7 Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah Yang Paling Mustajab

7 Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah Yang Paling Mustajab

7 Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah Yang Paling Mustajab | Rezeki pada manusia ni berbeza-beza.Rezeki bukan datang pada bentuk duit sahaja tau.Ada anak ramai tu rezeki, tetamu datang pun rezeki, dapat anak-anak yang baik pun rezeki jugak.

Rezeki yang mana satu yang kita mahukan tu kenalah sentiasa berdoa menadah tangan disamping mengamalkan zikir-zikir pembuka pintu rezeki yang Rasulullah saw amalkan.Sama-sama kita amalkan doa pembuka pintu rezeki ini

Sebab tu kalau kita berdoa mintak rezeki, kena doa betul-betul apa yang kita nak.Doa sungguh-sungguh.Tapi kalau Allah swt tak makbulkan bukan bererti dia tak sayang kita, cuma dia tau mana tahap kita untuk terima apa yang dia nak bagi.Mungkin kalau kita mintak yang tu, dia bagi yang ni.Sebabnya dia tau takat mana kemampuan kita untuk terima apa yang  Dia nak beri tu.

Sentiasa fikir yang baik-baik.Sebab apa Allah dah tetapkan setiap manusia dimuka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing.Pun begitu, tak bermaksud seseorang tu tak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih.

Rezeki bukan hanya pada duit ya,ini 10 jenis rezeki Allah untuk setiap manusia di muka bumi ni.

8 JENIS REZEKI ALLAH

Bermacam jenis rezeki yang Allah aturkan untuk kita.Cepat atau lambat pasti ada untuk kita.

REZEKI YANG TELAH DIJAMIN

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

“Tidak ada satu makhluk pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.” (Surah Hud : 6).

setiap orang ada rezeki mereka masing-masing di muka bumi Allah ni.

REZEKI KERANA USAHA ATAU KERJA

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
(Surah An-Najm : 39).

Semakin banyak kita usaha, maka  insyallah semakin banyak rezeki yang Allah bagi

REZEKI KERANA BERSYUKUR

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
(Surah Ibrahim : 7).

Bersyukur setiap hari dengan segala apa yang kita ada sebelum kita kehilangannya.

REZEKI YANG TAK DISANGKA-SANGKA

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3).

REZEKI KERANA ISTIGHFAR

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

REZEKI KERANA MENIKAH

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”
(Surah An-Nur : 32).

REZEKI KERANA ANAK

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa’ : 31).

REZEKI KERANA SEDEKAH

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Aamiin

7 Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah Yang Paling Mustajab

Semoga rezeki kita semua lancar dengan amalan-amalan zikir ini.

Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati.

Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.

Bagaimana cara untuk memastikan hidup sentiasa dilimpah kurnia dengan nikmat rezeki? Amalkan 7 zikir di bawah:

1. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah”. (HR. At-Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.” (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

“Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas

“Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.” (HR. At-Tabrani)

5. Membaca Surah Al-Waqi’ah

“Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak selawat ke atas Nabi

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.”

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan beristighfar

“Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Juga, amalkan membaca doa murah rezeki ini:

Ya Allah,
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami

Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.

Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Semoga Bermanfaat untuk korang.Jom Kahfi..

Selain tu kita amalkan al-waqiah setiap hari ye.

Loading

2 Comments

  1. Yang no 1 tu memang acap kali lee ucap kalau duk uma ni, nampak lipas pun tersebut gak hahahahah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *