Adab Nak Kejutkan Anak dari Tidur

Assalamualaikum
kanak-kanak tidur
sumber :google
Saja nak share dekat korang dan jugak share untuk diri sendiri..Nanti Nur awfiyah dah besar,boleh la amalkannya..Bila dah share kat blog sendiri,nak mencari tentang ni,boleh la gode-gode blog sendiri kan..
Ada cara atau adab untuk kejutkan anak-anak kita dari tidur ni..bukan main sergah atau terjerit-jerit panggil nama anak kan..Cara atau adab mengejutkan anak nie tak kira samada anak tu kecil atau pun dah besar,atau masih bayi lagi..Oh..yeke…hehehe..ingat bila dah besar je..
Dari pembacaan aku,meh aku kongsikan sedikit cara atau adab-adab nya
  1. Memberi salam kepada anak yang masih tidur tu secara lembut
  2. Menyentuh ibu jari kaki nya dan goyangkan perlahan-lahan
  3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyangkan kakinya
  4. Kalau masih belum sedar,kuatkan sedikit suara dan goyangkan badannya
  5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang,manja atau anak.
  6. Kejutkannya sambil memuji,contohnya :Bangun sayang,anak umi yang baik,anak umi yang soleh/solehah,anak umi yang rajin
  7. Sebaik sahaja anak bangun,gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar dia mandi,solat subuh,dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
  8. Insyallah,anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan kasih sayang.
Cara ni jugak boleh dilakukan pada para-para suami ye..info nie aku dapat dari FB..so,aku sharekan benda yang baik untuk pembacaan readers kan..tak salah berkongsi benda yang baik nie…heheh

Loading

27 Comments

  1. Cara nie byak dipakai dlm lakonan..realitynya..huhu

  2. manja2 cmni baru syiok bgn
    mulakan pagi dgn senyuman then barulah dpt hari yg +ve 🙂

  3. Nice sharing ;D

  4. good sharing, dpt tambah knowledge even belum ada anak. Erk, kawen pun belum. Hehehe 😀

  5. yumida sendiri pun prefer org gerakkan yumida dgn cara mcm ni
    klo disergah tiba2 blh sakit kepala bila bangun
    sura kena attack sakit kepala..mula la timbul perasaan marah pd si penggerak td
    ramai org x tahu adab menggerakkan org tidur

  6. Kakak kejut anak-anak kakak tak pegang kaki pun Eda. Kadang bagi salam tapi selalunya lupa hihi…
    Tapi memang kakak pegang ubun-ubun dan kakak panggil anak kakak memang sayang tapi yg kecik kakak panggil anja atau adik. Kalau dah biasa diamalkan tak kekok pun…

  7. Setuju dengan Fizi… Namun boleh cuba diubah, segala yg baik kita boleh amalkan.

  8. oh..mak sy selalu pgl nama je..bagus gak kita amalkan adab2 ni..anak2 pun xda la nangis2 bila bgn tidur..hehe

  9. hi3.. mula2 tadi memang teringat nak buat kat suami, tengok2 note kat bawah tu tulis boelh jugak dilakukan pada para suami.. heeee…

  10. Yang penting bg salam dulu. Sebab nak kejut roh dan jasad yg tidur sementara. 🙂

  11. praktis kt suami…. hihihi

  12. Mmg bagus utk dijadikan amalan ni.. Thanks sharing Aida.. 🙂

  13. tips bagus utk dipraktikkan…bila anak dah besar kalau jenis yg liat bangun tidur harap boleh berkesan dan terkesan…setiap anak lain karektornya ; senang kejut tidur itu adalah bonus bagi anak-anak dara…

  14. nice sharing kak

  15. dulu mama sha selalu je kejut… " girl, bangun sayang… intan payung.. bangun.." hihihi

  16. Betul, bila kejutkan anak-anak dengan kasih sayang dan puji-pujian, mudah diaorang nak bangun. Mood ke kindy atau sekolah pun baik jer 🙂

  17. betul nak kejutkan anak, atau sesiapa sahaja, mesti dilakukan secara beradab, kalau tak, terkejut dibuatnya, akak pantang betul orang main sergah2 ni

  18. Tips yang bagus 🙂 Thanks for sharing. Kesian anak2 kalau kejut bangun tido macam kena sergah tu hehe

  19. kak ida..cara mak shida buat dekat adik2 hehee 🙂 betul lah..mmg dorg bgun tnpa merungut..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *