AL-Quran Humaira Lengkap Tajwid dan Terjemahan

AL-Quran Humaira Lengkap Tajwid dan Terjemahan |  Al quran yang lengkap dengan Tajwid dan Terjemahan ada dua size iaitu Size A5 dan A6 dan mempunyai zip dan klip.

 

Boleh pilih mengikut kesesuaian korang nak guna yang mana satu.Tapi pada umi, senang nak bawa kemana-mana.Umi pilih size kecil lah.Dah lama umi dok usha Al-quran macam ni.Nak beli yang ada pen tu, tapi susah pulak nak bawak ke mana-mana.So, beli yang macam ni.Lagi pun umi suka sangat dengan packaging dia tu.sangatlah sesuai dengan jiwa wanita kan.Terjemahan semuanya lengkap.

 

KELEBIHAN AL QURAN HUMAIRA  

Setiap apa pun produk mesti ada kelebihannya kan.Begitu juga dengan AL-Quran Humaira ni.Di antara kelebihan yang ada di dalam Al-Quran Humaira ni adalah.

 1) Resam Uthmani beserta Tajwid Kod Warna Resam rasmi Malaysia. Diwarnakan beberapa huruf dan tanda bacaan bagi mewakili hukum tajwid tertentu bagi memudahkan kita di dalam pembelajaran membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.

2) Asbabun Nuzul (Sebab turunnya ayat) Ayat Al-Quran diturunkan secara bertahap tahap dan mengikut peristiwa. Jadi, bagi ayat ayat tertentu, disertakan sebab sebab turunnya ayat tersebut bagi kita memahami dengan lebih dalam makna ayat itu

AL-Quran  Humaira Lengkap Tajwid dan Terjemahan

3) Hadis Sahih. Hadis hadis sahih yang berkaitan dengan tema perbahasan ayat Al-Quran bagi menambah kefahaman makna ayat tersebut

4) Indeks Tematik Indeks pencarian tema tema perbahasan tertentu di dalam Al-Quran merangkumi semua perkara. Ia memudahkan kita di dalam mencari ayat ayat tertentu yang membahaskan perkara perkara tertentu seperti hukum fara’id, akidah, muamalah dan sebagainya

AL-Quran  Humaira Lengkap Tajwid dan Terjemahan

5) Kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Al-Quran ini telah disemak oleh Lembaga Tashih Al-Quran KDN dan telah mendapat kelulusan untuk diterbitkan

 

Lama dah umi peram entry ni.Dah dari tahun lepas lagi.Sebelum ni pun umi ada je al-quran tapi takdelah yang ada terjemahan dan tajwid macam ni.Jenis umi ni tak suka nak membaca al-quran menggunakan telefon.Lebih suka untuk memegang al-quran macam ni.Rasa puas membaca.

 

Kalau korang nak cari Al-quran Humaira ni, boleh dapatkannya di

HUMAIRABOOKSTORE

 

 

 

 

 

Loading

2 Comments

  1. Bagus yang ada color dan tafsir ni, nak membaca pun jadi seronok, tapi Quran macam ni Sis suka baca tafsir dia…alhamdulilah pernah habis satu Quran hanya membaca tafsir aje…lamaa dulu…

  2. Assalamualaikum.eda…mmg best siap ada terjemahannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *