Amalan untuk ibu | Doa ketika memasak

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Nak menjaga anak dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak di zaman sekarang ni sangatlah mencabar.Sebagai ibu,tak terkecuali aku,sering dan sangat perlu untuk belajar untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.

walau kadang kala kita merasa letih dengan tugas seharian,sedikit sebanyak ilmu keibu bapaan itu perlu untuk kita membesarkan anak-anak kita.Aku tidak mahu untuk memberikan komen kepada anak orang kerana apa,kerana takut yang diri kita  sendiri belum tentu cukup untuk memberi pandangan kepada anak orang lain.Mungkin tidak terlepas seketika untuk memberikan pandangan melalui logik akal kan.Tapi itulah.yang berlaku di zaman sekarang..

Nak membesarkan anak bukan sahaja cara pembesaran dan aktiviti yang dilakukan,malah sebagai ibu,doa adalah yang terbaik dilakukan setiap hari bagi mendoakan kesejahteraan dan kelembutan hati anak-anak.

Bukan  doa ketika di tikar sejadah sahaja,malah apabila kita memasak pun kita boleh lagi berdoa kerana doa ibu adalah doa yang paling baik untuk anak-anak kan.Dari pembacaaan aku di majalan PAMA,kita harus amalkan 11 doa sewaktu kita memasak supaya anak kita lembut hati,mendengar kata,terang hati dan baik tingkah lakunya.

Moga kita sama-sama amalkan zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh kaum ibu.



1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
2.Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
3.Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl  ayat 96  yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
4.Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
5.Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
6.Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3  yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
7.Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah  137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
8.Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
9.Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.
10.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
11.Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.

Banyak perkara yang kita kena belajar dan salah satu darinya adalah Doa dan zikir semasa memasak.

semoga bermanfaat dan menjadi amalan seharian..insyallah


Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com


Loading

2 Comments

  1. cikgu sha pernah pesan jugak dulu, kalau nak memasak seeloknya tutup aurat dengan elok, selawat masa nak masak hehe

  2. Thanks for the tips..
    Kualiti makanan yang kita masak bukan hanya untuk pembesaran fizikal aje…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *