Aktiviti DIY Bag Bersama Naura - Kisahsidairy.com

Aktiviti DIY Bag Bersama Naura

Aktiviti DIY Bag Bersama Naura

Aktiviti DIY Bag Bersama Naura | Antara hadiah dari Leader umi sebab berjaya mendapatkan target umi pada bulan lepas.Jom kita ber DIY bag ni.

Disebabkan hari tu dia taknak buat latihan menulis, jadi umi tukar  Jadual waktu belajar dia kepada aktiviti ni.Sebelum dia bosan dengan buku, lebih baik tukar aktiviti.Kang fobia pulak dia dengan buku kan.

Biasalah, anak-anak seumur Naura ni jenis cepat bosan.Buku yang umi beli di Kedai Eco tu pun belum habis buat lagi.Bayangkanlah sehari 1 muka surat je dia buat.Kalau dia rajin, memang 2 helai muka surat dia buat.Kena puji lebih sikit kot baru dia ada feel nak buat yang lain.

Kita pun tak boleh nak memaksa dia untuk terus menulis kan.So, umi pernah cerita pasal Soal Jawab dengan Puan Ashikin bila masanya untuk mengajar anak menulis.Selain mengajar mereka menulis, kita boleh je buat aktiviti yang boleh menguatkan motor halus dan motor kasar anak-anak ni.

So, ini pun salah satu aktiviti motor halus dia jugak.Jom kita berDIY Bag ni.Of courselah dia seronok buat aktiviti macam ni kan.Nak dapatkan aktiviti-aktiviti DIY ni, boleh je korang  beli kat MR DIY, kedai Eco ataupun mana-mana kedai yang jual bahan-bahan macam ni.

Umi pun syok jugak tolong dia mewarna bag comel tu.Sampai lupa nak snap gambar masa dia buat.Jadilah kan untuk beraktviti dengan dia.Nanti nak cari lagi bahan untuk ber aktiviti dengan dia.

Siap bag comel Naura.Terus isi si Poney dia tu.Macam-macam nak letak dalam bag comel dia tu.Nak bergambar tak reti dok diam.Sudahnya mak ko amik gambar kabur.Sukahati lah nak oii..

Petang ni rasanya nak ajak dia pi Tasik pulak..Tengoklah macam mana nanti…

Yang penting happy weekend guys!!!

 

 

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

5 thoughts on “Aktiviti DIY Bag Bersama Naura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *