Akibat Menahan kencing Yang Perlu Kita Tahu

Assalamualaikum
Yang pasti ramai dikalangan kita sering menahan untuk membuang air kencing dengan sengaja ataupun tidak.
Sebenarnya ada keburukkan apabila kita menahan kencing nie.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
kencing
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Makna warna air kencingAntara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Ada 3 sebab utama kenapa kita tak boleh menahan dari kencing..aku share artikel yang aku baca nie.
1. Menyebabkan tersumbat ureter buah pinggangIni kerana urin yang mengandungi sisa tubuh tak langsung dikeluarkan. Doktor pakar penyakit dalam, Dr Hasyim Kasim SpPD-KGH dalam fajar.co.id menjelaskan ibarat saluran air yang tidak rutin dibersihkan, kotorannya akan membuat saluran tersumbat. Bukan hanya itu, kotoran yang tidak ke luar juga akan menimbulkan pereputan.

2. Jangkitan buah pinggangJika kencing ditahan berjam-jam dan jumlah kuman sangat banyak, maka kuman itu akan naik ke atas, ke arah buah pinggang. Hal ini tidak biasa, tetapi boleh terjadi. Akibatnya, boleh terjadi gangguan jangkitan pada buah pinggang.

3. Tempat Simpanan Air Kencing RosakApabila kita tidak melakukan buang air kecil atau kencing, maka ada kemungkinan zat-zat tersebut akan merosakkan saluran kencing kita. Apalagi bila air kencing mengandungi kuman. Semakin lama air seni ini di kandung kencing, semakin banyak kuman yang ada.

Melihat akibat yang ditimbulkan kerana menahan kencing, ketika merasa kencing maka segeralah untuk melaksanakannya. Sehingga zat yang berbahaya tidak berkembang dalam tubuh kita.
**Aku harap lepas nie aku akan abaikan tabiat nie..
Sumber :http://www.blogbisu.com/

Loading

37 Comments

  1. Info yang berguna, ramai yang ambil ringan hal ni.

  2. Susah jugak kalau kena macam ni kan aida..

  3. kalau asyik nk kencing je… mcm ne plak?

  4. kalau drive jauh2..mmg selalu kena mcm ni..terpaksa kena tahan juga lah sehingga jumpa tandas awam..sbb tu kalau nk drive aku akan kurang minum air..hahaha

  5. mama pulak asyik terkencing jer, minum air terlebih sudah…hihi, nice sharing kak..

  6. tq..nice info 🙂

  7. Kadang2 terpaksa juge tahan kencing, tapi jika tiada halangan baiklah disegerakan. Mencegah itu lebih baik dari mengubati…

  8. Hi, this coming to you from Canada. Bahasa saya da out of tune, sebelum Merdeka, but boleh la faham 36%.
    About that 'kenching'….all I know is, its good to if ada anak kechik, pangil dia kenching bawa pokok or bunga2…..and just add some water after that to dilute.
    You will be surprised to see the plants grow.
    One time living in Subang Jaya, my papayas, 4 angle beans, roses, buna melor the biggest and best, neighbours semua heran, ha ha, but malu nak chakap, ha ha ha.

    You have a nice day and keep a song in your heart.
    Lee.

  9. risau pulak saya

  10. zizie hampir nak terkena yang no 2 tu.. alhamdulillah dapat dicegah.. kalau rasa pelik je, cepat2 la jumpa doktor.. jangan takut2.. banyakkan minum air…

  11. terima kasih pasal info nie..tertarik pasal warna kencing tu..hehehe..

  12. Selalu tahan kencing mmg boleh menjadi punca kpd penyakit.. klu masyarakat pulak boleh rosak klu terlalu ramai kaki kencing hehee, gurau je 😀

  13. kalau musim hujan macam ni sejam sekali rasa nak kencing..

  14. BAGUS SEKALI INFOMASINYA.. SAYA JARANG TAHAN KENCING.. 🙂

  15. alamak …kadan acik terpkasa tahan sebab ada benda yang tak dapat di elakkan ishhh

  16. kekadang kita saje ambil mudah dan pandang mudah benda remeh macam nie..

  17. sis, kenit tahan kencing bila tandas tu teramat busuk, tersumbat dan sangatla tak sesuai tuk digunakan haha.

  18. Info yang berguna ..selalu dipandang ringan…bila terkena pada diri sendiri..memang risau coz takut organ penting rosak…apatah lagi kita orang perempuan…mintak dijauhkan…

    x0x0 ^_^

  19. bahaya2..terima kasih share akak..hu3, sy ni selalu je tahan kencing..bmbg plak nnti kt buah pggang..

  20. perkongsian yang bagus kak.. bahayanya kalau sengaja tahan kencing..

  21. kdg2 mmg malas nk g buang.. tp tahan2 mmg tak elok.. boleh kene batu karang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *