7 Produk Kosmetik diharamkan serta Merta - Kisahsidairy.com

7 Produk Kosmetik diharamkan serta Merta

7 Produk Kosmetik diharamkan serta Merta

7 Produk Kosmetik diharamkan serta Merta | Berita tentang produk kosmetik yang diharamkan serta merta, pengguna kena ambil serius.

Umi ada terdengar berita tentang 7 Produk Kosmetik yang diharamkan serta merta di berita hari tu.

Allahu.Mengucap panjang umi bila ada lagi pengeluar yang inginkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk kepada penggunanya.

Umi masih ingat lagi tentang produk merkuri yang pertama dulu dikeluarkan dan umi telah mencubanya.Seriusly, memang kulit nampak glowing, takde jerawat, tetapi kesan jangka panjangnya sangat-sangatlah teruk.Lama-lama timbul kesedaran apabila banyak hebahan tentang PENTINGNYA UNTUK MENGETAHUI LATAR BELAKANG PRODUK terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

***************************************************************************

Terdapat 7 produk kosmetik yang telah disenarai hitamkan dan berharap sangat pengguna di luar sana, menghentikan penggunaan jika sedang menggunakan produk-produk di bawah ni.Umi sharing supaya ianya tidak memberikan kesan yang teruk kepada pelanggan.Nyawa pelanggan jangan dibuat main-main. Yelah.. walaupun kita tak nampak kesannya sekarang, akan datang bagaimana pula kan.So, make sure lepas ni kalau korang nak cantik macam mana pun, perlu check dahulu samada produk yang akan kroang gunakan tu mempunyai kandungan merkuri atau tidak.

7 Produk Kosmetik diharamkan serta Merta

Tujuh produk kosmetik diharamkan dan dibatalkan pengedarannya serta-merta oleh Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) setelah dikesan mengandungi merkuri.


Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, produk-produk berkenaan tidak dibenarkan dijual di Malaysia kerana mengandungi bahan beracun tersebut yang boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan keracunan.

“Keracunan merkuri boleh menyebabkan kelemahan otot, koordinasi lemah, rasa kebas pada tangan dan kaki, ruam kulit, rungsing, serta masalah deria.

“Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan yang dibuat di blognya di kpkesihatan.com.

Tambahnya, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

Berikut senarai penuh produk-produk yang diharamkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM:

 

**************************************************************************

Dalam pada itu, peniaga kosmetik diarah menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk tersebut secara serta-merta mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

“Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” kata kenyataan itu lagi.

Individu yang engkar boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi syarikat pula, hukuman untuk kesalahan pertama ialah denda sehingga RM50,000 manakala denda sehingga RM100,000 boleh dikenakan bagi kesalahan berikutnya.

Sementara itu, orang awam yang menggunakan produk kosmetik terbabit dinasihatkan segera menghentikan penggunaan dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Harap lepas ni, penjual lebih mengambil berat tentang apa yang mereka jual kepada pengguna.Jangan kerana semata untuk keuntungan berlipat ganda, nyawa orang lain terancam.
 
 
sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/7-produk-kosmetik-diharamkan-penjualan-serta-merta-214292

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 thoughts on “7 Produk Kosmetik diharamkan serta Merta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *