7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami, Isteri dan Keluarga - Kisahsidairy.com

7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami, Isteri dan Keluarga

7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami, Isteri dan Keluarga

7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami, Isteri dan Keluarga | Kadang kita tak tahu kenapa rezeki tu susahnya nak melekat kan?

Antara 7 sebab yang umi nak kongsikan untuk panduan umi sendiri dalam rumahtangga bila rezekinya susah sangat nak datang.Jom baca..Moga kita dapat perbaiki diantara sebab-sebab di bawah ni

7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami, Isteri dan Keluarga

SERING BERGADUH

Usahlah bergaduh sesama suami isteri,lagi-lagi perihal duit.Berbincang dan cari persefehaman.Bila pasanganan tidak redha antara satu sama lain, disitulah rezeki akan disekat.

MERNGUT DAN MERASA ANAK-ANAK SEBAGAI BEBAN.

Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki dari Allah swt.Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

SELALU MENGALAH SESAMA SUAMI ISTER DENGAN APA YANG TIDAK DIMILIKI.

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

LOKEK DENGAN PASANGAN DAN ANAK-ANAK

Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan  hal yang baik sekeluarga.Perlu ada tolak ansur dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.

GAGAL MENGAWAL EMOSI DAN AMARAH

Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak.Buangkan cara menakut-nakutkan  ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

KURANG SABAR

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak.Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka.Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak.Nasihat dan cari penyelesaian secara baik.Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit…

KURANG BERDOA

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak.Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

Semoga kita sentiasa menjadi orang yang sabar.Adat kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya.Yang penting buang segala ego yang membenteng dari kasih sayang yang wujud antaranya..

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 thoughts on “7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami, Isteri dan Keluarga

  1. Pertama je mesti JANGAN MERINGUT…
    Kalau pertama dah buat macam ni, makanya kaulah orang yang TAK BERSYUKUR, makan macam mana rezeki nak bertambah kan…huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *