8 langkah mudah cuci karpet di rumah

8 langkah mudah cuci karpet di rumah | Bab nak cuci karpet ni memang bukan satu kerja yang mudah ye ibu-ibu.Dengan kudrat kita ni, kadang-kadang tak termampu nak bersihkan.

Tapi memandangkan dah berhabuk, kotor dan bau hapak pada karpet tu tak boleh nak dibendung lagi, jadi nak taknak terpaksalah kan buat.Kadang terfikir macam mana cara nak cuci karpet sendiri di rumah dengan mudah.Yelah, kalau nak hantar ke kedai kena jugak kira kosnya kan.Kalau kat rumah 1 karpet je takpelah kan,kalau dah 3-4 keping karpet, fikir banyak kali jugaklah kan.

Kalau kat rumah umi, satu je karpet yang berat dan yang lain tu masih boleh umi buat sorang tanpa pertolongan husband.Tapi karpet bila dah basah, berganda beratnya kan?So macam mana cara mudah nak bersihkan karpet di rumah?

Umi ada terbaca di dalam satu blog, berkongsi tentang langkah mencuci karpet di rumah.Tapi sebelum kita nak cuci karpet kenalah sediakan peralatan untuk mencuci.Jadi takdelah terlupa nak ambil itu ini.Nak mencuci karpet ni pun kena ambil masa yang lama jugak.Nak raya ni  kenalah kan nampak semua baru.

PERALATAN YANG PERLU ADA SEBELUM MENCUCI KARPET

  • VACUM CLEANER

Kalau korang takde vacum cleaner ni boleh la guna penyapu lidi atau berus plastik.Kalau umi suka pakai dua benda ni.Fungsi vacum cleaner atau penyapu lidi ni adalah untuk membersihkan debu-debu  atau kekotoran yang melekat di karpet sebelum karpet mula di cuci

  • TONGKAT

Fungsi tongkat tu lebih kurang sama jelah dengan vacuum cleaner tu tapi ia memiliki peranan dalam mengeluarkan debu-debu degil yang melekat dikarpet.Bergantung jugak kepada kekuatan si pemukul tu.

  • SABUN BASUH/DETERGENT

Fungsi sabtun ni untuk bersihkan kekotoran yang melekat pada karpet dan boleh dijadikan sebagai pewangi.

  • TEMPAT CUCI YANG LUAS

Kena cari tempat yang luas untuk menghamparkan karpet supaya senanglah kita nak cuci karpet.Boleh je kalau korang nak gantung dekat tepi tembok rumah tu,tapi lagi senang korang hamparkan karpet di bawah.Senang nanti nak memberus.

  • AMPAIAN

Bukan ampaian baju okey..Sebab umi tak rasa ampaian baju tu boleh menanggung beratnya si karpet tu.So lebih baik cari tembok tepi rumah atau tempat-tempat yang korang rasa boleh diletakkan karpet tu dengan kukuh.Yelah, karpet kalau basahkan dia akan jadi berat berganda-ganda.Yang penting jemuran mendapat sinar matahari secara keseluruhan.

  • OPTION

Pewangi dan baking soda

 

Itu perkara wajib  yang korang kena sediakan ya.So, ktia tengok pulak bagaimana pulak langkah mencuci karpet ni.

 

8 LANGKAH CUCI KARPET DI RUMAH

  1. Pertama sekali kita bentangkan karpet di atas lantai dan besihkan debu/ rerambut yang melekat pada karpet menggunakan vacuum cleaner atau penyapu lidi/berus plastik.
  2. Bentangkan karpet pada ampaian, kemudian pukul karpet menggunakan tongkat untuk membersihkan debu degul yang melekat di karpet.
  3. Basahkan permukaan dan bahagian belakang karpet dan biarkan air mengalir sambil sikat secara lembut untuk mencegah terlepasnya rumbai(jika ada ) karpet.
  4. Siran sabun pada karbet sambil disikat lagi dengan lembut.
  5. Bilas buih sabun menggunakan air yang mengalir dan lakukan beberarap kali step ini sehingga buih sabun hilang.
  6. Option- tambahkan pewangi.
  7. Siap untuk di jemur
  8. Option: Setelah karpet kering,taburkan baking soda merata pada permukaan karpet dan tunggu sekitar 30 minit.Ia berfungsi untuk menghilangkan bau tidak sedap pada karpet..Setelah 30 minit, buang semula baking soda menggunakan vacuum cleaner atau menggunakan penyapu lidi.

Fuhh…siap..Agak-agak korang berapa lama masa korang kena ambil untuk cuci karpet ni.umi settle kerjakan 2 karpet kat rumah tu.Satu yang biasa satu yang berat.Rasa macam nak patah pinggang kerjakan karpet tu.

Sebab tu umi paling tak suka bila anak-anak makan di karpet.Sebab ada jenis karpet umi bila dah jatuh makanan yang kecik-kecik tu bukan main payah nak keluar.

 

(Visited 17 times, 1 visits today)

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.