

Di manakah letaknya
kejujuran,
Apakah sebenarnya erti
pengorbanan,
Antara kuasa, cinta,
nafsu dan keinsanan.
Meskipun pelbagai kesengsaraan
menimpa hidupmu
walaupun kesakitan dan keperitan menjadi
bebanan
tabahkan hatimu
harungi lautan ini
demi matlamat yang kau gapaikan
bumi neraka pernah kau lalui
bagai mimpi ngeri bagimu
bangunlah kawanku..bangun…
sebagai jasad yang berdiri di bumi bertuah ini
bendunglah segala gejala sosial
menjadi yang hebat..walaupun tidak sehebat
mahadzir
agar jasadmu tergolong dalam yang dicucuri
rahmat….


Jom Like Fanpage Saya..

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *