Al Kisah Si Peniaga Online

Assalamualaikum

Bukan la sifat aku untuk menjatuhkan air muka  Peniaga Online..Cuma aku nak berkongsi sedikit pengalaman atau nasihat dari korang tentang ape yang terjadi antara aku dengan peniaga online nie.
Memang aku nie berminat sangat-sangat dengan pembelian menerusi online nie.
Dan aku rase korang jugak minat cara macam nie..Lagi la jenis aku yang rambang mata nie.
Kalau dekat kedai ,kalau tengok barang yang berpuluh-puluh jenis tu,mau terbeliak mata korang..
Sudahnya keluar kedai tanpa membeli ape2 barang.
kalau korang masih ingat lagi entry aku yang aku tulis beberapa hari lalu tu,korang akan perasan tentang entry kain pasang yang peniaga online tu hantar salah warna.
Bila kain yang dihantar tu salah,jadi terpaksalah dipulangkan balik dengan kos penghantaran di tanggung oleh aku.Itupun bukan kesalahan aku sebab kain tu dipulangkan balik.
Selepas aku hantar barang tu,aku bertanyalah dengan si peniaga online nie.kos penghantaran siapa yang tanggung..Rupa-rupanya kos penghantaran di tanggung oleh aku??? Munasabah ker..Aku tanye die kenapa aku kene tanggung? die kate die pun akan poskan balik kan  kain pasang aku tu…Then aku jawablah itu bukan kesilapan dari aku.
Aku ade mintak pendapat dari peniaga online yg lain..kalau kesalahan tu datangnya dari peniaga,kos pemulangan ditanggung oleh peniaga..SEEE!!!!!!
Malas aku nak bergaduh dengan peniaga tu,aku terus tanamkan dalam hati yang aku xkan berurusan dengan die lagi..
Pada pendapat korang macam mane pulak!!! 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *