Aktiviti Homeschooling Semasa Cuti Sekolah - Kisahsidairy.com

Aktiviti Homeschooling Semasa Cuti Sekolah

Aktiviti Homeschooling Semasa Cuti Sekolah

Aktiviti Homeschooling Semasa Cuti Sekolah| Apa lagi kan yang anak-anak buat di musim cuti  ni,haruslah bermain, mainan dan main.Itu jelah kerja diorang.Lepas tu liat sungguh nak membaca buku.

Tahun hadapan Nur Awfiyah dah pun naik ke Tadika 5 tahun.Jujur aku katakan, Nur awfiyah kurang minat dengan buku.Menghafal apatah lagi.Biasalah kan, setiap anak ni ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Jadi tugas umi sebagai ibu,haruslah nak berikan yang terbaik pada dia.Di usia Nur awfiyah yang bakal memasuki umur 5 tahun pada tahun hadapan,rasa risau bila dia tak dapat mengenal huruf dan juga nombor.

Mungkin itu terlalu awal untuk dia kan.Tapi sebagai ibu,umi nak terapkan anak-anak umi supaya sentiasa dalam learning process.Nak mengajar kakak ni, kena lakukan cara lain sikit daripada adik.Umi sedaya upaya menyediakan aktiviti yang boleh dia lakukan setiap hari walau dalam jangka masa dalam 15-20 minit sahaja.Umi tau lebih dari tu,kakak akan cepat bosan.

Umi banyak explore kat google tentang Homeschooling activities yang boleh kakak dan adik lakukan bersama.Secara tak langsung adik pun boleh belajar jugak kan.Di Internet, pelbagai jenis worksheet yang sedia ada yang kita boleh print untuk anak-anak buat di masa lapang.

Hari tu pun babah ada belikan set Grolier untuk budak berdua.Nanti umi ceritakan di entry lain.Ni umi nak ceritakan aktiviti Homeschooling yang umi dah sediakan untuk adik dan kakak.

Disebabkan di rumah tiada Laminate machine, so umi tumpang laminate kat office.Semua bahan yang umi print, umi laminate sebab boleh digunakan lagi dan lagi menggunakan whiteboard marker sahaja.

Kakak ni jenis mudah lupa nombor yang baru sahaja diajar,so umi kena banyak kali repeat mengajar dia.Sebab tu umi banyak print worksheet count and match supaya dia boleh ingat nombor tu.Selain tu banyak jugak umi print latihan-latihan lain yang berkaitan dengan nombor.Bila dah dia biasa dengan nombor, dan kenal nombor-nombor tersebut, barulah boleh beralih kepada huruf pulak.

Apa yang umi buat untuk dia kenal nombor ?

Disebabkan kakak ni dia cepat lupa, so apa yang umi sediakan untuk dia adalah

1.Perbanyakkan latihan count and match

2.Sediakan Flashcard di dalam kereta dan juga handbag umi.Jadi kemana-mana umi boleh tanya dia nombor apa yang umi pegang.

3.Bila di dalam kereta, selain flashcard, umi akan suruh dia sebut no flat yang ada di kereta hadapan.Memang kakak akan cepat bosan, tapi kalau dah selalu buat,mesti dia suka.Keep asking dan betulkan apa yang salah yang keluar dari mulut dia.

3 benda ni yang umi selalu buat kat dia sepanjang hari.Dan umi peruntukkan 15 minit untuk dia selesaikan latihan yang umi beri kat dia.Kejam ke? umi rasa tak kot.At least umi cuba untuk berikan yang terbaik untuk dia.

Umi cuba usaha yang terbaik untuk anak-anak umi.Bukan mengharapkan setiap yang dia buat tu akan mendapat A.Entry ni pun bukan nak menunjuk umi sebagai parents yang bagus.Tetapi nak menjadi parents yang memberikan benda yang baik untuk anak-anaknya.Tugas sebagai parents memastikan anak-anak diberikan cukup segalanya.Selain tu,bila masuk sekolah nanti, takdelah memberikan tekanan yang lebih buat cikgu-cikgu untuk mengajar anak-anak yang belum tau satu apa pun.At least asas tu ada.

Oh ya..Kalau ada parents yang diluar sana nak menyediakan latihan-latihan yang macam umi buat untuk kakak dan adik boleh tengok pada link yang umi berikan di bawah ni ye.

https://filefolderfun.com/

http://www.worksheetfun.com
https://filefolderfun.com/
https://planningplaytime.com
https://preschoolmom.com/

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One thought on “Aktiviti Homeschooling Semasa Cuti Sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *