KONGSI HADIS #2 – Amalan sebelum tidur

KONGSI HADIS #2 – Amalan sebelum tidur | Sebelum ni umi ada kongsikan hadis tentang Keutamaan Orang berilmu kan.Tapi untuk #kongsihadis kali ni umi nak kongsi Amalan yang perlu kita laksanakan sebelum kita tidur.

 

Maafkan umi jika perkongsian ini tidak melambangkan diri umi.Yes…Umi bukanlah manusia yang sempurna segalanya untuk berkongsi hadis dengan korang.Cuma umi sebagai Umat Pendosa ni, ada keinginan untuk berubah menjadi lebih baik.Sebab tu pada tahun 2019 ni, umi nak kongsi satu hadis setiap minggu di hari Jumaat yang mulia ni.Harap terus berkekalan hingga ke tahun seterusnya.Bukan kata hanya kongsi disini, tetapi umi harap, umi akan lakukan juga kerana Umi adalah Pendosa yang ingin ke Syurga.Insyallah.

AMALAN SEBELUM TIDUR

Dari Aisyah RA bahawa biasanya Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, baginda menyatukan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Kemudian baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari No. 5017). Status: Hadis Sahih

 

PENGAJARAN DARI HADIS INI ADALAH

1.Rasulullah SAW mengajar umatnya agar sentiasa memiliki adab termasuk ketika hendak tidur malam.

2. Antara adab sebelum tidur ialah membaca al-Muawwizat iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-

Naas sebanyak tiga kali dan ditiup ditapak tangan serta disapu ke seluruh anggota tubuh badan dimana yang sampai.

3. Ibnu Hajar Al Asqolani menyatakan bahawa; “Yang dimaksudkan dengan ‘Al-Muawwizat’adalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.” (Fathul Bari 9/62)

4. Antara kelebihan membaca al-Muawwizat adalah untuk menjauhkan daripada gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan
termasuk dijauhi dari kesakitan. Hadis Rasuullah SAW:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اشْتَكَى يَقْرَأُ عَلَى نَفْسِهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ وَيَنْفُثُ فَلَمَّا اشْتَدَّ وَجَعُهُ كُنْتُ أَقْرَأُ عَلَيْهِ وَأَمْسَحُ بِيَدِهِ رَجَاءَ بَرَكَتِهَا

Dari Aisyah RA, bahwasanya; Apabila Rasulullah SAW menderita sakit, maka baginda membacakan al-Mu’awwidzaat untuk dirinya sendiri, lalu baginda meniupkannya. Dan ketika sakitnya parah, maka akulah yang membacakannya pada baginda, lalu mengusapkan dengan menggunakan tangannya bagi mengharap keberkahannya. (HR Bukhari No: 4629) status:Hadis Sahih

 

Marilah kita sama-sama amalkan ayat Al- Mu’awwidzaat untuk diri kita sendiri.Moga Allah swt sentiasa pelihara dan memberi perlindungan untuk kita semua..Insyallah

info : telegram 1 hari 1 hadis

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One thought on “KONGSI HADIS #2 – Amalan sebelum tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *